Kenali Penyakit Fabroid

Kenali penyakit Fabroid
Wanita sudah berkahwin atau belum berkahwin mempunyai potensi dapat penyakit fabroid. Dalam entri kali ini sama-sama kita belajar mengenai FABROID.

APA ITU FABROID? 
Fabroid terbentuk di dalam rahim (uterus).
Ia juga dikenali sebagai ketumbuhan atau tumor sering terjadi kepada wanita terutama yang dalam usia reproduktif (subur). Dikatakan 20-50% wanita diusia subur “memiliki” fibroid sama ada mereka sedar ataupun tidak. Fibroid kecil biasanya tidak disedari, tetapi sekiranya ia semakin membesar, wanita akan mula mendapat komplikasi.

Fabroid boleh menyebabkan senggugut semakin teruk dan menganggu kitaran haid. Jika ia dibiarkan, fabroid ini boleh menyebabkan anda sukar untuk mendapat ZURIAT.

Jika fibroid semakin membesar dan ia memudaratkan , a̲nda perlu dibedah dan  rahim perlu dibuang. Masalah ini akan membuatkan  anda tidak akan mendapat zuriat selama lama nya.
Apa itu Fabroid?
PUNCA FABROID 
Punca fibroid rahim masih belum ditemui namun pengkaji beranggapan, ia terjadi oleh beberapa faktor seperti perubahan genetik dan hormon.Fibroid merangkumi sel otot dan tisu penyambung berserat(fibrous connective tissue). 

Penggabungan komposisi ini yang memberi pelbagai simptom seperti sakit di pangkal rahim, senggugut, masalah pendarahan tidak normal dan sakit ketika bersenggama.

Antara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun. Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fabroid.

JENIS-JENIS FABROID 
3 jenis ini adalah yang paling biasa ditemui pada wanita.  Sesetengah wanita mungkin menghidapi 1 jenis sahaja, tetapi ada juga yang mempunyai ketiga tiga jenis sekaligus. Hanya doktor sahaja yang boleh mendiagnose jenis fibroid seseorang wanita dengan kaedah pengimbas ultrabunyi.
  1. Inframural Fbroid : Jenis yang tumbuh diantara dinding rahim.
  2. Submucous Fibroid : Jenis yang tumbuh dari bahagian dalam dunding uterus. Jika ia membesar,  ia akan memenuhi ruang uterus.
  3. Subserosal Fibroid : Jenis yg tumbuh dibahagian luar dinding uterus.
Jenis-Jenis Fabroid
PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN BAGI PESAKIT FABROID.
  1. Protien haiwan seperti daging lembu kerbau dan kambing.
  2. Minuman berkafien seperti kopi dan nescafe.
  3. Minuman beralkohol.
  4. Air berunsurkan soya.  Kecuali jika soya tersebut Non-GMO dan mengandungi isoflavones
  5. Makanan yang dibungkus atau dipanaskan dengan menggunakan bekas plastik.
  6. Produk tenusu seperti susu penuh lemak dan keju.
Makanan ini perlu dielakkan atau dikurangkan pengambilan ialah kerana ia meningkatkan lagi kadar estrogen dalam tubuh seseorang wanita.
BAGAIMANA FABROID BOLEH TERJADI?
Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila sudah menopos atau putus haid, tiada bekalan hormon-hormon ini sekaligus menyebabkan saiz fibroid ni mengecut.

Tapi, jika sudah putus haid, saiz fibroid pulak tidak mengecut sebaliknya semakin besar atau bertambah-tambah jumlahnya. Ini adalah tanda-tanda tidak bagus kerana fibroid ini mungkin adalah jenis yang bahaya (leiomyosarcoma).

KESIMPULANNYA
Walau apa jenis sekali pun fibroid yang dihidapi,  ia boleh merosakkan uterus wanita dan boleh menyebabkan organ kewanitaan anda dibuang jika sudah tidak boleh dikawal.

Untuk pertanyaan lanjut boleh klik di sini Kak Shida Info


Post a Comment

0 Comments