Kopi Dan Teh Bukan Untuk Kanak-Kanak


KOPI DAN TEH TIDAK SESUAI DIBERIKAN KEPADA KANAK-KANAK KERANA AKAN MENGGANGU TUMBESARAN MEREKA. 

SOALAN CEPU EMAS!

Ni soalan WAJIB yang saya perlu tanya kepada ibubapa semasa Rundingcara Pemakanan bagi seorang kanak-kanak yang Kekurangan Zat Makanan (KZM),

"Anak encik/puan ada minum air teh atau kopi?"

Antara jawapan-jawapan yang biasa dengar:

"Ha ah..ya..ada doktor..(panggilan doktor ni memang selalu dapat walaupun saya bukan seorang doktor..hehe)..anak saya memang suka minum teh O..cicah biskut..setiap pagi dan petang..

Atau..

"Saya tak bagi anak saya minum teh dengan kopi ni puan, tapi tu lah..nenek dia ni ada bagi, nenek die jaga dia kan masa saya kerja..emm..susah la saya nak tegur..serba salah..."

Atau..

"Saya pernah tanya anak saya, memang dekat taska ada buat teh O bagi pada dorang..."

MOHON BERHENTIKAN SEMUA TABIAT INI SEGERA!!!📣

Di Melaka, umumnya di Malaysia..trend kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan terutama sekali BANTUT semakin meningkat. Sama-sama kita bantu cegah bermula dari SEKARANG! #AnakMalaysiaTinggi

Kekurangan Zat Makanan (KZM) berlaku apabila terjadinya satu atau lebih masalah-masalah seperti di bawah:
  • Berat-Untuk-Umur: Kurang Berat Badan atau Kurang Berat Badan Teruk.
  • Tinggi-Untuk-Umur: Bantut atau Bantut Teruk.
  • BMI-Untuk-Umur: Susut atau Susut Teruk.


(Rujuk Carta Pertumbuhan dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak)

Nathirah Maamor,
Pegawai Sains Pemakanan.
#NutritionistKKM
#NutritionistMelaka
#PusatMaklumatPemakananNegeriMelaka

WOOOOO .... Bahayanya kopi dan teh untuk kanak-kanak sebenarnya. Kasihannya anak-anak yang tidak tahu apa-apa. Kerana kesalahan dari ibubapa sendiri, anak-anak menjadi mangsa. 

Ayuh ibubapa di luar sana. Hentikkan segala tindakkan yang mengundang kesan yang sangat bahaya. 

KESAN BURUK MINUMAN BERKAFIEN UNTUK KANAK-KANAK

INSOMIA 
Kopi adalah perangsang tenaga yang menyebabkan pengguna berasa aktif. Badan kanak-kanak tidak memerlukan kafein dan pengambilan secara kerap akan mengalami gangguan tidur yang teruk.


KAVITI
Kandungan gula yang ada pada kafein boleh menyebabkan kaviti gigi dan hakisan enamel gigi. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengalami masalah sakit gigi adalah dikalangan yang suka minuman berkafein.


BONE LOSS ( Tulang Tidak Kuat )
Kafein adalah diuretik yang menyinkirkan air dari badan. ( buang air kecil ). Jika berlaku kerap pada kanak-kanak akan menyebabkan dehidrasi dan juga secara tidak langsung menyingkirkan kalsium dari badan si manja yang menyebabkan tulang tidak kuat.


KURANG SELERA MAKAN 
Minuman berkafein mengenyangkan dan menyebabkan anak anda hilang selera makan. Kanak-kanak memerlukan makanan yang mengandungi nutrien penting, vitamin dan mineral. Diet yang seimbang boleh merangsang pertumbuhan badan dan imuniti anak anda menjad kuat. Manakala minuman berkafein tidak mempunyai element tersebut.


SUKAR UNTUK MENUMPUKAN PERHATIAN 
Kafein mempunyai bahan perangsang aktif yang mendorong tingkah laku tidak normal tertentu pada kanak-kanak dan juga boleh mengalami kegelisahan, sukar untuk menumpukan perhatian, cepat marah, dan tekanan darah tinggi.


OBESITI
Kanak-kanak perlu makan dan minum dengan banyak untuk membesar dengan sihat dan cergas. Namum pengambilan makanan dan minuman yang banyak tetapi tidak sihat akan menyebabkan obesiti. Makanan segera dan berkefein antara makanan tidak sihat. Obesiti adalah faktor utama tekanan darah tinggi dan sakit jantung walaupun pada usia yang muda.

GLAUKOMA
Minuman berkafein meningkatkan tekanan pada mata si manja yang masih belum matang dan mendorong kepada glaukoma.
Selain kafein daripada kopi kanak-kanak juga mendapat kafein daripada minuman bergas., teh, coklat, ais krim kopi atau yogurt beku, dan juga ubat penahan sakit.
Sesetengah ibu bapa memberi anak-anak mereka teh ais bagi menggantikan minuman bergas. dan berfikir bahawa itu alternatif yang lebih baik. Tetapi teh ais juga mengandungi banyak gula dan kafein sama seperti minuman bergas.



Dengan segala maklumat tentang produk berkafein, anda perlu menghadkan pengambilan untuk si manja anda. Berikan si manja minuman berkhasiat seperti air mineral, susu atau susu soya suppaya dapat meningkatkan pertumbuhan badan dan tulang.

Jika anda sudah pun melakukan perkara sedemikian, jom berikan anak anda sesuatu agar mereka mendapat keperluan nutrisi yang sepatutnya mereka dapat dahulu dengan SHAKLEE PRODUK. 

Top up semula kekurangan nutrisi mereka yang sudah hilang.

Membekalkan 19 jenis vitamin dan mineral.
Multivitamin ini menggunakan pemanis mesra-gigi yang tidak menggalakkan pembentukan kaviti. Ia adalah cara paling sempurna untuk memberikan perlindungan imun yang diperlukan oleh si manja.

Vita-Lea® for Children
Lengkapi jurang nutrisi dalam 
pemakanan si manja
untuk perkembangan dan 
pertumbuhan yang sihat.

Meal Shakes
Minuman yang sedap, berkrim serta 
merupakan sumber yang kaya dengan 
kalsium, serat makanan dan protein. 
Minuman yang berkhasiat untuk
kanak-kanak, remaja dan juga orang 
dewasa, dimana-mana sahaja!c

HARGA SET : RM 230 

Jangan lupa 
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 😍😍

Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat



Post a Comment

0 Comments