Bahaya Cahaya Biru Pada Mata

Bahaya Cahaya Biru Pada Mata 
Menjaga kesihatan mata sangat penting tidak kira jantina dan usia. Seeloknya penjagaan mata biarlah usia kanak-kanak. Jangan dedahkan anak-anak anda denga segala penyebab yang boleh merosakkan mata.

Tahukah Anda 
Terkini bahawa cahaya biru adalah salah satu kebimbangan utama dikalangan doktor mata? Kajian menunjukkan bahawa, dari masa ke masa, pendedahan kepada cahaya biru, samada secara semulajadi dari matahari atau tiruan iaitu dari skrin peranti digital, boleh menyebabkan kerosakan retina dan buta. Ini lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak kerana mata mereka menyerap lebih banyak cahaya biru dari skrin peranti berbanding orang dewasa.

Kesan Pendedahan Berlebihan kepada Cahaya Biru
  • Tanda-tanda tekanan mata digital termasuk gejala sakit mata dan iritasi, penglihatan kabur, sakit kepala, leher, sakit belakang dan bahu.
  • Kerosakan retina dan kemerosotan makula yang berkaitan dengan usia boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan.
  • Penyelidik Harvard telah mengaitkan pendedahan kepada cahaya biru pada malam hari untuk beberapa jenis kanser (payudara dan prostat), diabetes, penyakit jantung, obesiti, dan peningkatan risiko kemurungan.
Sumber cahaya biru 
Lindungi Mata Anda dari Luar ke Dalam
(1) Hadkan masa skrin
Kurangkan jumlah masa yang digunakan di hadapan skrin dan / atau kerap berehat untuk memberi mata anda rehat.
(2) Gunakan penapis skrin. 
Pasang penapis skrin untuk telefon pintar, tablet dan skrin komputer untuk mengelakkan cahaya biru berlebihan masuk ke mata.
(3) Ambil Suplemen Karotenoid
Karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin mengandungi jumlah antioksidan dan sifat anti-radang yang tinggi untuk mengurangkan tekanan oksidatif pada retina dan menyaring imej serta mengurangkan cahaya biru yang dipancarkan untuk penglihatan yang lebih tajam.
Dapatkan dos karotenoid anda untuk perlindungan antioksidan yang optimum dari dalam bagi mengekalkan penglihatan yang sihat. 
  • Membekalkan lebih daripada 1.5 kali purata pengambilan harian karotenoids yang bermanfaat!
  • Memberi lebih 13mg ekstrak pekat dari enam karotenoid utama termasuk astaxanthin, alfa dan beta karoten, lycopene, lutein dan zeaxanthin.
Sumber karotenoid baik untuk kesihatan mata
Apakah Karotenoid?
Karotenoid lebih dikenali sebagai “Krayon Semulajadi” untuk tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk warna-warna kuning, oren dan merah. Warna-warna krayon ini tidak hanya wujud untuk menjadikan tumbuh-tumbuhan ini kelihatan cantik tetapi ianya melindungi tumbuhan ini terhadap sinaran matahari yang terik, menstabilkan sel membran dan membantu dalam proses fotosintesis. Sama saperti karotenoid yang melindungi tumbuhan, ianya juga boleh melindungi anda!

Mata adalah anugerah yang terindah. Tanpa mata maka pincanglah kelengkapan tubuh badan. Untuk itu jemput juga baca info berkaitan mata di sini:







Post a Comment

0 Comments