Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan

Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan 

Kencing manis dan Diabetes ketika hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Kesam diabetis ketika hamil

Faktor Penyebab Kencing Manis ketika Hamil 
  1. Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
  2. Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
  3. Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
  4. Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes
Bahaya Kencing Manis Ibu Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan 
Amatlah penting ibu-ibu sekalian memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin.
Berikut adalah masalah yang akan dialami oleh bayi dalam kandungan.
  1. Bayi akan membesar secara berlebihan di dalam rahim.
  2. Bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
  3. Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
  4. Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran.
  5. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.
  6. Bahaya diabetes kepada jantung bayi. Masalah jantung kongenital yang dikaitkan pada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap diabetes adalah jenis jantung berlubang (ventricular septal defect) masalah saluran darah terbalik (transposition of great arteries), masalah injap saluran darah ke paru-paru dikenali (pulmonary atresia) dan masalah jantung kompleks yang lain.
Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil

CARA MENGATASI DIABETIS (GDM) BAGI IBU HAMIL  
  • pengawalan diet dengan pemantauan pegawai pemakanan dengan mengambil bahagian karbohidrat, banyakkan protein serta serat.
  • Jika tidak dapat dikawal ibu akan diberikan ubat seperti insulin dan metformin yang selamat untuk digunakan.
  • Mengulas lanjut, beliau berkata, rawatan yang diberikan bergantung kepada paras gula yang terkandung dalam badan ibu tersebut untuk melihat ubat yang sesuai.
  • pengambilan vitamin semulajadi juga akan membantu masalah ibu hamil ini. Klik di sini untuk lebih lanjut Vitamin Ibu Hamil Kencing Manis
Sayuran yang berbahaya untuk ibu kencing manis GDM

Untuk pertanyaan lanjut boleh klik di butang whatapps di bawah. 

Post a Comment

0 Comments