20 Tanda Badan Bertoksin Tinggi


Masih ada yang tak tahu apa itu toksin. Masih ada lagi yang tidak tahu apa akibat jika toksin di dalam badan berlebih-lebihan.

APA ITU TOKSIN?
Toksin adalah racun yang berasal dari tumbuhan atau haiwan. Racun ini berasal dari mikroorganisme. Jika terserap, terhirup, atau tertelan, toksin ini boleh menyebabkan penyakit atau gangguan kesihatan pada manusia.

KENAPA TOKSIN PERLU DISINGKIRKAN?
Toksin perlu disingkirkan kerana jika terkumpul, toksin boleh mencetuskan penyakit berbahaya dan mengganggu sistem dalaman badan kita.
Badan sebenarnya mampu mengeluarkan toksin dengan sendirinya melalui hati dan buah pinggang tetapi timbunan toksin dan kekotoran yang banyak dalam dua organ membuatkan kerja membuang toksin dalam badan terganggu.

Pengumpulan toksin dan kotoran berlaku kerana terlalu banyak makan/minum, kurang tidur dan kerap stress, serta pengambilan sayur dan buah yang tidak mencukupi.  Akhirnya, semakin banyak toksin terkumpul dan memudaratkan badan kita. JOM DETOX Kenali Detox

20 TANDA-TANDA BADAN BERTOKSIN TINGGI
  1. Selalu merasa lemah, letih dan tidak bersemangat.
  2. Mempunyai masalah untuk fokus dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu.
  3. Mudah mendapat selsema
  4. Mengalami masalah nafas berbau.
  5. Hidung selalu merasa tersumbat dan berkahak
  6. Mempunyai masalah bau badan yang kurang menyenangkan sekiranya tidak menggunakan deodorant.    
  7. Kerap merasa kembung, ‘angin’ atau penghadaman yang tidak baik terutamanya selepas makan.
  8. Mempunyai lingkaran gelap dibawah mata atau ‘eye bag’
  9. Mudah mendapat alahan atau allergi, eczema, jerawat atau psoriasis dan elergi seafood
  10. Mempunyai masalah berat badan yang susah nak diturunkan.
  11. Tidak membuang air besar setiap hari
  12. Kerap sakit-sakit badan.
  13. Mengalami masalah bengkak atau sembab.
  14. Nak bangun pagi pun rasa letih sangat, walhal cukup tidur.
  15. Kuat selera makan. Craving makanan manis je
  16. Period spun kadang datang, kadang tak datang. Bercelaru. 
  17. Kencing pun tak lawas. Kalu terbatuk tu kadang2 terkencing sekali.
  18. Kepala pun asyik sakit je. Migrain.Kerja banyak. Stress.
  19. Kulit nampak kusam.Kedut-kedut halus dah mula ada.
  20. Susah nak tido malam/insomnia



Untuk detok yang betul tekan link di sini Cara Detox Lebih Berkesan

Untuk pertanyaan boleh klik pada butang whatsapp di bawah 

Post a Comment

0 Comments