Cara Elakkan Jangkitan Varian Delta

Cara Elakkan Jangkitan Varian Delta 
Mungkin ramai yang tidak tahu perkembangan terkini Covid-19. Terkini kita telah dikejutkan dengan varian terbaru iaitu VARIAN DELTA. Entri ini saya nak kupas sedikit tentang varian ini.

APAKAH ITU VARIAN DELTA? 
Varian Delta (juga dikenali sebagai B.1.617.2) adalah varian bagi virus SARS-CoV-2 yang berbeza dengan varian lain dalam beberapa mutasi utama.
Varian ini mula terbentuk pada 7 Sept 2020, namun signifikannya tidak jelas sehinggalah beberapa bulan kemudian - ketika ia mencetuskan penularan di India bermula pertengahan Februari sehingga pertengahan Mei.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) pada Mei. Ia merupakan varian yang paling mudah berjangkit setakat ini serta lebih berisiko meragut nyawa berbanding strain virus awal yang dikesan di Wuhan, China.

Selain itu, walaupun vaksin tetap memberikan perlindungan daripada varian ini, beberapa kemujaraban asalnya tidak lagi "berguna" apabila berdepan varian ini.
Varian Delta yang semakin mengganas

CARA ELAKKAN JANGKITAN VARIAN DELTA 
Walaupun kebarangkalian terkena jangkitan adalah tipis bagi mereka yang sudah lengkap vaksin, namun patuh SOP antara seruan dari semua pihak bagi mengelakkan penularan wabak ini dari terus mengganas.

Orang ramai dinasihat supaya terus mematuhi saranan dan nasihat kesihatan yang sering ditekankan, selain menjadikannya kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Berikut ada cara elakkan jangkitan varian delta:

  • Elakkan diri dari pergi kawasan sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat.
  • Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka 
  • Eakkan bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam; amalkan etika batuk dan bersin serta dapatkan rawatan segera jika bergejala.
  • Hanya perlu duduk di rumah jika tiada kepentingan untuk keluar dan elakkan kunjung-mengunjung serta lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan kerap disentuh.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor jika anda mengalami demam yang berpanjangan serta mempunyai tanda-tanda jangkitan virus covid-19

Patoh SOP
Boleh dapatkan informasi selanjutnya di sini tentang bahayanya VARIAN DELTA Varian delta sukarkan capai imuniti kelompok

Walaubagaimana pun kita semua boleh bantu kerajaan untuk mengelakkan serangan varian ini dengan cara menjaga kesihatan. 
Teruskan baca info di sini 
Vitamin tingkatkan sistem imun
Kuatkan sistem imun


0 ulasan: