7 Tips Elak Sakit Lutut

Sakit lutut boleh terjadi pada sebahagian tempat di lutut atau di seluruh lutut itu sendiri. Sakit lutut merupakan perkara biasa yang boleh berlaku pada semua peringkat umur dimana secara langsung akan mengganggu rutin harian seseorang. 

INFO SAKIT LUTUT

Masalah sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)’ sangat sinonim dengan warga emas atau mereka yang semakin meningkat usia tua. Kajian menunjukkan, seramai 240 juta masyarakat dunia mengalami sakit radang sendi atau ‘Osteoarthritis (OA).

Masalah ini merupakan penyebab utama kepada kemerosotan keupayaan fizikal. Bukan sahaja ia mengganggu rutin harian, tetapi masalah ini juga lama-kelamaan akan mempengaruhi emosi individu tersebut.

Sakit lutut atau ‘Knee Osteoarthritis (OA)

7 TIPS ELAK SAKIT LUTUT
(1) Elak berdiri terlalu lama
Sekiranya Tugas Yang Dilakukan Memerlukan Anda Banyak Berdiri, Elakkan Daripada Berdiri Tegak Sepanjang Masa. Bengkokkan Lutut Berselang Seli Antara Kedua-dua Kaki Supaya Bebanan Berat Badan Dapat Diseimbangkan Antara Kedua-dua Kaki.

Jangan berdiri terlalu lama 
(2) Posisi yang betul ketika duduk
Pastikan Lutut Dan Kaki Dalam Keadaan Selesa Setiap Kali Duduk. Jangan suka melipat kaki di bawak punggung ketika duduk. Ini akan memberikan tekanan kepada lutut.

Lakukan posiai duduk yang betul
(3) Letakkan bantal ketika tidur
Sekiranya Lutut Anda Sakit, Letakkan Bantal Di Bawah Pelipat Kaki Apabila Tidur Telentang Supaya Tidak Berlaku Ketegangan Pada Otot Lutut Ketika Tidur.

Letakkan bantal di bawah lutut ketika tidur
(4) Jangan mencangkung 
Jangan Mencangkung Atau Bertinggung Ketika Melakukan Kerja. Duduk Di Atas Bangku Rendah Supaya Dapat Melakukan Tugas Dengan Selesa.
Jangan mencangkung
(5) Lakukan pergerakan yang berlainan
Elakkan Daripada Berada Dalam Posisi Yang Sama Lebih Daripada 30 Minit. Ini kerana lutut itu sendiri akan menjadi tidak selesa jika berubah posisi dalam jangka masa yang sama kerana aliran darah yang tidak stabil.
Lakukan posisi duduk yang berlainan
(6) Jangan berjalan jauh
Sekiranya Lutut Sakit, Jangan Terlalu Jauh Berjalan, Ia Akan Hanya Memburukkan Lagi Keadaan. Anda boleh berhenti dan duduk seketika jika ingin meneruskan perjalanan.
Jangan berjalan jauh
(7) Hentikan senaman berat 

Hentikan Sebarang Senaman Atau Aktiviti Yang Dilakukan Sekiranya Terasa Lutut Anda Sakit sebelum ia menjadi lebih buruk.
Hentikan senaman berat
Jika sekiranya sakit lutut masih terjadi fisioterapi adalah cara terakhir bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Selain itu anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen tambahan secara konsisten.
Baca info ini Set cadangan sakit lutut shaklee dan dapatkan info sakit lutut juga di sini 5 cara hilangkan sakit lutut tanpa pembedahan

Continue Reading

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Pembedahan

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Pembedahan 
Tanpa lutut, bagaimana kaki mahu berfungsi dengan baik? Kaki sangat penting untuk membantu kita berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh itu untuk mengerakkan kaki lutut ada sebahagian anggota badan yang perlu dijaga.

5 Cara Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Pembedahan 
(1) Dapatkan berat yang ideal
Seperti semua tahu berat adalah punca utama terjadinya sakit lutut kerana ketidakmampuan lutut menampung berat badan. Lebih tinggi berat badan maka lebih banyak tekan ke atas lutut

Dapatkan berat badan yang ideal

(2) Elak senaman berat 
Belari, berlompat adalah salah satu senaman yang berat dan memaksa hentakan pada lutut. Jika ini dilakukan secara berterusan akan menyebabkan kecederaan pada lutut. Sesetengah senaman atau sukan boleh membantu melegakan sakit lutut kerana ia boleh memperbaiki fleksibiliti anda serta mengurangkan kesakitan. Selain bersenam, anda juga boleh melakukan aktiviti sukan yang kurang memberi impak dan tekanan pada bahagian lutut seperti: 

  • Berenang
  • Berjalan perlahan
  • Aerobik dalam air
  • Berbasikal setempat
Elak senaman berat
(3) Letakan pad sejuk dan panas pada lutut 
Ketika lutut terasa sudah sakit cepat-cepatlah letakkan pad sejuk di atas lutut. Pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak.Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.
Pad panas dan sejuk
(4) Lakukan senaman lutut 
Senaman dan kurangkan berat badan
Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu.
Lakukan senaman lutut
(5) Estrak halia
Halia memang terkenal dengan khasiatnya untuk banyak penyakit. Ia merupakan herba tradisional sejak turun temurun. Ia boleh didapatkan dalam bentuknya asal, serbuk atau di dalam teh.Halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat halia itu sendiri sebagai anti-radang.
Ekstrak halia
KESIMPULANNYA
Jika masalah sakit lutut ini berterusan dan bertambah teruk, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Antara rawatan sakit lutut termasuklah ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan, suntikan ke dalam sendi dan sesetengah masalah sakit lutut perlu dirawat dengan pembedahan dan fisioterapi.

Sakit lutut juga boleh dihilangkan dengan cara pengambilan semula jadi. Boleh dapatkan lebih info tentang sakit lutut di sini Set cadangan sakit lutut shaklee

Continue Reading

Set Cadangan Sakit Lutut Shaklee

Set Cadangan Sakit Lutut Shaklee
Tidak kira orang muda atau warga emas biasanya sakit lutut disebabkan oleh kolagen di dalam lutut mereka semakin kering. Terdapat tulang rawan artikular yang menyelaputi lutut untuk menyerap hentakan untuk memastikan kelancaran sendi agar tulang tidak bergesel sesama sendiri semasa lutut dan kaki bergerak.
Gambarajah nama tulang pada lutut
SET CADANGAN SAKIT LUTUT SHAKLEE
(1) Collagen Powder Shaklee
  • Kolagen ini berfungsi memberi regangan kepada sendi,menjaga rangka lutut dan memelihara tulang rawan yang mula rosak.
  • Kolagen mula rosak menyebabkan lutut mula membengkak dan tulang pada bahagian lutut mula membesar melebihi rangka lutut.
  • Kolagen shaklee ini akan meresap ke bahagian sendi .
  • Apabila penyerapan kolagen ini berlaku ianya perlahan-lahan akan memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak serta menggantikan kolagen yang rosak.
  • Lama-kelamaan bengkak tersebut akan beransur pulih dan tulang yang terkeluar dari rangka lutut akan masuk semula dalam rangka.
  • Collagen shaklee bersifat elastik dan sangat kuat.Ianya juga bukan drugs, tidak mengandungi bahan2 berbahaya dan tiada kesan sampingan.
(2) Omega Guard Shaklee 
  • Omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.
  • Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Ostematrix 
  • Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. 
  • Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 
  • Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. 
  • Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
Set sakit lutut shaklee
Untuk info lebih detail boleh klik di sini Kepentingan collagen untuk sakit lutut dan Lutut aset manusia paling berharga
Oleh itu set ini boleh membantu mereka yang sering mengalami sakit lutut. Jika anda hendak tahu cara pengambilan supplemen yang betul untuk hilangkan sakit lutut serta konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ini; 


Continue Reading

Cara Elakkan Jangkitan Varian Delta

Cara Elakkan Jangkitan Varian Delta 
Mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan terkini Covid-19. Terkini kita telah dikejutkan dengan varian terbaru iaitu VARIAN DELTA. Entri ini saya nak kupas sedikit tentang varian ini.

