5 Kesan Bahaya Asap Rokok Pada Kanak-Kanak

5 Kesan Bahaya Asap Rokok Pada Kanak-Kanak
Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.

Menurut Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.

PEROKOK PASIF
Perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok, tetapi menghidu asap rokok orang lain mendapat musibah hingga menjejaskan kesihatan.

5 KESAN BAHAYA ASAP ROKOK PADA KANAK-KANAK.
(1) Masalah saluran pernafasan 

  • Bentuk peparu kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan amat penting untuk dijaga demi mengelakkan masalah jangka masa panjang.hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.

Masalah saluran pernafasan 
(2) Serangan lelah 

  • Kanak-kanak berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.Terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.

Serangan Lelah
(3) Jejaskan perkembangan IQ anak 

  • Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Jejaskan Perkembangan IQ anak
(4) Punca kepada penyakit lain 

  • Antaranya termasuklah jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.

Telinga Bernanah
(5) Berpotensi kematian mengejut

  • Seperti yang dilaporkan oleh The Health Consequence of Tobacco Use, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.

Kematian secara memgejut
KESIMPULAN 

Kita tidak boleh menolak bahawasanya asap rokok memang bahaya untuk semua. Mereka yang tidak merokok tetapi terpaksa bau asap rokok setiap hari dari perokok-perokok di sekeliling kita. Dalam tidak sedar potensi risiko kematian juga ada.

JOM IBU AYAH YANG MEROKOK. BERHENTILAH MEROKOK UNTUK KEBAIKAN SEMUA.

Ada cara yang lebih mudah untuk mereka yang hendak berhenti merokok. Anda boleh klik di sini 
Vivix Shaklee Hilangkan Keinginan Merokok
Cara-Cara Berhenti Merokok
Bagaimana Vivix Membantu Berhenti Merokok

Untuk pertanyaan lebih lanjut klik pada gambar




0 ulasan:

Copyright © Shida Rahmat | Powered by Blogger
Design by CSSIgniter | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com