Vivix Untuk Tenaga |
Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.
APABILA SEL ANDA SIHAT, IA MENGHASILKAN
SEL-SEL YANG LEBIH SIHAT, MEMBOLEHKAN
TUBUH BERFUNGSI DENGAN LEBIH BAIK.
POLIFENOL -
Nutrien Penting untuk Kesihatan Sel
Melindungi dan Memperbaiki DNA
untuk mengelakkan telomere menjadi pendek.
Meningkatkan Tenaga Sel
dengan meningkatkan penghasilan mitokondria - Pengeluar tenaga badan.
Meningkatkan Daya Tahan Sel
dengan mengurangkan keradangan, radikal bebas dan toksin dalam sel-sel.
Meningkatkan Fungsi Sel
dengan memperlahankan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel tubuh dan menyebabkan penuaan sel.
Kulit Yang Sihat
Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas1, meningkatkan penghasilan
kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu merangsang ingatan individu dewasa yang mempunyai masalah gangguan mental yang ringan. Pengambilan polifenol secara konsisten setiap hari menambahbaik aliran darah ke otak, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.
Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot
Mempercepatkan penghasilan mitokondria, pengeluar utama tenaga dalam badan kita. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semua otot di kalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.
Menyokong Detoks Yang Berkesan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, mengurangkan kematian sel
di hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang berkemungkinan membantu anda mengurangkan berat badan.
Peredaran Darah Yang Sihat
Mengurangkan keradangan kronik, penyebab utama serangan jantung selain menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol LDL (tidak baik) serta meningkatkan paras kolesterol HDL (baik).
Tahap Gula Darah Yang Sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan kepekaan insulin.
Perkembangan Sel yang Sihat
Polifenol adalah salah satu sebatian untuk merendahkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel kanser.
Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.
Sek Sihat Badan Sihat |
SET TENAGA UNTUK KEHIDUPAN SHAKLEE UNTUK KEHIDUPAN JALANI KEHIDUPAN YANG CERGAS DAN BERTENAGA.
Bermula dengan tubuh anda. Dapatkan kesihatan yang baik. Nutrisi untuk kehidupan yang lebih ceria, sentiasa bertenaga sepanjang hari, tanpa mengira usia. Rasa lebih muda, sihat,
penuh bertenaga dan cergas!
VIVIX
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah
berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan
semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa.
Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap
polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti
anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa
asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan
dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan
yang sangat hebat.
Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan
proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.
Promosi Shaklee Febuari 2021 |
0 Comments