APAKAH ITU VARIAN DELTA? 
Varian Delta (juga dikenali sebagai B.1.617.2) adalah varian bagi virus SARS-CoV-2 yang berbeza dengan varian lain dalam beberapa mutasi utama.
Varian ini mula terbentuk pada 7 Sept 2020, namun signifikannya tidak jelas sehinggalah beberapa bulan kemudian - ketika ia mencetuskan penularan di India bermula pertengahan Februari sehingga pertengahan Mei.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) pada Mei. Ia merupakan varian yang paling mudah berjangkit setakat ini serta lebih berisiko meragut nyawa berbanding strain virus awal yang dikesan di Wuhan, China.

Selain itu, walaupun vaksin tetap memberikan perlindungan daripada varian ini, beberapa kemujaraban asalnya tidak lagi "berguna" apabila berdepan varian ini.
Varian Delta yang semakin mengganas

CARA ELAKKAN JANGKITAN VARIAN DELTA 
Walaupun kebarangkalian terkena jangkitan adalah tipis bagi mereka yang sudah lengkap vaksin, namun patuh SOP antara seruan dari semua pihak bagi mengelakkan penularan wabak ini dari terus mengganas.

Orang ramai dinasihat supaya terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang sering ditekankan, selain menjadikannya kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Berikut ada cara elakkan jangkitan varian delta:

  • Elakkan diri dari pergi kawasan sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka 
  • Eakkan bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam; amalkan etika batuk dan bersin serta dapatkan rawatan segera jika bergejala.
  • Hanya perlu duduk di rumah jika tiada kepentingan untuk keluar dan elakkan kunjung-mengunjung serta lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan kerap disentuh.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami demam yang berpanjangan serta mempunyai tanda-tanda jangkitan virus covid-19

Patoh SOP
Boleh dapatkan informasi selanjutnya di sini tentang bahayanya VARIAN DELTA Varian delta sukarkan capai imuniti kelompok

Walaubagaimana pun kita semua boleh bantu kerajaan untuk mengelakkan serangan varian ini dengan cara menjaga kesihatan. 
Teruskan baca info di sini 
Vitamin tingkatkan sistem imun
Kuatkan sistem imun


Continue Reading

Vitamin Untuk Atasi Sembelit Pada Kanak-Kanak

Vitamin Untuk Atasi Sembelit Pada Kanak-Kanak 

Sakitnya sembelit. Tak kira dewasa dan kanak-kanak. paling kasihan apabila kanak-kanak sembelit. Bukan saja sakit malah boleh menjadikan kanak-kanak menangis dan demam. Meal Shakes Shaklee adalah vitamin untuk atasi sembelit pada kanak-kanak.

INFO MEAL SHAKE
Meal shakes menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Yang keduanya, Meal shakes ni kaya dengan protien yang tidak mengandungi laktosa. tahu tak apa itu laktosa?
Apa itu laktosa? 
Laktosa ialah gula yang terdapat dalam susu. Ia dibentuk oleh dua jenis gula iaitu glukos dan galaktos. Galaktos adalah gula yang mempunyai molekul yang besar, justeru ia perlu dicernakan kepada bentuk yang lebih ringkas sebelum diserap oleh usus. 

KANDUNGAN MEAL SHAKES
  1. Anti oksidan - vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.
  2. Protein - membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah dan membantu memulihkan sel
  3. Vitamin B - membina sel-sel darah merah yang sihat.
  4. Fiber/Serat - memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari. Juga membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit.
  5. Asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium - membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesara.
Kandungan Meal Shakes Shaklee
OKEBAIKAN MEAL SHAKES
(1) Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
  • Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
  • Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
(2) Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
  • Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
(3) Untuk Pembesaran
  • Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
  • Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
(4) Anti-oksida.
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
  • Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
(5) Pemulihan Kulit
  • Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  • Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
(6) Detox
  • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
  • Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
Manfaat Meal Shakes Shaklee
TESTIMONI SEMBELIT 
Testimoni Pertama 

