Kenapa Perlu Ambil Supplemen


  Tajuk isu kali ini bukanlah sesuatu yang biasa tetapi sangat luar biasa. Kenapa ia menjadi luar biasa? Ini kerana ia berkaitan dengan kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.

  Ramai yang berfikir, saya sihat. Saya cergas sebab saya boleh melakukan kerja-kerja berat malah boleh juga bersukan. Semua okey, jadi tak perlulah nak ambil supplement. 

  Tapi adakah kita sedar bahawa usia kita semakin hari semakin meningkat? Bila meningkat umur, semua organ dalam badan kita pun meningkat tua..

  Cuba fikirkan sejenak, selama ni dan sampai ke hari ini macam mana pemakanan kita? Apa kita makan..? Adakah apa yang kita makan sudah cukup mengisi kekurangan nutrisi dalam badan?
Jawapanya sudah tentunya tidak sama sekali.

  Sedar tak sedar segala toksin, lemak, minyak perlahan-lahan berkumpul dalam setiap genap pelusuk di dalam badan kita. Itu tak termasuk lagi pengawet yang kita guna.

  Sampai satu masa tetiba ditimpa SAKIT yang tidak di beri apa-apa isyarat. Bukan nak takut-takutkan tetapi inilah hakikat yang perlu kita terima.

  Untuk golongan wanita khususnya, lagi banyak risiko penyakit seperti cyst,  fabroid, senggugut, kitaran haid tak teratur dan macam-macam lagi.

  Oleh sebab itulah kita PERLU AMALKAN SUPPLEMENT dengan tujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.

  Ramai antara kita yang masih ragu-ragu akan kepentingan supplement kepada diri kita. Ada yang fikir, dah makan sayur-sayuran, buah-buahan, minum susu setiap hari dah cukup lengkap nutrisi. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu tentang kemana hilangnya nutrisi makanan sebelum masuk ke mulut dan seterusnya ke dalam perut kita.

  Proses penanaman, proses penyimpanan, proses memasak semua tu perlu kita perhatikan betul-betul. Benarkah kita dapat 100% zat makanan tu?

KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPPLEMEN

🌷 Pencemaran 
- Tahap pencemaran semakin meningkat dari hari ke hari. 
- Tambah memburukkan keadaan apabila perkara yang menjadi nadi kehidupan iaitu udara yang anda hirup dan air yang anda minum juga turut tercemar, sebab tu la anda kena ambil supplement untuk menyahtoksinkan badan anda.

🌷 Keperluan Nutrisi 
- Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. 
- Ada sebahagian nutrisi yang tubuh anda perlukan lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain.

🌷 Buah-buahan dan sayur-sayuran telah tercemar dan kurang nutrisi 
- Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam menggunakan racun perosak yang menyebabkan ianya telah tercemar semasa proses penanaman lagi.

🌷 Gaya hidup 
- Gaya hidup masa kini adalah antara penyumbang terbesar kepada punca pelbagai penyakit. 
- Antaranya ialah 'fast food' sebagai makanan ruji, rokok sebagai lambang kematangan, tidak bersenam dan lain-lain.

🌷 Berlebihan Semasa Makan 
- Malaysia adalah negara yang mewah dengan makanan. 
- Masalahnya kebanyakan makanan tersebut adalah yang boleh memudharatkan kesihatan. Contohnya roti canai, nasi lemak, ABC dan lain-lain lagi.

🌷 Penyerapan Nutrisi 
- Masalah yang sering berlaku ialah apabila tubuh gagal menyerap nutrisi daripada makanan yang kita makan. 
- Antara faktornya ialah pengambilan makanan atau minuman yang boleh mengganggu penyerapan sesuatu nutrisi.

🌷 Kehilangan Nutrisi 
- Majoriti makanan yang anda makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediaannya lagi. 
- Ini menyebabkan anda hanya dapat rasa lazat daripada makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.




" Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, pengambilan suplemen tambahan telah terbukti secara saintifik berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Dengan pengambilan suplemen setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan mendapat faedah kesihatan, In Sha Allah."


 Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, MScAARMMA, FAGE)


KENAPA MAKAN SUPPLEMENT TAK BERKESAN?? 

KENAPA ORANG TU MAKAN 3 HARI DAH BERKESAN ???

Setiap badan manusia tak sama ye. Ada yang metabolisma rendah. Sebab itu makan supplement agak lambat kesan. Jika cara makan betul, pasti ada kesan. Sebenarnya makan supplemen, nak tengok kesannya ambil masa antara 1-3 bulan, tapi ada yang mkn 3 hari pun dah berkesan memang bertuah orang macam ni. Tetapi masih tetap kena ikut cara makan yang betul. 

KENAPA LAMBAT BERKESAN ????

⏩ TIDAK MENGIKUT YG DITETAPKAN.
- Ada badan yang mampu untuk ambil supplement dos yang tinggi dan ada juga yang tak mampu.
- Untuk permulaan ambil supplement cuba pada dos sedikit dahulu. Selepas 3 hari baru tambah dos. 

⏩ KURANG MINUM AIR.
- Kalau tak minum banyak air kadar serapan kurang, bukan makan supplemen je, makan apa-apa pun khasiat kurang diserap. 
- Minum air juga utk bantu PERJALANAN DARAH.

⏩ AMBIL MINUMAN BERKAFEIN/BERGAS.
- Particle dalam minuman ini akan menghapuskan khasiat supplement.
- Nak cantik nak sihat cuba kurangkan kafein atau jarakkan 5-6 jam selepas makan supplemen.

⏩ DETOX.
- Pada bulan pertama, supplement akan detox badan dulu kerana dalam badan kita banyak toksin.
- Supplement akan singkirkan dulu untuk serap khasiat. 

⏩ TAK ADA PERUBAHAN.
- Asyik ke tandas untuk buang air kecil@besar. 
- Ini lah yang dinamakan proses DETOX. 

⏩ TAK SABAR.
- Nak cantik bukan macam hari ni makan esok dah cantik. 
- Dah makan kena lah sabar mana boleh terus cantik.

⏩ LAMBAT / CEPAT.
- Kalau kata tak ada kesan langsung itu tak betul, - - Semua yang ambil supplement MESTI dapat kesan dengan proses DETOX dulu. 
- Kesan2 lain kemudiannya akan menyusul, In Sha ALLAH..

⏩ TIDAK ISTIQOMAH.
- Hari pertama makan dan hari seterusnya begitu juga 
- Minggu kedua dah tak nak makan supplemen

⏩ CARA MAKAN.
- Ada sesetengah supplement perlu makan time PERUT KOSONG contoh jamu
- Ada pulak yg perlu diambil SELEPAS MAKAN.. 

Alhamdulillah rasa sudah cukup apa yang cuba saya sampaikan.
Jaga kesihatan.






Hubungi saya segera :- http://www.wasap.my/60197297176


Continue Reading

Serangan Jantung Tidak Mengira Usia


Baru-baru ini seorang lelaki, berumur 35 tahun,telah rebah dan meninggal dunia secara tiba2 semasa sedang membeli belah di pusat beli belah.
lepas dibedah siasat, punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung dan saluran darah banyak tersumbat dan sempit.
KESAN KOLESTROL PADA SALURAN DARAH
untuk info akak-akak dan abang- abang … punca utama terjadinya darah tinggi, jantung dan stroke adalah berpunca dari kolestrol yang tinggi.
kandung kolestrol yang tinggi dalam badan kita adalah disebab dari cara permakanan kita seharian, yang mana kolestrol yang tinggi akan terkumpul sedikit demi sedikit pada dinding saluran darah kita.
Keadaan ni menyebabkan saluran darah kita menjadi sempit dan malah tersumbat. Kesan dari pada saluran darah sempit ni boleh menyebabkan kita mendapat penyakit darah tinggi, jantung dan juga stroke.
Masalah kolestrol tinggi boleh menyebabkan risiko pelbagai penyakit merbahaya.
Tanda-tanda kolestrol tinggi:
  • kaki sering cramp
  • jari tangan pun sering kebas dan mati rasa
  • proses pemulihan luka lambat
  • jantung sakit dan sering bedebar-debar
  • keluar biji kolestrol sekitar mata atau kulit wajah.
“TIPS MEMILIKI JANTUNG SIHAT dengan Set kolestrol"

KOLESTEROL DALAM DARAH MENINGKAT YANG AKAN MENGUNDANG ⤵️
📌 STROK

📌 DARAH TINGGI
📌 JANTUNG
📌 OBESITI
📌 DIABETIS



BAGAIMANA MAHU MENCEGAH ⤵️
❤️Untuk menghalang kolesterol baru dari makanan yang kita makan hari ini daripada masuk ke dalam salur darah, ini pula adalah tanggungjawab

⏩PHYTOCOL

❤️Untuk mengikis sedikit demi sedikit kolesterol yang termendap di dalam darah, ini adalah tanggungjawab supplement

⏩OMEGA GUARD

❤️Untuk membaiki kerosakan sel dan saluran darah akan yang mengundang penyakit kronik akibat berlebihan kolesterol, ini adalah tugas

⏩VIVIX



JOM ORDER :- 
SAYANGI JANTUNG ANDA 

http://www.wasap.my/60197297176/setkolestrol


Continue Reading

Kenapa Sistem Imun Lemah?



Tak Sihat Tu Normal. Tapi Bila Kerap Tak Sihat, Setiap Bulan Pun Demam Itu Tak Normal. Sistem Imun Lemah😢

APAKAH ITU SISTEM IMUN?

   Sistem imun atau sistem kekebalan tubuh merupakan suatu sistem perlindungan secara biologi yang ada di dalam tubuh manusia dengan tujuan untuk melindungi radikal bebas yang menyerang sehingga seorang individu akan terhindar dari penyakit. 

   Apabila sistem ini dapat bekerja dengan baik, maka seseorang akan terhindar dari serangan virus ataupun bakteria, bahkan dapat mencegah dari serangan kanser.

   Akan tetapi, apabila sistem ini tidak bekerja dengan baik atau dalam keadaan yang lemah, maka kekebalan tubuh individu tersebut akan mudah terkena serangan penyakit.
KENAPA IA BOLEH TERJADI?

   Salah satu sebab adalah masalah sistem imun kita yang semakin hari semakin lemah. Makanan yang kita makan tidak mempunyai nutrisi yang seimbang agar badan kita dapat membina sel-sel baru yang sihat.

   Corak pemakanan yang salah juga adalah satu faktor selain dari mewarisi penyakit tersebut dari ahli keluarga.

APAKAH MASALAH SISTEM IMUN?

   Sistem imun boleh menjadi terlalu reaktif dan juga kurang reaktif. 
   Sistem imun yang terlalu reaktif boleh menyebabkan masalah alahan (allergic) dan autoimun.

   Manakala, sistem imun yang kurang reaktif boleh menyebabkan masalah jangkitan dan kanser. 
   Sistem imun perlu dikawal atur agar menjadi reaktif dan kurang reaktif sesuai dengan keadaan badan.

TANDA-TANDA SISTEM IMUN LEMAH

kerap demam? kerap selsema?
Lambat untuk sembuh
Itu tanda sistem imun lemah
bukan tanda kurang ubat tetapi beri tubuh anda MAKANAN SEBENAR.

TIPS ATASI MASALAH

Cuaca semakin panas. Undang pelbagai penyakit. Antara penyakit mudah kena ialah selsema.

Senang terkena penyakit mungkin tanda sistem imun semakin menurun. Cara mudah tingkat kembali sistem imun beri tubuh nutrisi yang tubuh perlu.

Kuatkan sistem imun dengan amalan pengambilan Vitamin C

Kulit akan bersinar sihat dan antibodi akan bertambah kuat. Tak mudah kena jangkitan virus selsema..

5 MAKANAN TINGKATKAN SISTEM IMUN

Berikut 5 jenis makanan dapat bantu tingkat sistem imun:

1. Cendawan butang. Ada niacin, riboflavin, vitamin B dan selenium. Niacin dan riboflavin main peranan penting dalam sistem imun manusia.

