Meh kita story pasal kanta lekap atau contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yg mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai kanta lekap diluar sana.
Pengguna kanta lekap wajib baca maklumat-maklumat asas ini.
Sentiasa utamakan kebersihan demi keselamatan mata anda kerana semakin banyak kes corneal ulcer/ jangkitan kuman akibat mengunakan kanta lekap, saya rasa ada baiknya saya memberi sedikit pencerahan, semoga membawa kebaikan dan menjadi ilmu yang bermanfaat.
Kanta lekap/ Contact lens bukan sesuatu yang baru malah penggunanya semakin ramai kerana ia bukan sahaja digunakan bagi tujuan merawat rabun, tetapi juga bagi tujuan kosmetik untuk merubah warna mata.
Apapun tujuan anda menggunakannya, ia tetap suatu bendasing/ foreign body yang diletakkan pada permukaan kornea untuk tempoh yang agak lama.
Kesan sampingannya termasuk mata kering dan alahan, tetapi boleh juga menyebabkan jangkitan kuman. Seandainya jangkitan kuman/ corneal ulcer itu teruk, ini boleh membawa pada kehilangan penglihatan secara kekal.
Bila harus berhenti memakai kanta lekap?
Apabila anda mengalami gejala ini:
- Silau
- Sakit mata/ tidak selesa
- Merah
TIP PENJAGAAN KANTA LEKAP
- Jika anda tidak memakai kanta lekap dalam tempoh masa yang lama, pastikan “multipurpose solution” yang digunakan untuk merendam kanta lekap ditukar setiap 3 hari bagi mengelakkan ia kering.
- Sebelum merendam, cuci kanta lekap terlebih dahulu dengan meletakkannya di atas telapak tangan yang bersih, titik 3-4 multipurpose solution ke atas kanta lekap, gosok kanta lekap perlahan. Anda juga boleh membeli pencuci kanta lekap automatik di kedai-kedai cermin mata.
- Jangan guna kanta lekap lebih dari tempoh yang ditetapkan. Contohnya, kanta lekap 3 bulan haruslah dilupus dan tidak digunakan selepas 3 bulan.
- “Multipurpose solution” adalah berbeza untuk kanta lekap jernih dan berwarna. Terdapat “multipurpose solution” yang dikhaskan untuk kanta lekap berwarna bagi menjaga warna kanta lekap tersebut dari pudar dan luntur.
- Sekiranya timbul rasa tidak selesa ketika pemakaian kanta lekap, anda dinasihatkan untuk menukar kanta lekap tersebut.
TIPS PEMAKAIAN KANTA LEKAP
Ok, di sini saya kongsikan sedikit tips bagi yang nak pakai sangat kanta lengkap :-
- Sebelum pakai kanta lekap, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas cuci. Kalau rasa pedih-pedih cuci balik kanta lekap. Mungkin masih ada bulu-bulu degil yang melekat ditangan.
- Lepas itu letak kanta lekap dalam mata, titis air Renu khas untku mata. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more.
- Biasa kita dengar pakai kanta lekap maximum 8 jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas kanta lekap balik.
- Air Renu/apa-apa brand untuk rendam kanta lekap wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu! Air paip takkan sama dengan air kanta lekap.
- Bila lekap dh ditanggalkan, jangan biar mata macam tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah dan kering. Kalau mata rasa pedih-pedih sampai berair tu, tandanya sebelum tu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah hilang kat tangan walaupun dah basuh dengan sabun.
CARA PENJAGAAN MATA DALAMAN DAN PALING MUDAH. ANDA KLIK DI SINI Penjagaan mata
Jangan lupa
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 😍😍
Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat
0 Comments