Punca Sakit Tumit Yang Kerap Berlaku Bagi Wanita

 


Punca Sakit Tumit Yang Kerap Berlaku Bagi Wanita

Secara umumnya, tumit merupakan tulang terbesar dan adalah paling penting di antara 26 tulang yang berada pada bahagian kaki.Ia berfungsi untuk menyokong seluruh berat badan anda semasa anda berjalan dan pada masa yang sama berperanan menyerap tekanan apabila berjalan atau melompat. 

Terdapat pelbagai penyebab sakit tumit bagi wanita seperti kecederaan, terseliuh, plantar fasciitis dan lain-lain lagi. Di bawah adalah penerangan bagi setiap penyebab yang berlaku.

Punca Sakit Tumit Bagi Wanita

(1) Kecederaan
Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan (dalam tulang tumit) adalah sebab biasa bagi sakit tumit pada orang dewasa. Walaubagaimanapun, episod tunggal kecederaan traumatik ke tumit mungkin tidak mencukupi untuk kesakitan berterusan di tumit. Selalunya, kecederaan tekanan yang berulang-ulang yang akan menimbulkan ketegangan pada otot, tulang dan ligamen di sekeliling yang menyebabkan sakit tumit. Pendaratan tumit pada permukaan yang lebih keras juga boleh mengakibatkan patah tulang tumit.

Kecederaan

(2) Terseliuh
Terseliuh (sprains) adalah ketegangan ligament yang disebabkan kecederaan. Penyembuhan terbaik? R.I.C.E : rehat, ais, mampatan, dan ketinggian. Anda akan mula merasa lebih baik dalam masa seminggu atau lebih. Kemudian, anda perlu membina semula kekuatan tendon, otot, dan ligamen. Terapi fizikal membantu tetapi mengambil masa. 


Terseliuh

(3) Plantar fasciitis 
Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki. Keradangan tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis. Sukar untuk orang yang memakai kasut rata. Apabila anda berjalan kaki dalam kasut rata selama tempoh masa yang panjang, plantar fascia akan diregangkan mengakibatkan keradangan. Begitu juga dengan wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi meningkatkan tekanan pada tumit. Selain itu, ia juga menyebabkan sakit belakang.

Plantar fasciitis 

(4) Selalu memakai kasut bertumit tinggi
Rasanya semua orang tahu bahawa kasut bertumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan seorang wanita. Memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja akan menyebabkan anda sakit tumit malah ia juga akan menyebabkan anda sakit lutut dan belakang.

Selalu memakai kasut bertumit tinggi

(5) Selalu memijak lantai simen
Lantai simen bersifat sejuk dan menurut orang lama, sangat berbisa dan boleh menyebabkan anda sakit tumit. Oleh itu elakkan daripada memijak lantai simen tanpa beralas semasa berada di dalam rumah. Pakai selipar untuk melindungi kaki anda, terutamanya bahagian tumit.
Ini kerana postur badan anda tidak lagi berada dalam keadaan yang normal semasa anda memakai kasut bertumit tinggi di mana anda akan berada dalam keadaan berjengket setiap masa. Oleh itu, jika anda kerap sakit tumit, kurangkan pakai kasut bertumit tinggi. Jangan siksa diri anda semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

Selalu memijak lantai simen

Itulah dia penyebab sakit tumit yang sering terjadi pada wanita. Telah pun saya kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian ini

7 Cara Mudah Cegah Sakit Tumit


Jika anda hendak tahu cara cegah sakit tumit dengan betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni seterusnya..
Untuk Pertanyaan 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 



Post a Comment

2 Comments

edahyukarim said…
saya memang jarang pakai kasut tumit tinggi, selalu pakai sneakers saja. rasa tak seimbang pulak bila cuba pakai..hehe..takpelah, dapat jaga kesihatan tumit kaki jugak :)
shidarahmat said…
akk pun sama lebih suka pakai kasut atau selipar jer .. hahaha
tak pandai jugak nak pakai kasut tumit. Serba tak kena rasanya lau pakai