2. Tembikai - ada glutathione. Ia kuatkan sistem imun.

3. Bayam - Sarat dengan folate. Bantu tubuh cipta sel baharu dan baiki DNA.

4. Ubi keledek - punyai beta kerotin. Kuatkan sistem imun serta lambatkan proses penuaan. Pentingkan?

5. Halia - ada anti oksida. Bantu perangi radikal bebas dalam tubuh.

CARA SHAKLEE KUATKAN SISTEM IMUN DEWASA DAN KANAK-KANAK IAITU :-



SR Vitamin C (dewasa)
***********************

Apa Kelebihan Vitamin C Shaklee? 

🍋Bersifat SUSTAINED RELEASE - di mana ianya dilepaskan secara berperingkat secara perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh.

🍋Pelepasan VITAMIN C adalah secara berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. (So dalam masa 5 jam badan akan dibekalkan dengan Vitamin C)

🍋Satu tablet membekalkan 1000mg VITAMIN C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji oren.

KELEBIHAN Vitamin C Shaklee :
🍊 Mencerahkn kulit
🍊 Mengecutkan jerawat
🍊 Untuk masalah resdung
🍊 Tingkatkn Imun Badan
🍊 Sekatakan tona kulit
🍊 Bantu hasilkan kolagen utk kulit
🍊 kurangkan kedutan kulit
🍊 Cegah pigmentasi utk masalah jeragat

Garic Complex (dewasa)
***********************

BUKAN SEKADAR BAWANG PUTIH 👀

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Manfaat Utama

💝Mengandungi Spearmint
- Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.

💝 Antibiotik Yang Selamat dan Semulajadi Garlic antibiotic semulajadi
- Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

💝Menghalang Alergi
- Mempertingkatkan sistem imun berkait penyakit seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema, hepatitis.

💝Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
- Formula uniknya mampu mempertingkatkan sistem penghadaman berkaitan masalah seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gasterik.

💝Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
-Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi sebanyak 8 point.

💝Detoksifikasi
- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

💝Menurunkan Kolesterol
- Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah; meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

💝Mencegah Kanser
- Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser – Nitrosamine.

💝Menstabilkan Glukos
- Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita, terutama pesakit kencing manis.


Meal Shake (dewasa dan kanak-kanak)
*************************************

🌷Meal Shake shaklee ialah multivitamin lengkap dengan nutrisi utk si manja kita

🌷Untuk anak-anak yang mengalami masalah sembelit, kurang selera makan, mudah demam, atau yg gemar memakan makanan ringan, boleh ikhtiar dengan meal shake shaklee

🌷Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak

🌷Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas

🌷Sesuai untuk seisi keluarga

🌷Boleh menjadi instant  meal/ breakfast sekeluarga

🌷Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak

🌷Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak

🌷Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan

Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa

🌷Meningkatkan selera makan anak

🌷Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa.

Chewable C Plus (dewasa dan kanak-kanak)
******************************************

👍 Chewable Vita C plus Shaklee membantu menguatkan tulang dan gigi dan juga menjadikan gusi lebih sihat.

👍 Meningkatkan sistem imun tubuh badan.

👍 Tidak mempunyai sebarang pewarna, perisa, pemanis ataupun pengawet tambahan.

👍 Rasa sitrus semulajadi masam2 manis digemari kanak2.

👍 1 tablet Chewable Vita C plus Shaklee bersamaan dengan 1 1/2 biji oren atau 100mg Vitamin C.

👍 Tablet yang  lebih kecil berbanding Sustained Release Vita C plus Shaklee sangat mudah dihisap @ dikunyah @ ditelan.

👍 Chewable Vita C plus Shaklee amat sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang mudah terkena selesema, batuk, demam, menghidap ekzema dan juga alergi.

✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅✅

CEGAH SEBELUM TERJADI. ITULAH YANG PALING AFDOL.
KELUARGA SIHAT HATI PUN TENANG 

JOM ORDER 
http://www.wasap.my/60197297176/setimunbloh



Continue Reading

Detox Bantu Kurus Dengan Cepat



Apa itu detox? 

  Detox ialah proses di mana kita membuang segala toksin di dalam badan untuk mendapatkan badan yg lebih sihat, membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik serta mendapatkan kulit yang bersih.

  Selain itu,  dengan detox kita dapat menghindarkan diri kita daripada sebarang penyakit.

Mengapa perlu detox?

+ Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dan persekitaraan,pemakanan yang tidak sihat dan tekanan hidup. 
+ Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. 
+ Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. 
+ Oleh itu amalan detox berkala adalah penting untuk kesihatan. 
+ Bila kita detox dengan cara yg betul manfaat detox tu sendiri yg kita dapat utk badan kita.

Manafaat detox

• Menurunkan berat badan
• Kolon lebih sihat
• Meningkatkan tenaga
• Mengawal nafsu makan
• Kulit lebih cantik
• Menguatkan sistem imun
• Tidur lebih lena

  Kadang-kadang ramai yang kat luar sana tu asyik cakap nak kurus nak slim nak cantik. 
Tapi takde usaha ke arah tu.

  Macam mana nak dapat apa yang dia nak kan? Sebenarnya bila kita dah detox dalaman badan kita dengan cara yang betul,  dengan sendirinya kita akan dapat kurangkan berat badan kita.

  Detox ni bukan sahaja kita kawal pemakanan kita. Dalam masa yang sama kita perlu tahu sendiri quality pemakanan kita.

  Sebagai contoh. Makan makanan yang berkhasiat, k,urangkan makanan berminyak, kurangkan makan fast food, banyakkan makan sayur2an dan buah-buahan.

  Makanan berminyak tu contohnya kalau boleh elakkan makanan yang bergoreng. 
Cuba usahakan untuk makan makanan yang rebus-rebus.

  Dan sayur-sayuran serta buah-buahan sangat penting.  
Untuk dapatkan kulit yang cantik dan untuk memastikan proses pencernaan badan kita berjalan lancar.  
Senang kan kalau kita mampu buat semua tu?

Kenapa kita perlukan set detox ni?

  Ok macam ni. Dalam zaman sekarang ni sebenarnya kita tak boleh bagi jaminan yang 100% makanan yang kita makan tu sebenarnya sihat dan bersih.  
Betul kan?

  Jadi dengan adanya set detox ni sebagai suppliment yang boleh membantu proses detox kita jadi lebih lancar,  baik, teratur dan sihat.

SET DETOX TERDIRI DARIPADA :- 



🍁HERBLAX

  Kenapa kita perlu cuci usus kita?  Apa yg kita makan semuanya melalui usus. Betul kan?

  Jadi apa-apa makanan yang kita makan sama ada makanan berminyak, minuman bergas, makanan yang tak sihat kalau kita tak cuci usus kita, apa akan jadi?

  Usus kita menjadi kotor. Oleh itu,  bila kita ambil herblax, ia mampu untuk mencuci segala kotoran yang ada pada usus kita dan melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh. 

Manfaat utama herblax ni ialah

1) pembersihan najis yang tersekat
2) merangsang usus utk percepatkan proses pembersihan (najis yang dah lama tersekat atau tersimpan lama dlm tubuh badan kita akan diproses pembersihannya secara lembut)
3) boleh mengempiskan perut

  So pahamkan kat situ fungsi herblax.  Ingat herblax ingat usus 😊

🍁DTX COMPLEX. 

Atau lebih mudah kita ingat iaitu detox hati.

  Hati ni antara organ yang penting dalam tubuh badan kita.

  Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia.

  Jadi dalam kajian menunjukkan dtx complex mampu menyokong keupayaan badan menghasilkan protien bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

  Sebenarnya bila kita nak detox dengan proses yang betul.  Bukan semata2 kita detox untuk dapat berat badan yang ideal semata. Kita perlu detox keseluruhan supaya bila kita dapat berat yang seimbang kita juga akan dapat tingkatkan kesihatan kita secara menyeluruh.

🍁ALFALFA.

  Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yang ssngat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.

  Alfalfa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran.

  10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang sama dengan segelas susu.

  Alfalfa lebih mudah difahami dengan detox keseluruhan iaitu detox hati, darah dan usus.

  Alfalfa boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangkan toksin dalam badan,  membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

  Jadi alfalfa ni merupakan salah satu produk ysng sangat penting untuk membantu proses detox berjalan lancar.

🍁PEPPERMINT GINGER PLUS

  Peppermint ginger plus ni membantu masalah loya, gastrik, sendawa, penghadaman dan yang berkaitan.