Testimoni Kedua

Testimoni Ketiga

Testimoni Keempat 

Testimoni kelima

Testimoni keenam
JEMPUT BACA DETAIL TENTANG MEAL SHAKE 
DI SINI 

HARGA MEAL SHAKE SHAKLEE
RM120 harga pasaran 
RM96 harga ahli 

Untuk dapatkan harga ahli yang jauh lebih murah saya jemput anda join ahli bersama team Indah Legacy kami hanya RM35 sahaja

Jika anda hendak tau cara pengambilan yang betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni 
Continue Reading

Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak

 

Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak 
Usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa. Ini bermakna suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah masalah sembelit bagi kanak-kanak.

Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak 
(1) Minum banyak air
Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya. Beri kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun 1 atau 2 gelas air kosong sehari. Bagi yang berusia 4 hingga 18 tahun pula, 6 hingga 8 gelas sehari.
minum banyak air 
(2) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Sediakan banyak sayur dan buah segar (seperti prun, aprikot, dan pir), bijirin tinggi serat, roti penuh gandum, dan pelbagai jenis kekacang. Makanan yang mengandungi probiotik, seperti yogurt juga boleh merangsang kesihatan penghadaman. Asid lemak omega-3 juga terkenal sebagai sumber perangsang usus yang sihat (cth. sardin, kacang walnut, dan kacang soya).
beri makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Aktiviti fizikal 
Galakkan aktiviti fizikal seperti melakukan sekurang-kurangnya 60 minit senaman berintensiti sederhana sehari (contohnya berjalan pantas, berlari, atau berbasikal). 
Untuk bayi, mereka boleh mendapatkan lebih senaman dengan memberikan lebih masa untuk berbaring secara meniarap (“tummy time”) atau anda boleh membantu melakukan urutan lembut pada perut mereka. Aktiviti fizikal akan membantu pergerakan usus.
lakukan aktiviti fizikal.
(4) Latihan membuang air besar 
Latihan membuang air besar merupakan satu komponen rawatan yang penting. Ambil kesempatan terhadap “refleks gastro kolik” yang terjadi secara fisiologi pada setiap manusia. Ia adalah satu refleks semulajadi badan untuk membuang air besar selepas mengambil hidangan utama. 
Galakkan anak anda duduk di atas mangkuk tandas yang mempunyai saiz yang sesuai baginya atau gunakan tempat duduk tandas kanak-kanak setiap kali selepas makan. Matlamat strategi ini adalah untuk menggalakkan tabiat membuang air besar secara tetap. Pada mulanya mereka mungkin sedikit keberatan tetapi dengan strategi mengalihkan perhatian dan pemberian ganjaran (contohnya, menggunakan “carta bintang”), ia berkesan bagi kebanyakan kanak-kanak.
latihan buang air besar
(5) Ubat dari doktor
Pakar pediatrik boleh menyarankan ubat yang sesuai untuk mengurangkan simptom anak anda memandangkan terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat sembelit dengan berkesan (contohnya, pelawas, perangsang dan pelincir najis). Dengan pengawasan yang sempurna, ubat-ubatan tersebut selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.
ubat dari doktor
KESIMPULANNYA
Jangan biarkan anak-anak sembelit kerana akibatnya terlalu besar kerana usus kanak-kanak terlalu kecil.
sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara

JEMPUT BACA DETAIL TENTANG KANAK-KANAK SEMBELIT
DI SINI 

Continue Reading

5 Tips Kekalkan Kesihatan Jantung Bagi Warga Emas

5 Tips Kekalkan Kesihatan Jantung Bagi Warga Emas 
Mereka yang mementingkan kesihatan dan penjagaan jantung akan hidup lebih sihat dan sejahtera. Ikutilah 5 tips berikut untuk menjaga kesihatan jantung dan serlahkan jiwa muda anda bersama orang tersayang.

