5 Kelebihan Bagi Mereka Yang Suka Minum Air Masak

5 Kelebihan Bagi Mereka Yang Suka Minum Air Masak 

Air merupakan bahan kedua penting selepas oksigen. Oleh itu, tidak hairanlah tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air setiap hari. Tubuh badan kita tidak mungkin boleh hidup tanpa air. Fungsi air adalah membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan selain membantu dalam sistem perkumuhan.
 
7 KELEBIHAN BAGI MERKA YANG SUKA MINUM AIR MASAK
(1) MEMBEKALKAN TENAGA SEPANJANG HARI.
  • Tubuh kehilangan cecair apabila anda banyak berjalan, bersenam, berpeluh akibat cuaca dan sebagainya. Sekiranya kandungan air dalam badan tidak mencukupi, ia boleh menjejaskan tahap kecerdasan fizikal anda.
  • Bagaimanapun, jumlah air perlu ditambah sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda bekerja di luar pejabat seperti pekerja-pekerja dalam bidang keselamatan dan pembinaan. Selain itu, individu yang aktif bersukan juga perlu meningkatkan pengambilan air supaya tubuh badan sentiasa dalam keadaan hidrat.
Bertenaga Dan Cergas Sepanjang Hari

(2) MUDAH TURUN BERAT BADAN
  • Air boleh meningkatkan kadar metabolisma badan yang berguna untuk membakar kalori. Selain itu, air juga merupakan cecair mengandungi ‘zero’ kalori berbanding air bergula.
  • Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh memastikan kandungan air dalam tubuh anda mencukupi mengikut berat badan anda. Kuantiti yang ideal adalah sebanyak 1 liter air bagi setiap 25 kilogram. Jadi, jika berat anda adalah 75 kilogram, anda perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
Mempercepatkan Penurunan Berat Badan

(3) KURANG RASA LAPAR
  • Minum air yang mengikut jumlah yang diperlukan badan, semestinya akan membantu badan anda kurang rasa lapar. Oleh sebab itu, jika anda minum air yang cukup dalam sehari mengikut keperluan badan. Sudah pasti, anda tidak akan mempunyai nafsu untuk makan dengan banyak. Memang sesuai untuk yang sedang berdiet!
Kurang Rasa Nak Makan 

(4) SISTEM TUBUH BADAN
  • Selain itu, dengan minum air masak yang cukup. Sistem badan anda juga akan berjalan dengan lancar. Lebih lagi, sistem pencernaan badan anda. Buah pinggang anda juga akan mendapat bekalan air yang cukup untuk bakar lemak dan atasi masalah sembelit dan buasir.
Sistem Tubuh Badsn Manusia 

(5) TUBUH TIDAK TERHIDRASI 
  • Di samping itu, badan anda juga tidak akan mengalami dehidrasi kerana mendapat air yang cukup. Badan juga akan jadi lebih segar dan sihat jika anda minum air masak yang secukupnya.Akhir sekali, kelebihan yang akan anda dapat jika minum air yang secukupnya juga adalah kulit anda akan lebih sihat dan tidak akan berkedut dengan cepat kerana air akan membantu melembapkan kulit anda dari dalaman.
  • Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin dan kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). Air kosong memantapkan lagi metabolisma bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.
Perbezaan Kulit Kurang Air Dan Cukup Air

NAK LAGI MANTAP BUANG TOKSIN KLIK SINI 
Detox Untuk Perut Kempis
Detox Bantu Kurus Dengan Cepat
Untuk lebih detail boleh klik di butang whatsapp




Post a Comment

0 Comments