Bisnes : Force Yourself

 

Berniaga bukan sebab tak minat tetapi belum terdesak kerana masih ...
✅ ada duit untuk hidup 
✅ ada makanan untuk makan 
✅ ada rumah untuk tidur
✅ ada air untuk minum 
✅ ada pakaian untuk dipakai

Ini pula alasan yang seringkali didengar.
✅ Aku tak minat la bisnes
✅ Aku tak suka cakap²
✅ Aku tak suka jumpa orang 
✅ Aku tak suka belajar
✅ Aku tak suka orang paksa
✅ Aku tak suka ...
✅ Aku tak suka ...
✅ Aku tak suka ...

Adakah kita nak tunggu masa terdesak itu sampai di depan mata? 
Adakah kita nak tunggu masa suka dan minat itu sampai depan pintu rumah? 

Inilah dia *force yourself*
kena paksa diri untuk diri sendiri 
kena niatkan apa jua yang kita nak buat bukan untuk diri sendiri tapi untuk kebaikan orang dan paling penting jihad kerana Allah swt. 
Waimah orang yang terdesak sanggup buat apa saja untuk kelangsungan hidup. Bahkan sanggup hanya sebalang air sirap untuk dijual asalkan dapat rezeki untuk keluarga.

Buang yang punya banyak alasan. Alasan akan menjadi roadblock pada diri sendiri. Yang ditakok lama akan terus di situ jika punya banyak alasan.
Tanam dalam diri bahawa setiap rezeki Allah yang beri asalkan kita nak berusaha. Tak kisahlah kita sudah punya banyak rezeki.

Seperti contoh Ustaz Ebit Lew. Dia sudah punya banyak keperluan, untuk apa lagi dia berniaga? Untuk apa dia nak berhempas pulas untuk mencari rezeki sedangkan dia dah ada semuanya. Opcos dia berniaga hanya kerana Allah kerana dalam rezeki dia ada rezeki orang lain. So nampak tak semua? 

Kesimpulannya berniaga bukan untuk diri sendiri semata-mata tetapi juga untuk orang lain. Setiap gerak kita mesti seiring. Jangan mudah lupa diri jika kita sudah berada di dalam zon selesa.
Hari ini anda jual air 
Esok rakan anda jual nasi lemak 
Makan lawannya minum
Minum lawanya makan
Adakah di situ kita saling memerlukan? 

Dalam berniaga sebenarnya kita tak pernah kesorangan
Buang ...
Buang ...
Buang ...
Yang punya banyak tapi
Yang punya banyak ahhhh
Yang punya banyak ishhh 

BERNIAGA ADALAH SUNNAH
BERNIAGA ADALAH CABANG IBADAH YANG SANGAT HEBAT
BERNIAGA ADALAH FARDU KIFAYAH YANG DIPANDANG TINGGI DALAM ISLAM

Sebagaimana ibadah solat kita buat hanya kerana Allah 
Begitu jugalah dengan berniaga 
Berniagalah hanya kerana Allah.

#coretanhati

INILAH SAYA 

Kenali Kak Shida di sini

0 ulasan: