Gemuk Selepas Derma Darah


Ramai orang beranggapan selepas menderma darah selera makan mereka akan bertambah kerana kehilangan darah. Tentunya ia hanya satu mitos kerana hanya dengan meminum air secukupnya serta amalan pemakanan yang tepat dapat menampung kembali darah anda.

Adakah anda seorang Penderma Darah?
Betul ke kalau makan 'Iron Tablet' ngan 'Folic Acid' lepas derma darah boleh jadi gemuk? 🤔



"Saya takut gemuk selepas derma darah"

Kerap kali kita mendengar bahawa berat badan akan bertambah selepas menderma darah. Tanggapan itu adalah TIDAK BENAR.

Sesetengah penderma akan diberikan ubat tambahan zat besi dan pil vitamin selepas menderma darah. Namun ubat tersebut hanya bekalan untuk selama 5 hari sahaja. Jadi ia tidak menyebabkan selera makan bertambah dan seterusnya naik secara mendadak.

FAKTA BUKAN AUTA
Pendermaan darah sekitar 450 ml mampu membantu pembakaran sekitar 650 kalori dalam badan penderma.

INFO PENTING
Transfusi darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain.

Tak, kita bukan vampire sedut sampai habis semua darah dalam badan. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

KEISTIMEWAAAN PENDERMA DARAH
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti yang tertakluk di dalam Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

PROSES MENDERMA DARAH.
Setiap individu yang menderma darah dengan Pusat Darah Negara (PDN) akan melalui proses pendermaan seperti berikut:

Mengisi borang PDN3/2000/Pin. 1 atau 2. Sebarang keterangan atau bantuan mengisi borang ini boleh diperolehi daripada kakitangan kesihatan yang bertugas

Menjalani pemeriksaan darah untuk tahap kepekatan sel darah merah (paras hemoglobin) dan mengenal pasti kumpulan darah ABO.

Melalui sesi soal selidik atau kaunseling pra-pendermaan untuk mengenal pasti sebarang masalah perubatan dan tahap risiko penderma.

Penderma yang layak menderma akan menjalani proses pengambilan darah (phlebotomy). Setelah selesai proses pengambilan darah, penderma akan diberikan sedikit makan dan minuman ringan.

NASIHAT KEPADA PENDERMA DARAH
  1. Setiap kali selepas menderma darah, anda adalah dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap perkara-perkara berikut:
  2. Tekan kuat pada bekas cucukan jarum sambil berehat sekurang-kurangnya 10 minit di atas katil sebelum bangun.
  3. Ambil sedikit minuman dan makanan ringan yang disediakan sebelum meninggalkan tempat pendermaan.
  4. Ambil sebiji tablet zat besi dan asid folik yang dibekalkan sehari sekali selepas makan. Ini akan membantu anda membina kembali sel-sel darah merah yang telah anda dermakan.
  5. Berhati-hati semasa memandu atau sewaktu bekerja menggunakan mesin.

DALAM MASA 24 JAM SELEPAS MENDERMA, 
  • Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat
  • Elakkan minuman keras.
  • Lebihkan meminum air
  • Jika anda mengalami sebarang reaksi atau tindak balas seperti pening atau rasa ingin pitam, baringkan diri anda selama beberapa minit dengan kedua-dua kaki dinaikkan melebihi paras kepala.
  • Sekiranya anda berasa tidak sihat/selesa, ataupun terdapat tanda lebam, bengkak atau sakit dibahagian yang dicucuk, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat. 
JIKA ANDA SEORANG YANG PRIHATIN. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat serta pengambilan supplemen zat besi dan asid folic sudah tentu anda tidak akan menghadapi masalah HB LOW.

Berikut adalah produk dari SHAKLEE yang mengandungi pelbagai vitamin di dalamnya. Sangat membantu juga jika anda mempunyai masalah HB LOW.


B-Complex
  • berperanan meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
  • lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B-12 & folat

Vita-Lea Iron Formula

  • zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat
  • struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu/sel

Sustained Released Vitamin C

  • bantu penyerapan vitamin B-12 dan zat besi
  • bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

HARGA 1 SET :- RM246 

Jangan lupa 
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE DAN HARGA PROMOSI 

Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat



Post a Comment

0 Comments