Coq-Trol Plus Vitamin Untuk Jantung Sihat



Sebelum saya bercerita lebih jauh lagi, suka saya nak perkenalkan Vitamin Untuk Jantung Sihat iaitu Coq-Trol Plus Shaklee. Vitamin ini menggantikan CoQ Health tidak lama dulu di pasaran Shaklee 

Kenali Jantung

Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari. Sebagai otot yang bekerja paling keras di dalam badan kita dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi dengan betul.

Tenaga itu disediakan dengan bantuan nutrien dipanggil coenzyme Q10 (CoQ10), ia juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan terdapat dalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, walau bagaimanapun, jumlah CoQ10 yang dimakan daripada makanan biasanya kurang daripada 10 mg sehari. 

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. Cintai jantung anda dengan memberikannya nutrien yang tepat - Koenzim Q10(CoQ10) dan asid lemak omega-3.



Coq-Trol Plus Vitamin Untuk Jantung Sihat 

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.


3 Fungsi Coq-Trol Plus Untuk Jantung

1. Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

2. Meningkatkan Peredaran Darah 

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.




Keistimewaan Coq-Trol Plus Shaklee
• CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
• Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.


Perlu Tahu

Kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan. Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10, anda perlu mengambil 3kg daging, 100 cawan brokoli rebus, 100 sudu makan minyak Canola dan 3.3kg mentega kacang. Agak-agaknya kita boleh ke makan 4 item tersebut? Mesti nak termuntah kan? 
i


6 Sebab Perlu Ambil Coq-Trol Plus

1. Generator Tenaga Utama
Berada di dalam mitokondria - kilang tenaga anda, CoQ10 memulakan proses penghasilan tenaga, menjadi bahan api kepada mitokondria dan menghasilkan 95% tenaga badan anda.

2. DUO Tenaga dengan Polifenol 
Inginkan tenaga yang berpanjangan? Ambil kombinasi CoQ10 dan polifenol. Polifenol menghasilkan lebih banyak mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk menghasilkan lebih banyak tenaga!

3. Sumber Antioksida yang Berkuasa
Merupakan antioksida yang kuat, CoQ10 bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, mengelakkan kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dengan berkesan.

4. Nutrisi Penting untuk Jantung
Secara semulajadi, CoQ10 banyak berada di jantungyang mengepam darah 24/7. Sayangi Jantung Anda. Ambil CoQ10!

5. Kekal Remaja 
Pada usia 20-an, CoQ10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usia 20-an! Dan anda akan mula mudah rasa letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10anda dengan suplemen CoQ10.

6. Adakah Anda mengambil Statins? Anda Perlukan CoQ10!
Statin menurunkan tahap kolesterol, ia merupakan perkara yang baik. Adakah anda tahu ia juga menurunkan tahap CoQ10? Berdasarkan kajian, ia berkurangan sebanyak 40%. Periksa tahap kolesterol anda dan kekalkan tahap CoQ10, dengan suplemen CoQ10 dalam diet harian anda.





Gabungan semula jadi koenzim Q10 dan resveratrol lagi memudahkan penghasilan tenaga dalam sel anda dan menyokong kesihatan saluran darah. Berdasarkan kajian makmal, Q-Trol juga membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), yang boleh membantu menggalakkan fungsi saluran darah.

Info yang berkaitan tekan link di bawah:

Post a Comment

0 Comments