  4 herba yang terkandung di dalam peppermint ginger plus ni iaitu pudina, halia, adas dan cekur manis (anise) membantu proses penghadaman dan melegakan kembung perut.

  Jadi untuk sesiapa yang ada masalah gastrik yang teruk atau pun cepat mabuk,  peppermint ginger plus sangat-sangat membantu untuk mengatasi semua alahan tu.

🍁VIVIX

  Untuk set detox yang last ni semua org kenal kan vivix?  Malah sangat-sangat familiar dengan shaklee. Sampai digelarkan raja suppliment.

  Dalam vivix ni ada 4 jenis tumbuhan yang mana ianya telah dibuat kajian dan disatukan untuk menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan antioksidan yang lebih kukuh.

  Oleh itu,  dalam set detox ni vivix menjadi salah satu suppliment yang terbaik untuk menjadikan proses detox berjalan lancar dan mendapat kesan yang positive dalam kesihatan tubuh badan kita.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

  Macam saya cakap tadi bila kita detox sahaja tanpa ambil suppliment, boleh. Cumanya zaman sekarang ni apa yang kita makan belum tentu bersih kan? 

  Tak semuanya makanan tu masih kukuh vitamin dan mineral nya. Makanan kita pada zaman ini datang dari supermarket. 
 
  Makanan kita diproses. Makanan kita mungkin telah diproses sejak minggu atau bahkan bulan lalu. 

  Sayur-sayuran adalah ditanam di tanah yang sama selama bertahun-tahun dan mungkin mereka diberikan bahan kimia yang kita tidak ketahui.

  Fokus kita detox untuk badan yang sihat. Jika kita mampu buat proses detox dengan baik untuk keseluruhan badan kita, kita mampu untuk dapat berat badan yang terbaik. 

  Konsisten buat detox. Follow detox meal plan daripada shaklee. Makan makanan yang seimbang. Sentiasa exercise. Ambil suppliment yang sesuai.

  Yang pastinya fokus perlu lebih kepada kesihatan menyeluruh, bukan fokus pada penurunan berat badan semata 😊

JOM DETOX DARI SEKARANG 
http://www.wasap.my/60197297176/blogsetdetox


Continue Reading

Rawatan Moden Selepas Bersalin



Masih mencari produk yang sesuai selepas bersalin?
Shaklee ada menyediakan set berpantang yang sangat baik dan sesuai untuk rawatan selepas bersalin.

Set Berpantang Shaklee boleh dibahagikan kepada beberapa set cadangan mengikut keperluan dan kemampuan (bajet) masing-masing..

Set bersalin Shaklee mempunyai 3 pakej mengikut keperluan dan bajet anda.

Apakah produk-produk yang terdapat di dalam setiap pakej tersebut?

SET ASAS (Rawatan Dalaman dan Luaran)

💊B complex
💊Vitalea
💊Vitamin c
💊Zinc plus 



SET EXTRA (Rawatan Dalaman dan Luaran + Penyusuan)

💊B complex
💊Vitalea
💊Vitamin c
💊Esp
💊Ostematrix
💊Lecthin



SET PREMIUM (Rawatan Dalaman dan Luaran + Penyusuan + Pelangsingan)

💊B complex
💊Vitalea
💊Vitamin C
💊Esp
💊Ostematrix
💊Alfafa
💊Omega Guard 



Continue Reading

Kepentingan Vitamin Dalam Set Kehamilan Shaklee



Set kehamilan shaklee merupakan sumber nutrisi yang cukup lengkap bagi ibu dan bayi dalam kandungan..

APA KATA PENGGUNA SET HAMIL SHAKLEE?

99.9% customers yang consume SET KEHAMILAN SHAKLEE mengakui:

🔹Kulit baby lagi cerah
🔹Kulit baby lebih gebuuu dan licin
🔹Baby lebih bambam pejal tapi tak lembik
🔹Tulang baby cepat keras dan kuat
🔹HB cantik
🔹Perkembangan otak bayi
🔹Manguatkan imun badan

Apa yang best sangat Set Kehamilan Shaklee ni?

Paling utama sekali sudah tentu kebaikannya.
Diikuti dengan set ini ianya murah. Sebabnya sebotoi tahan dari 4 sampai 6 bulan, dah tu boleh pulak guna waktu pantang, cuma Tambah satu dua jenis vitamin saja lagi.

Lepas tu sambung pulak untuk membekalkan khasiat buat ibu dan bayi waktu sesi penyusuan

Berbaloi kan?

SET KEHAMILAN SHAKLEE TERDIRI DARIPADA :-

💕 VITA-LEA IRON FORMULA
-Membantu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kesan kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu hamil mudah pitam, lesu, kurang fokus dan lemah ingatan.

💕 SUSTAINED RELEASE VITA-C
-Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi serta menjadikan kulit lebih cantik.
-Membantu penyerapan iron(zat besi), kekurangan vitamin c menyebabkan iron tidak dapat diserap dengan sempurna di dalam tubuh badan.

💕 B-COMPLEX
-Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan. Membantu tubuh badan lebih bertenaga, lebih fokus, menstabilkan emosi serta menyerikan lagi wajah ketika hamil.

💕ESP
- Pertumbuhan Protein . Sel2 bayi terbentuk dengan baik.
-elak keguguran
- Kuatkan Rahim
-Memberikan tenaga yang berkekalan sehingga berjam-jam lamanya dan menjadikan kulit lebih licin, gebu dan anjal.

💕 OSTEMATRIX
- Hampir 90% kalsium ibu diserap oleh bayi, maka ibu perlu menggantikan semula kalsium tersebut untuk mengelakkan berlakunya osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas kaki, mudah letih, lesu dan nampak lebih tua dari usia.

💕Omega Guard
- Menyokong kesihatan jantung dan menjaga tahap kolesterol ibu. Juga sangat bagus Untuk perkembangan otak dan mata bayi. Anak juga lahir lebih bijak.




Jom nikmati perjalanan kehamilan yang indah dengan set hamil Shaklee 😍😍

http://www.wasap.my/60197297176/blogsetkehamilan





Continue Reading

Collagen Plus Powder Shaklee Berwajah Baru




KINI DIA DATANG LAGI. KALI INI BERWAJAH BARU.

Mulakan perjalanan anda untuk kulit yang lebih tegang, berseri dan kelihatan muda!
Kembalikan keremajaan kulit anda dengan Shaklee Collagen Plus Powder. 



5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENGAMBIL KOLAGEN HARI INI!
- Kolagen terkenal dengan manfaatnya 
terhadap kesihatan, terutamanya 
kulit. Ketahui mengapa kita perlu 
mengekalkan tahap kolagen optimum 
dalam badan dan kenapa kita perlu 
bermula hari ini!

1) KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

- 30% protein dalam badan anda adalah kolagen. 
- Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap 
kuat. 
- Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. 
- Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut!



2) KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

- Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan2, fleksibiliti dan pergerakan sendi. 
- Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan
sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda

3) KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

- Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan.
- Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4) OH TIDAK! PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN

- Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya3,4. 
- Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi
tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang!

5) KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI

- Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. 
- Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan 
pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar 
UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.



Collagen Plus Powder

🍁 Merangsang Kulit Kelihatan Muda dari Dalam ke Luar
🍁 Kolagen bertindak seperti ‘pelekat’ 
untuk mengikat tubuh anda dan ditemui dengan 
banyaknya di bahagian kulit. 
🍁 Penghasilan kolagen secara semula jadi berkurangan apabila usia semakin meningkat, dan menyebabkan kulit kendur serta pembentukan kedutan dan garis-
garis halus. 
🍁 Tingkatkan pengambilan kolagen 
anda sekarang dengan Shaklee Collagen Plus 
Powder supaya kulit kelihatan lebih sihat!

Keistimewaan Shaklee

• Mengandungi 4,000 mg proprietari Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah), 
kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.
• Memberi lebih daripada kolagen, ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B 
untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal 
jelita.
• Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.
• Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.



Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

• Untuk kulit yang lebih tegang, anjal dan 
lembut.
• Meningkatkan kelembapan kulit.
• Mengurangkan kedutan dan garis halus.
• Mengurangkan pori-pori yang kelihatan.
• Menggalakkan kulit yang lebih cerah 
dan licin.

Continue Reading