Kesan Buruk Kopi Kepada Kandungan




Pengambilan kopi berlebihan terutama ketika hamil boleh memberi kesan buruk terhadap kandungan.
Kawal sukatannya jika anda masih teringin meminum kopi.

Kopi adalah minuman harian masyarakat kita di Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi dipasaran seperti kopi segera, kopi campuran, kopi O, kopi susu, kopi 3 dalam 1, kopi dengan pelbagai jenis herba dan sebagainya. Dengan lambakan pelbagai jenis kopi ini menjadikan masyarakat lebih keliru lagi tentang yang mana satu kopi yang baik dan yang mana satu yang buruk untuk kesihatan.

Kesan Baik Kopi Kepada Kesihatan

  1. Secara umumnya mengambil kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik kepada kesihatan. 
  2. Mengambil kopi O dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat, tetapi jika diambil dengan pemanis gantian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adalah lebih baik.




Kesan Buruk Kopi Kepada Kesihatan

  1. Kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah (atherosklerosis) dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.
  2. Bahan kafein dalam kopi berfungsi dengan MENGHALANG kesan pencetus saraf ‘adenosine’ (neurotransmitter) yang menyebabkan saraf otak rehat dan kita rasa letih serta mengantuk.
  3. Disamping itu pengambilan kopi secara berlebihan akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau.

Fakta Tentang Kopi
  • Kopi mengandungi bahan stimulan iaitu kafein yang membantu menambahkan rasa cergas dan segar apabila di minum.
  • Teh dan koko juga mengandungi kafein tetapi dalam jumlah yang lebih rendah.
  • Secara umumnya secawan kopi mengandungi 95mg kafein.
  • Jumlah pengambilan kafein yang selamat dalam sehari adalah menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA) adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari.


Jumlah Sukatan Kopi Bagi Wanita Yang Mengandung
Dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari.
Jika ibu tetap ingin minum kopi, sulamkan minuman kafein tersebut dengan ambil air putih kosong atau jus buah-buahan agar ibu tetap terus bertenaga sehingga bersalin. Please take note ibu! 

Kesan Buruk Kopi Kepada Kandungan

Menurut seorang doktor, Benny Johan, beliau mengatakan kandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh membahayakan kandungan sekiranya ibu minum kopi ketika mengandung dengan terlalu kerap.

1) Kandungan kafein dalam kopi amat tinggi. Minum kopi ketika mengandung boleh membuatkan wanita hamil itu muntah dan mual dengan teruk.

2) Insomnia: Mula rasa tak boleh tidur. Ada saja benda yang berlegar-legar di fikiran.

3) Gangguan pencernaan: Kekadang bila banyak sangat minum kopi ketika mengandung, ia boleh ganggu sistem pencernaan, macam sembelit. 

4) Tekanan darah tinggi: Bila minum kopi ketika mengandung, anda yang sebelum ini tak ada tekanan darah tinggi pun tiba-tiba boleh dapat penyakit ini. Tambahan pula tengah mengandung senang nak dapat darah tinggi. Jadi cubalah kontrol minum kopi. Ok?

5) Migrain: Bila minum kopi ketika mengandung terlalu banyak, ia menyebabkan anda migrain atau sakit kepala. 

6) Anemia: Menyebabkan komplikasi sepanjang kehamilan, di mana, ibu hamil akan alami kurang zat besi. 

7) Keguguran: Apabila terlalu banyak minum kopi ibu juga boleh keguguran saat di awal trimester pertama. Bahkan bayi juga boleh lahir dengan kurang berat. 




Kopi adalah seperti sejenis minuman ransangan  yang baik jika diambil mengikut dos yang sesuai secara sederhana dan tidak melampau. Jika dos ini dilampaui maka kopi akan menyebabkan pelbagai kesan kesihatan yang tidak baik untuk jangkamasa panjang. Oleh itu bagi penggemar kopi anda perlu bersederhana dalam pengambilan kopi dan janganlah mencampurkannya dengan bahan-bahan yang juga berisiko tinggi untuk kesihatan seperti gula dan krimer.
Wallahualam.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),
MNM(ACNEM), FAGE
PERDIM, Melaka

Amalkan pemakan sihat ibu mengandung dengan Set Asas Ibu Hamil Shaklee




VITALEA - multivitamin dan mengandungi iron
B COMPLEX - mengandungi asid folic juga
OSTEMATRIX - ada kalsium juga 
VITAMIN C - kekalkan imun badan 



Jangan lupa 
JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 😍😍

Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat





Post a Comment

0 Comments