Cara Mengatasi Perut Buncit


Seronok ke berperut buncit?
Ada orang kata buncit tu seksi
Ada juga orang kata sebenarnya seksa

Sebenarnya kalau perut buncit tu tak cantik tau. Dah la tak cantik pakai baju pun serba serbi tak kena. Kalau yang lelaki beli seluar susah. Kalau yang wanita pula dah sah-sah la tak de shape kat pinggang tu.

KENALI SEBAB PERUT BUNCIT
  • Kalau kita ada buncit, tandanya kita ada kelebihan lemak di situ. Antara lemak yang merbahaya adalah lemak Visceral ini iaitu lemak yang menyelaputi organ.
  • Kalau dah tebal sangat visceral fat boleh menyebabkan risiko kegagalan fungsi organ seperti jantung. Bayangkan lemak penuh tutup jantung, macam mana jantung nak berfungsi dengan baik?
  • Semestinya dia akan bekerja dengan penuh susah payah dan pabila masa dah sampai, boleh stop tiba-tiba. Itulah yang lebih dikenali sebagai HEART ATTACK (serangan jantung).
  • Ada tu ada yang sempat ke hospital dan ada yang terhenti di situ juga. Kita tak nampak sebab benda ni kat dalam badan.
  • Kalau korang nak tengok yang real gambar, hanya google aje “Post Mortem on High Visceral Fat Human”
  • Kesian mereka yang tak ambil berat mengenai bacaan visceral fat mereka. Pada mereka selagi sihat boleh bekerja, tak perlu risau pada buncit yang membesar. kadang-kadang nasihat, diorang pun tak mahu bertindak. Memang kesian.


Sesetengah pendapat menyatakan bahawa perut buncit tidak mengganggu penampilan tetapi ia terbukti dapat meningkatkan risiko terkena
  • penyakit jantung
  • strok
  • diabetes
  • tekanan darah tinggi 
  • kanser
Berapa ukuran lingkar perut yang dianggap tidak sihat?
Ukuran perut yang tidak sihat adalah lebih dari setengah tinggi badan.
Jadi, perut yang sihat seharusnya berukuran kurang dari setengah tinggi badan.

CARA MENGHINDARI PERUT BUNCIT
  1. Tidak tidur setelah makan.
  2. Bersukan atau senaman.
  3. Makan dari makanan yang kaya serat

Perut yang buncit dan menggeleber sudah pasti menjejaskan penampilan khususnya bagi golongan wanita dan lelaki. Pelbagai cara diusahakan untuk mengatasi masalah ini namun tetap juga tidak berhasil. Impian anda untuk memiliki perut indah akan tercapai dengan melakukan 13 langkah mudah ini setiap hari. Ia cukup mudah, murah serta berkesan jika diamalkan secara rutin.

CARA MENGATASI PERUT BUNCIT 
1. DUDUK TEGAK
Tubuh yang kerap membongkok boleh menyebabkan bahagian bawah perut kelihatan lebih besar. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kencangkan otot di bahagian bawah perut dengan menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Posisi ini menjadikan postur tubuh lebih baik.

2. AKTIVITI DI RUMAH
Lakukan aktiviti anda sendiri antaranya mengangkat barang, membersihkan persekitaran rumah, menyapu sampah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membakar sekurang-kurangnya 350 kalori dalam tempoh sejam.

3. LATIHAN UNTUK PINGGUL
Otot pinggul yang kuat sangat penting untuk membentuk otot perut yang indah. Sekiranya anda melakukan latihan untuk mengencangkan otot pinggul, otot di sekitar pinggang juga terlatih. Otot perut bahagian bawah turut mengencang.

4. BERJALAN KAKI
Aktiviti berjalan dapat membantu anda menggerakkan tubuh bahagian bawah termasuklah mengencangkan otot perut.

5. LATIHAN UNTUK PERUT
Baring secara terlentang di atas lantai dan letakkan kaki di kerusi. Angkat kepala serta tubuh secara perlahan-lahan menghala ke hujung kaki. Kemudian kembali ke posisi asal dengan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 – 12 kali, dua hingga tiga kali seminggu.

6. MENGENCANGKAN PERUT
Baring di atas lantai dan letakkan tangan di sisi tubuh. Bengkokkan lutut sebanyak 90 darjah. Kencangkan otot perut dan tekan punggung ke lantai. Angkat pinggul dari lantai dan tahan beberapa saat lalu turunkan. Lakukan sebanyak 10 -12 kali, dua ke tiga kali seminggu.

7. MEMBENTUK GARIS PINGGANG
Baring secara terlentang, bengkokkan kedua-dua lutut. Posisikan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Pastikan kedua-dua siku mengarah ke sisi luar tubuh. Angkat kepala dan punggung. Tahan beberapa minit dan turunkan tubuh ke posisi asal secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 – 12 kali untuk kedua-dua sisi tubuh. Lakukan sebanyak dua ke tiga kali seminggu.

8. MENJAGA WAKTU TIDUR
Usah abaikan waktu tidur anda. Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh anda terganggu. Ia turut memberi kesan kepada bentuk tubuh anda.

9. AKTIVITI BIASA
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk ke gim, apa kata anda lakukan cara yang paling mudah seperti berjalan atau brisk walk sambil menikmati pemandangan luar, bermain lompat tali atau bermain dengan anak-anak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih sihat dan cantik. Hati juga pasti lebih bahagia.

10. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika tidak, perut akan kelihatan kembung dan buncit.

11. MINUM BANYAK AIR
Air putih boleh membantu untuk memberi rasa kenyang serta tidak mengandungi kalori. Selain itu, air turut membantu melancarkan fungsi metabolisme tubuh.

12. HINDARI ALKOHOL
Minuman beralkohol sememangnya tidak mengandungi lemak. Namun begitu, kandungan kalorinya adalah tinggi. Minuman beralkohol boleh meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan perubahan bentuk perut di bahagian bawah menjadi lebih besar dan buncit.

13. SET ASAS DETOX SHAKLEE 
Detox ialah proses di mana kita membuang segala toksin di dalam badan untuk mendapatkan badan yang lebih sihat, membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik serta mendapatkan kulit yang bersih.
Selain itu,  dengan detox kita dapat menghindarkan diri kita drp sebarang penyakit.



HERBLAX 
  • Kenapa kita perlu cuci usus kita? Apa yang kita makan semuanya melalui usus.  Betul kan?
  • Jadi apa-apa makanan yang kita makan sama ada makanan berminyak, minuman bergas, makanan yang tak sihat kalau kita tak cuci usus kita, apa akan jadi?
  • Usus kita menjadi kotor. Oleh itu, bila kita ambil herblax, ia mampu untuk mencuci segala kotoran yang ada pada usus kita dan melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.  
Manfaat utama herblax ni ialah 
  1. pembersihan najis yang tersekat
  2. merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan (najis yang dah lama tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita akan diproses pembersihannya secara lembut)
  3. boleh mengempiskan perut
So, paham kan kat situ fungsi herblax. Ingat herblax ingat usus 

DTX COMPLEX.  

  • Atau lebih mudah kita ingat iaitu detox hati.
  • Hati ni antara organ yang penting dalam tubuh badan kita.
  • Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dlm tubuh manusia.
  • Jadi dalam kajian menunjukkan Dtx Complex mampu menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel2 hati.
  • Sebenarnya bila kita nak detox dengan proses yg betul.  Bukan semata-mata kita detox untuk dapat berat badan yg ideal semata.  Kita perlu detox keseluruhan supaya bila kita dapat berat yang seimbang kita juga akan dapat tingkatkan kesihatan kita secara menyeluruh.
ALFALFA COMPLEX

  • Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
  • Alfalfa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dlm buah-buahan mahupun sayur-sayuran.
  • 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang sama dengan segelas susu.
  • Alfalfa lebih mudah difahami dengan detox keseluruhan iaitu detox hati,  darah dan usus.
  • Alfalfa boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid,  hilangkan toksin dalam badan,  membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Jadi alfalfa ni merupakan salah satu produk yang sangat penting untuk membantu proses detox berjalan lancar.

Tapi kalau ada yang nak mengurangkan risiko buncit, boleh pm saya atau klik saja link dibawah untuk wasap saya

Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat


0 ulasan: