Apa Yang Perlu Tahu Tentang Vitamin C Shaklee

 


Apa Yang Perlu Tahu Tentang Vitamin C Shaklee
Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Di sini, kami memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai bahan terbaik ini yang menyokong dalam kesihatan badan.

SOALAN 1
Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari? 

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, 
badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.

SOALAN 2
Saya makan makanan sihat termasuk buah-buahan dan sayuran. Perlukah saya mengambil vitamin C?

Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 40 sen sahaja setiap biji!


SOALAN 3
Saya mempunyai gastrik. Saya dengar bahawa pesakit 
gastrik tidak digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan 
sakit gastrik. Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.


SOALAN 4
Berapa banyak vitamin C yang perlu saya makan setiap hari?

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.


SOALAN 5 
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ mempunyai komponen yang dipanggil bioflavonoid. Apakah ia?

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah 
sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


Dapatkan Dos Harian Vitamin C Sustained Release Vita-C Plus™ Vitamin C Semulajadi 

  • Mempunyai sistem perlepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamn C dan mengurangkan pembaziran. Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
  • Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya. 
  • Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

INFO 
Rujukan:
1. Ascorbic Acid (Vitamin C). 2005. Recommended Nutrient 
Intake for Malaysia 2005. Pg: 107 – 109.

INFO LANJUT TENTANG VITAMIN C
KLIK DI SINI
Vitamin C Shaklee Terbaik

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy
Daftar Keahlian


Continue Reading

6 Nutrien Asas



6 Nutrien Asas 
untuk kehidupan yang lebih baik dan sihat!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien asas mestilah datang daripada pemakanan dan ia amat penting kepada badan kerana dapat membantu mencegah penyakit, menyokong pertumbuhan dan kesihatan yang baik.

1) KARBOHIDRAT
Ini adalah sumber tenaga paling penting untuk badan anda dan membekalkan tenaga ke seluruh 
badan terutamanya sistem saraf utama dan otak. Ia juga penting dalam melindungi anda daripada 
penyakit.

TIP KESIHATAN
Sesetengah karbohidrat lebih sihat daripada yang lain. Pilih bijirin penuh, kekacang, dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya serat berbanding bijiran diproses dan produk yang ditambah dengan gula.



2) PROTIEN
Protein bertanggungjawab dalam membina dan memulihkan tisu badan anda. Protein terdiri daripada 20 asid amino dan sembilan daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan anda. Sembilan asid amino ini dipanggil Asid Amino Asas dan anda mesti mendapatkannya daripada pemakanan harian atau melalui suplemen

TIP KESIHATAN
Pilih protein tumbuh-tumbuhan berkualiti tinggi, daripada sumber bukan-GMO, dengan set lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino 
asas.



3) LEMAK
Lemak penting untuk badan kerana ia menyokong penyerapan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, D, E dan K. Lemak juga terbabit dalam penghasilan hormon, mengawal suhu badan, dan menyediakan perlindungan kepada organ dalaman. Untuk badan yang sihat, pilih lemak sihat seperti asid lemak Omega-3 Omega-3 bermanfaat dalam mengurangkan inflamasi (keradangan) dan merangsang kesihatan otak, mata, jantung dan keseluruhan badan.

TIP KESIHATAN
Pilihlah minyak ikan tulen bergred farmaseutikal yang menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk kualiti yang lebih baik.

4) VITAMIN
Vitamin adalah nutrien mikro yang terbabit dalam hampir kesemua proses fisiologi badan anda. Terdapat 13 vitamin asas yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.

5) MINERAL
Mineral adalah sejenis nutrien mikro yang sangat kritikal untuk badan yang sihat. Ia memainkan pelbagai peranan dalam badan anda seperti pembinaan tulang dan gigi yang kuat, terbabit dalam proses metabolisma, dan memastikan 
status hidrasi badan yang betul. Antara mineral biasa yang penting untuk badan kita adalah kalsium, zat besi dan zink

TIP KESIHATAN
Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 
28 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B.

6) AIR
Air merupakan bahan kehidupan dan hampir 60% hingga 70% berat badan anda adalah air. Unsur penting ini bertindak sebagai penyerap hentakan, menyingkirkan toksin yang keluar daripada badan dan membawa nutrien ke sel. Pengambilan air yang mencukupi membantu memperbaiki tahap tenaga, daya tumpuan dan menyokong prestasi fizikal yang lebih baik.

TIP KESIHATAN 
Minum air bersih dan sihat melalui sistem penapisan air yang menggunakan blok karbon padu untuk menyingkirkan dan mengurangkan bahan cemar yang berbahaya.


SALAH SATU NUTRIEN YANG BOLEH DIDAPATI DARI SHAKLEE IALAH ESP SHAKLEE.



Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy














Continue Reading

Hi-Tea Viktoria | Melaka


Sebulan sebelum majlis ini diadakan, aku dah sebok fikir persiapan dari segi kewangan. Kewangan tu penting la. Hahaha

Master Md dengan Master Iffah peneraju projek ni. Tema untuk majlis ni biru gold. Masak la nak cari baju. Aku ni cerewet bab baju. 


Maka bermulalah pencarian demi pencarian. Daripada blazer, baju, handbang dan lain-lain. Bukan akunya jer tapi suami jugak. Aku wajib bawak dia sebab aku nak dia tahu apa yang aku buat dan apa yang aku dapat dari bisnes yang aku buat. 

Nak dipendekkan cerita, semua barang-barang yang diperlukan aku dapat. Alhamdulillah semua urusan Allah SAW permudahkan. Sangat-sangat mudah.

Tibalah hari kejadian.. hahaha

7:00 pagi - 19/8/2020 : kami bergerak dari rumah. Berhenti di RNR PAGOH untuk bersarapan. Dah set time nak jumpa dengan 2 orang geng viktoria untuk bertemu di situ GEE dan LYZZ. Orang kuat viktoria mereka berdua ni. 

10:00 pagi - 19/8/2020 : sampailah tempat di tuju konon nak check in awal tapi masih ada costumer dalam aparment yg kami sewa tu. Murah jer RM205 untuk 2 hari 1 malam.


11:00 pagi - 19/9/2020 : sementara nak tunggu check in dan daftar ke majlis hi-tea, kami pergi la pusing-pusing bandar hilir lepak tepi laut. Walaupun dah nak tengahari tapi angin pantai tu best sangat. 


1:00 petang - 19/9/2020 : Aku pun pergi la ballroom di GOLDEN TREE HOTEL untuk pendaftaran. Dah daftar dapat minum air vivix campur performance drink. Tekak memang haus. Lega betul rasa.


1:30 petang / 19/9/2020 : suami aku uruskan check in hotel yang kami booking sebulan sebelum majlis hi-tea viktoria. Sangat puaa hati hotel yang kami pilih. 2 bilik air, 2 bilik tidur dan lengkap dengan peralatan dapur serta view yang menarik dari luar balkoni. Kami berada di tingkat 25. Jom tengok gambar di bawah ni. Paling best ada wifi boleh tengok cerita best-best.


















View waktu malam yang sempat aku ambil. Memang jakun la sebab tak pernah duk tinggi-tinggi..hahaha 



2:00 petang / 19/9/2020 : aku pun masuklah ke dalam ballroom sebab majlis akan bermula. Rasa gah dan bangga berada dalam tu bersama leader-leader hebat viktoria. Aku bagi jugak la gambo-gambo keadaan di dalam majlis ni sebagai ingatan abadi pada tahun ni.



3:30 petang / 19/9/2020 : kami telah dijamu dengan pelbagai makanan. Memang sedap la semua. Aku cuba semua makan yang disediakan. Bila lagikan nak menikmati hidangan hotel. 🙈🙈😄😄







Sambil makan kami diperdengarkan dengan sharing dari leader-leader hebat dari mula mengenali shaklee hingga sekarang. Sedih aku dengar diaorang cerita pengalaman masing-masing. Hampir kesemua yang berjaya menjadi leader kerana usaha ingin membantu orang lain. 





5:00 petang - 19/9/20 : Tepat dan sharp majlis hi-tea selesai dengan jayanya. Di bawah ni adalah barisan master-master di bawah empayar s2ufamilies.


Kami bersurai pada jam itu. Banyak gambar-gambar kenangan yang nak aku abadikan di sini. Terutamanya di bawah empayar master Suraya dari team WAH Legacy aku sendiri. Master yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat di setiap sudut penjuru. 





Aku akhiri cerita hi-tea viktoria ini dengan gambar-gambar kenangan dengan geng-geng viktoria yang lain.



Rohaiza Binti Bachok adalah upline yang sangat berjaya pada aku. Ada kerja hakiki dan dalam pada yang sama bisnes Shaklee. Dalam shaklee ramai yang berjaya kerana niatnya hanya lebih kepada membantu orang sihat bukan semata-mata kerana wang. Jika nak ikutkan semua mereka yang bisnes shaklee sudah ada gaji tetap yang beribu-ribu.

Mereka memilih bisnes Shaklee kerana banyak manfaat untuk semua berbanding untuk diri sendiri. 

ROHAIZA BINTI BACHOK : dynamic leader


NAK CARI SHAKLEE, CARI LA SAYA DARI TEAM INDAH LEGACY - AGEN SHAKLEE JOHOR.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy






















Continue Reading