5 Tips Kekalkan Kesihatan Jantung Bagi Warga Emas 
(1) Pilihlah makanan yang seimbang 
Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol. Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng. 
Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda. Di samping itu, adalah digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.Diet rendah lemak tepu, lemak trans, kolesterol, dan natrium-tetapi tinggi serat menggalakkan jantung yang sihat.
pilih makanan yang seimbang 
(2) Mencapai berat badan yang sihat
Terlalu banyak kalori dan senaman yang tidak mencukupi dapat meningkatkan berat badan.
Berat badan sederhana 5% -10% berat badan anda boleh meningkatkan kesihatan jantung, jika berat badan berlebihan.
Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.
Cuba dapatkan berat badan yang ideal
(3) Kekal Aktif. 
Dapatkan sekurang-kurangnya 30 minit senaman setiap hari. Malah jalan yang mudah tetapi pantas boleh membuat perbezaan yang besar.
Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa.
Kekal aktif mengikut kemampuan
(4) Elak stress
Jangan pandang stres sebelah mata. Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita. Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.
Elak stress
(5) Jangan merokok.
Tabiat ini merupakan antara tabiat yang boleh mengancam kesihatan dan ia berisiko untuk menyebabkan masalah kesihatan serius pada paru-paru anda. Ia juga boleh merosakkan arteri dan mengancam jantung anda. Jadi cuba untuk berhenti merokok untuk membantu diri anda mencegah penyakit jantung. Jika anda merupakan perokok, anda memerlukan komitmen yang tinggi untuk berhenti merokok, yang paling penting, anda jangan berputus asa.
Jangan merokok
KESIMPULANNYA 
Jantung ada organ utama yang menentukan kita masih boleh bernafas atau tidak. Jagalah jantung kita sebaik mungkin. Berikan dia peluang untuk berdegup tanpa ada halangan.
 
Anda boleh baca di sini untuk lebih lanjut Set Kesihatan Jantung

Continue Reading

ResV: Promo Merdeka Ogos 2021

KEBAIKAN POLIFENOL DALAM SEBIJI KAPSUL LEMBUT
Hidup Bersemangat! ResV adalah formula saintifik untuk menyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat.
ResV terbukti berkesan
KEMAJUAN SAINTIFIK
Pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis dan penyelidikan canggih secara global berjaya menghasilkan ResV - formula penemuan saintifik yang direka untuk menyokong kesihatan anda, secara semulajadi.

DISOKONG OLEH 6 PATEN
Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.
  1. Semula Jadi
  2. Tanpa Pewarna Tiruan
  3. Tanpa Pemanis Tiruan
  4. Tanpa Perisa Tiruan
  5. Tanpa Pengawet
  6. Tanpa Gluten Tambahan

Kebaikkan polifenol

ResV menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. pada malam, nikmati hidup penuh dengan tenaga dan kecergasan. Jalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat.

  • Waktu tidur adalah masa terbaik untuk badan anda berehat dan dipulihkan.
  • 2 gel lembut pada waktu MALAM (sebelum tidur) untuk kesegaran ketika bangun pagi!
  • Mudah - bawa ia bersama ke mana saja dan pada bila-bila masa.
  • Keberkesanan yang tinggi dengan ekstra 30% manfaat polifenol!
  • Tempoh simpan yang lebih panjang.

Harga Promosi Merdeka ResV

  1. RM510 harga pasaran
  2. RM408 harga ahli
  3. dapat voucer RM30
  4. dapat percuma keahlian 
  5. dapat percma pos 
  6. jimat sebanyak RM177

Promosi Merdeka Ogos 2021
ResV disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.

Jemput baca segala info ResV di sini:
Continue Reading

Bahaya Cahaya Biru Pada Mata

Bahaya Cahaya Biru Pada Mata 
Menjaga kesihatan mata sangat penting tidak kira jantina dan usia. Seeloknya penjagaan mata biarlah usia kanak-kanak. Jangan dedahkan anak-anak anda denga segala penyebab yang boleh merosakkan mata.

Tahukah Anda 
Terkini bahawa cahaya biru adalah salah satu kebimbangan utama dikalangan doktor mata? Kajian menunjukkan bahawa, dari masa ke masa, pendedahan kepada cahaya biru, samada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta. Ini lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mata mereka menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin peranti berbanding orang dewasa.

Kesan Pendedahan Berlebihan kepada Cahaya Biru
  • Tanda-tanda tekanan mata digital termasuk gejala sakit mata dan iritasi, penglihatan kabur, sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu.
  • Kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.
  • Penyelidik Harvard telah mengaitkan pendedahan kepada cahaya biru pada malam hari untuk beberapa jenis kanser (payudara dan prostat), diabetes, penyakit jantung, obesiti, dan peningkatan risiko kemurungan.
Sumber cahaya biru 
Lindungi Mata Anda dari Luar ke Dalam
(1) Hadkan masa skrin
Kurangkan jumlah masa yang digunakan di hadapan skrin dan / atau kerap berehat untuk memberi mata anda rehat.
(2) Gunakan penapis skrin. 
Pasang penapis skrin untuk telefon pintar, tablet dan skrin komputer untuk mengelakkan cahaya biru berlebihan masuk ke mata.
(3) Ambil Suplemen Karotenoid
Karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin mengandungi jumlah antioksidan dan sifat anti-radang yang tinggi untuk mengurangkan tekanan oksidatif pada retina dan menyaring imej serta mengurangkan cahaya biru yang dipancarkan untuk penglihatan yang lebih tajam.
Dapatkan dos karotenoid anda untuk perlindungan antioksidan yang optimum dari dalam bagi mengekalkan penglihatan yang sihat. 
  • Membekalkan lebih daripada 1.5 kali purata pengambilan harian karotenoids yang bermanfaat!
  • Memberi lebih 13mg ekstrak pekat dari enam karotenoid utama termasuk astaxanthin, alfa dan beta karoten, lycopene, lutein dan zeaxanthin.
Sumber karotenoid baik untuk kesihatan mata
Apakah Karotenoid?
Karotenoid lebih dikenali sebagai “Krayon Semulajadi” untuk tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk warna-warna kuning, oren dan merah. Warna-warna krayon ini tidak hanya wujud untuk menjadikan tumbuh-tumbuhan ini kelihatan cantik tetapi ianya melindungi tumbuhan ini terhadap sinaran matahari yang terik, menstabilkan sel membran dan membantu dalam proses fotosintesis. Sama saperti karotenoid yang melindungi tumbuhan, ianya juga boleh melindungi anda!

Mata adalah anugerah yang terindah. Tanpa mata maka pincanglah kelengkapan tubuh badan. Untuk itu jemput juga baca info berkaitan mata di sini:







Continue Reading

5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi

5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi
Pemilihan minyak ikan yang berkualiti adalah perlu kerana ini akan lebih memastikan kesihatan kita akan lebih terjamin. Saya sekeluarga mengamalkan minyak ikan setelah saya dapati banyak perubahan dari segi kesihatan.

Perlukah minyak ikan dalam kehidupan kita seharian? 
Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain.Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

5 Cara Memilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi
(1) Syarikat yang berkualiti
Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

(2) Ikan kecil atau Ikan Besar?
Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.
Saiz ikan juga dititikberatkan 

(3) Ketulenan dan Keselamatan
Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan ikan di dalam keadaan vakum - membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Ini membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.
Penyulingan molekul minyak ikan 

(4) Kelangsungan
Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

(5) Pilih minyak ikan dengan paras omega 3 yang tinggi
Pernahkah anda nampak, kandungan per kapsul adalah 1000mg, namun begitu kandungan Omega 3 dalam setiap kapsul hanya sekitar 15% daripada keseluruhan minyak ikan. Apakah maknanya ini?

Ini bermaksud selebihnya 85% adalah lemak ikan sahaja. Maknanya, kalau 1000mg x 15%, bilangan Omega 3 setiap pil hanya sekitar 150mg sahaja. Yang paling tinggi saya lihat (kecuali Shaklee) adalah jenama Kordel iaitu 200mg asid lemak omega 3, bagi setiap 1000mg minyak ikan. Lihat perbandingan di bawah:
Perbandingan minyak ikan
Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur. Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3.

Jemput baca lebih detail tentang MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE di sini: 


Continue Reading