25 Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh Badan Manusia



Vitamin C Shaklee dinamakan sustained release kerana mempunyai kuasa untuk bertahan selama 5 jam dalam badan dengan melepaskan 100 mg setiap sejam.

Maka 1 biji=500 mg= tahan 5 jam.
Berbeza dengan jenama lain yang serta-merta singkirkan vitamin C melalui buah pinggang.

Kerana badan kita hanya mampu menyerap 100 mg vitamin sahaja dalam satu masa. Selebihnya akan dibuang melalui air kencing.
Sebab itu, ramai mendapati vitamin C supplement lain tak mampu cantikkan kulit pun

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN 

1. Penghasilan kolagen
- Vitamin C membantu penghasilan sintesis kolagen di dalam tubuh secara semulajadi. Kolagen menjadikan kulit lebih gebu , menyekatakan tona kulit wajah, melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit kusam tidak bermaya dan wajah nampak tua dari usia sebenar.

2. Perlindungan dari cahaya matahari
- Vitamin C bertindak melindung kulit dari radikal bebas termasuk cahaya matahari, pencemaran, asap kenderaan, asap rokok dan lain-lain. Antioksidan yang terdapat di dalam Vitamin C akan melindungi kulit dari radiasi ultraungudan cahaya matahari. Vitamin C juga mengurangkan kesan sunburn yang disebabkan oleh radiasi ultra ungu yang boleh boleh menyebabkan barah kulit dalam jangka panjang.

3. Melindungi dari perubahan warna kulit
- Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fitokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelak penghasilan Pyrimidimers yang menjadi punca utama penghasilan masalah kulit.

4. Memperbaiki tekstur kulit
- Vitamin C melancarkan sistem peredaran darah dan kolagen menghasilkan saluran darah yang baik. Kulit yang sihat disebabkan saluran darah yang berada di bawah lapisan kulit membawa oksigen dan nutrien yang cukup. Kekurangan nutrien menyebabkan kulit kasar dan kering. Krim yang mengandungi vitamin C meperbaiki rupa dan tekstur kulit. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang akan melindungi, menebalkan dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel membantu mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit lebih gebu.


KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN RAMBUT 

5. Pertumbuhan rambut 

- Kekurangan vitamin C antara sebab pelbagai masalah rambut seperti rambut bercabang dan kering. Radikal bebas menyebabkan rambut mudah rosak menyebabkan ia mudah rapuh dan nipis. Keadaan ini membantutkan pertumbuhan rambut. Pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C berupaya melindungi dari radikal bebas seterusnya menjadikan rambut lebih sihat, lebat dan kuat.

6. Melawan kelemumur 
- Kelemumur dan kulit kering menyebabkan folikel rambut tersumbat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria pada kulit kepala dan membuang kelemumur. Sifat anti-viral pada vitamin C menghalang kegatalan dan kekeringan pada kulit kepala sekaligus membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat.

7. Mengurangkan keguguran rambut 
- Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal yang penting bagi menstabilkan hormon dalam badan. Ia penting bagi mengatasi rambut gugur dan mengalak rambut tumbuh dengan lebih banyak.

8. Rambut lebat 
- Rambut yang sihat dan lebat kerana peredaran darah yang lancar. Vitamin C membantu meningkatkan peraliran darah dan menguatkan kapilari darah.

9. Melawan masalah rambut 
- Vitamin C sangat penting bagi merawat masalah rambut. Pengambilan vitamin C yang cukup boleh membantu mengelakkan alopecia dan masalah rambut botak bagi orang lelaki.

10. Mengelak uban 
- Vitamin C juga penting untuk mengekalkan warna asal rambut dengan menghalang kesan-kesan penuaan pada rambut.

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN
11. Antioksidan 
- Vitamin antioksidan yang paling berkuasa dan berkesan melindung tubuh daripada serangan radikal bebas yang boleh membawa kesan kepada kesihatan iaitu kesan oksiratif atau sel karat. Ia boleh menyebabkan atherosclerosis yang akan membawa kepada strok dan sakit jantung.

12. Antibodi/ Imunisasi 
- Jika vitamin C di ambil pada dos yang betul ia mampu melindungi tubuh badan daripada sebarang jangkitan penyakit termasuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Vitamin C juga berupaya meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan membantu luka cepat baik.

13. Demam biasa 
- Vitamin C berupaya mengurangkan simptom demam di mana ia bertindak sebagai anti-histamin yang akan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti selsema, sakit badan dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam.

14. Tekanan darah Tinggi 
- Vitamin C berupaya merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko terkena penyakit tekanan darah tinggi.

15. Saluran darah 
- Vitamin C bertindak memastikan saluran darah mengembang dengan baik sekaligus mengelak risiko penyakit jantung, sakit dadam kolesterol tinggi dan atherosclerosis.

16. Keracunan plumbum 
- Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum di dalam darah secara mendadak. Bahaya keracunan plumbum kerana ia boleh menyebabkan masalah pembesaran turutama kanak-kanak kerana ia boleh menganggu prestasi pembelajaran, IQ lemah dan membantutkan proses tumbesaran kanak-kanak. Orang dewasa yang keracunan plumbum pula akan mengalami risiko tekanan darah tinggi dan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

17. Kuruskan badan 
- Vitamin C terbukti membantu mereka yang ingin kurus dan mengawal berat badan secara ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi memasukkan diet yang tinggi vitamin C dalam makanan harian kerana kajian telah menunjukkan makanan yang kaya vitamin C ini boleh mengurangkan berat badan. Vitamin C boleh menurunkan paras insulin, menyimpan gula seterusnya menukar gula kepada lemak. insulin bertindak sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

18. Tekanan 
- Vitamin C membantu badan mengawal paras tekanan, hormon dan fungsi kartisol yang tinggi.

19. Katarak 
- Vitamin C penting bagi memastikan pupil mata berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak iaitu kanta mata menjadi lebih tegap, penglihatan kabur dan juga boleh menyebabkan risiko buta bagi orang dewasa. Pengambilan vitamin C boleh menghalang dan mencegah katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

20. Barah 
- Vitamin C sejenis vitamin antioksidan yang kuat dan ia boleh melindung sel dari kemusnahan DNA dan mutasi sekaligus mengelak dari terkena barah. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak terjadinya sel barah dalam badan. Vitamin C juga membantu menghasilkan semula vitamin E, vitamin antioksidan yang sangat berkuasa.

21. Tenaga 
- Vitamin C mampu mengimbangi sistem badan. Ia membantu menghasilkan dopamine sistem saraf dan membantu fungsi adrenal dalam peningkatan tenaga dalam badan.

22. Sakit jantung 
- Vitamin C menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak dan kolesterol teroksida secara tidak langsung menghalang dari terkena sakit jantung. Mereka yang ada masalah tekanan darah tinggi disarankan mengambil vitamin C. vitamin C antara cara paling murah bagi menghalang risiko penyakit jantung dan strok.

23. Diabetes 
- Vitamain C boleh mengawal paras gula dan mengurangkan risiko penyakit Diabetes serta memulihkan simptom-simptom Diabetes.

24. Asma 
- Vitamin C boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam tubuh yang menyebabkan keradangan. Penyakit asma sangat digalakkan mengambil vitamin C terutama mereka yang kurang mengambil vitamin C dalam diet harian.

25. Penyembuhan luka 
- Vitamin C membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat dengan mempercepatkan pembentukan tisu-tisu baru. Jika luka anda lambat sembuh itu adalah antara tanda kekurangan vitamin C di dalam tubuh. Vitamin C juga meningkatkan keanjalan kulit.


HARGA : RM98

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.

Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy


Post a Comment

0 Comments