5 Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh Manusia


Ramai sudah tahu bahawa vitamin C adalah penawar bagi selesema. Benar, tetapi ia juga ada banyak manfaat lain! Juga bukan sekadar untuk pertahanan imun. Sebenarnya fungsi vitamin C adalah menyeluruh untuk tubuh badan manusia.

TIDAK PERCAYA? TERUSKAN MEMBACA!


5 Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh Manusia.

1) Untuk Kulit Mulus dan Berseri
Pencemaran, cahaya matahari yang terik, tekanan dan perubahan hormon boleh menjejaskan kesihatan kulit kita. Terima kasih kepada vitamin C, kulit anda akan tampil sihat berseri luaran dan dalaman!
  1. Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit.
  2. Mengandungi ciri anti-keradangan yang kuat untuk membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.
  3. Meningkatkan penghasilan semula kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen.


2) Antioksida dan Sokongan Pertahanan Ke Arah Lebih Sihat
Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel. 
Vitamin C membantu untuk: 
  1. Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2. Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.


3) Untuk Gusi Yang Sihat
Hari yang hebat bermula dengan senyuman yang ceria. Kurangkan risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C.
  1. Ia membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat.


4) Untuk Tahap Tenaga Yang Lebih Baik.
Berasa letih atau lesu ketika hamil adalah perkara biasa. Vitamin C membantu dalam:
  1. Meningkatkan tahap tenaga dengan menyokong penyerapan zat besi.
  2. Membantu dalam penghasilan cartinine, molekul yang membantu menukar lemak kepada tenaga.


5) Untuk Sendi Yang Lebih Fleksibel 
Alangkah bahagianya apabila dapat bergerak bebas dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan vitamin C. Ia menyokong fleksibiliti sendi dengan:
  1. Menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi dan tulang).
  2. Mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.


JENAMA YANG DIPERCAYAI 2022 DI MALAYSIA
shaklee.com.my

INFO BERKAITAN DI SINI 

Post a Comment

0 Comments