Hadiah Puzzle: Shazass Empire Sifu Loteng Anda



17 Jun 2022 hari Jumaat bersamaan 18 Zulkaedah 1443. Inilah yang dinamakan rezeki hari jumaat.

Bermulanya di sini. Ternampak page facebook Shazass Empire Sifu Loteng Anda lalu. Nak dikatakan pertandingan pun tidak sebab ayatnya hanya mahu melihat siapa yang paling tepat memberi jawapan. Lihat di gambar bawah ni yang bertarikh 22 Mei 2022. 




BOLEH KLIK DISINI UNTUK TERUS KE PAGE Shazass Empire Sifu Loteng Anda

Semua di atas telah menarik minat saya untuk menyusun puzzle tersebut dengan menggunakan aplikasi CANVA. Agak menguji juga waktu menyusun lebih kurang 1 jam. Kalau jawab soalan matematik dah dapat E. Hahaha
Setelah berpuas hati, saya terus letakkan diruangan komen. Sebenarnya saya tidak mengharapkan apa-apa sehinggalah ternampak balasan di ruangan komen yang suruh saya pm admin. 





Disingkatkan cerita setelah berbalas whatsApp dari 6 Jun 2022 hinggalah 16 Jun 2022. Rezeki Allah datang depan rumah saya pada hari ini berupa TEFAL BLENDEO. 
Hasil dari menjawap puzzle. Hadiah puzzle ni buat saya terkejut sangat. Ini saya dapat kerana kesungguhan saya. Itu yang diberitahu semasa saya menerima rezeki ini.



Subhanallah 
Alhamdulillah
Allahuakbar 
Tiada kata yang mampu saya gambarkan melihat 4 orang turun dari kereta mendapatkan saya dan terus menghulurkan hadiah ini kepada saya. 



Sedikit unboxing dari hadiah ... eeeee




UNTUK SEMUA YANG DAH BANYAK BARANG SAMPAIKAN TEMPAT TIDUR PUN DAH SEMPIT, TAK ADA RUANG LEPAK-LEPAK, GARAJ KERETA DAH PENUH BARANG. KLIK TERUS PAGE DI ATAS YEA UNTUK RUANG TAMBAHAN LEBIH SELESA.
DEAL SAMPAI JADI.


Kalau nak beli Shaklee ofcos kena cari saya. Di sini .... Borak-Borak Beli Dan Biznes Shaklee

Post a Comment

0 Comments