Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca

Kesan Sampingan Vaksin Covid-19 Astrazeneca
Malaysia belum merekodkan sebarang kesan sampingan serius daripada pengambilan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca, sejak suntikan imunisasi itu mula diberikan pada 5 Mei lalu. 
Berikut adalah sedikit info tentang kesan sampingan vaksin covid-19 Astrazeneca: 

KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 ASTRAZENECA
Kesan sampingan adalah ringan dan bersifat sementara. Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 AstraZeneca boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima vaksin.

Penerima vaksin dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda di bawah dalam tempoh antara 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi iaitu:
• Sakit kepala yang teruk dan berterusan 
walaupun setelah mengambil ubat 
penahan sakit
• Sakit kepala yang bertambah teruk 
sekiranya dalam keadaan baring 
• Sakit kepala yang diiringi dengan:
 - Loya atau muntah
 - Kabur penglihatan
 - Masalah pertuturan
 - Lemah badan, keletihan atau sawan
• Berasa letih
• Sakit sendi 
• Sakit Otot
• Bengkak Kelenjar
• Menggigil
• Lebam 
• Sukar bernafas, sakit dada, bengkak kaki atau 
 sakit perut yang berterusan
• Sekiranya mengalami gejala bengkak pada muka 
 dan tekak, gatal atau ruam pada seluruh badan, 
 sukar untuk bernafas atau denyutan jantung 
 yang cepat, rasa lemah dan pening, sila dapatkan 
 rawatan dengan segera.

Untuk itu sangat saya sarankan untuk anda membuat persiapan sebelum anda divaksin iaitu dengan menguatkan sistem imunisasi di dalam badan.
Jemput baca info ini juga Vitamin tingkatkan sistem imun

0 ulasan: