Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak

 

Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak 
Usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa. Ini bermakna suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain. Perkara lazim yang ibu bapa sering berdepan dalam membesarkan anak adalah masalah sembelit bagi kanak-kanak.

Cara Atasi Sembelit Bagi Kanak-Kanak 
(1) Minum banyak air
Cecair dalam badan yang cukup boleh melancarkan perjalanan buang air besar serta mengelakkan sembelit. Jadi, pastikan anak anda minum air secukupnya. Beri kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun 1 atau 2 gelas air kosong sehari. Bagi yang berusia 4 hingga 18 tahun pula, 6 hingga 8 gelas sehari.
minum banyak air 
(2) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Sediakan banyak sayur dan buah segar (seperti prun, aprikot, dan pir), bijirin tinggi serat, roti penuh gandum, dan pelbagai jenis kekacang. Makanan yang mengandungi probiotik, seperti yogurt juga boleh merangsang kesihatan penghadaman. Asid lemak omega-3 juga terkenal sebagai sumber perangsang usus yang sihat (cth. sardin, kacang walnut, dan kacang soya).
beri makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Aktiviti fizikal 
Galakkan aktiviti fizikal seperti melakukan sekurang-kurangnya 60 minit senaman berintensiti sederhana sehari (contohnya berjalan pantas, berlari, atau berbasikal). 
Untuk bayi, mereka boleh mendapatkan lebih senaman dengan memberikan lebih masa untuk berbaring secara meniarap (“tummy time”) atau anda boleh membantu melakukan urutan lembut pada perut mereka. Aktiviti fizikal akan membantu pergerakan usus.
lakukan aktiviti fizikal.
(4) Latihan membuang air besar 
Latihan membuang air besar merupakan satu komponen rawatan yang penting. Ambil kesempatan terhadap “refleks gastro kolik” yang terjadi secara fisiologi pada setiap manusia. Ia adalah satu refleks semulajadi badan untuk membuang air besar selepas mengambil hidangan utama. 
Galakkan anak anda duduk di atas mangkuk tandas yang mempunyai saiz yang sesuai baginya atau gunakan tempat duduk tandas kanak-kanak setiap kali selepas makan. Matlamat strategi ini adalah untuk menggalakkan tabiat membuang air besar secara tetap. Pada mulanya mereka mungkin sedikit keberatan tetapi dengan strategi mengalihkan perhatian dan pemberian ganjaran (contohnya, menggunakan “carta bintang”), ia berkesan bagi kebanyakan kanak-kanak.
latihan buang air besar
(5) Ubat dari doktor
Pakar pediatrik boleh menyarankan ubat yang sesuai untuk mengurangkan simptom anak anda memandangkan terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat sembelit dengan berkesan (contohnya, pelawas, perangsang dan pelincir najis). Dengan pengawasan yang sempurna, ubat-ubatan tersebut selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.
ubat dari doktor
KESIMPULANNYA
Jangan biarkan anak-anak sembelit kerana akibatnya terlalu besar kerana usus kanak-kanak terlalu kecil.
sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara

JEMPUT BACA DETAIL TENTANG KANAK-KANAK SEMBELIT
DI SINI 

0 ulasan: