5 Petua Hilangkan Sakit Tumit

5 Petua Hilangkan Sakit Tumit

Sakit tumit adalah sakit pada bahagian tumit yang kerap dialami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sakit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali.

Sakit tumit selalunya lebih teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur kerana pada waktu pagi tisu tumit menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan merenggangkan tisu itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu itu menjadi longgar dan sakit berkurangan.

Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama. Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat.

Petua Hilangkan Sakit Tumit.
Petua 1: 
Gunakan Minyak Zaitun
Baca Surah al-Fatihah kepada minyak zaitun
Baca Ayat Kursi
Baca Surah At Taubah ayat 14
Baca Surah Al hasyr ayat 216
Sapu dan urut secara perlahan-lahan di bahagian tumit yang sakit. Lakukan secara berulang setiap hari sehingga sakit tumit berkurangan.

Minyak Zaitun


Petua 2:
Amalkan berjalan kaki ayam di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana di waktu pagi cuaca yang tenang akan merehatkan kaki dan aliran darah pun lancar. Amalkan setiap pagi.

Berjalan kaki ayam di atas rumput


Petua 3:

Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Garam kasar

Petua 4:  
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai. Jangan terus memijak kaki di lantai. Ini kerana akan membuatkan saraf dan aliran darah kita terkejut daripada rehat semalaman.

Buat regangan sebaik bangun tidur

Petua 5:
Betik muda
Gunakan betik yang betul-betul muda. Letak atas api dan bakar hingga agak hangus (bakar sebelah sahaja). Bila dah hangus, alihkan dan alaskan dengan kain. Gunalah beberapa lapis kain untuk tak nak panas sangat. Letak kaki / tumit yang sakit tu atas betik tadi. Letak kaki sampai betik jadi suam. Bila dah suam, alihkan kain, letak kaki saja sampai betik tu berlubang. Letak kaki di situ sehingga betik jadi sejuk.

Betik muda

Jangan ambil mudah kalau kaki sudah berasa sakit dan rasa sukar untuk berjalan. Walaupun anda mungkin merasakan sakit pada tapak kaki, mahupun tumit anda adalah satu perkara biasa, namun, jangan sekali-kali menganggap ia satu perkara yang remeh. Jika dibiarkan, ia cenderung untuk mewujudkan masalah kesihatan yang lain.

Kaki adalah antara anggota badan yang penting dalam pergerakan harian anda. Jadi, sayangi kaki anda.Jemput juga baca set cadangan sakit tumit shaklee dan punca sakit tumit yang perlu diketahui

Jika anda hendak tahu cara lain untuk mengelakkan  sakit tumit dengan betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni seterusnya..
Untuk Pertanyaan 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 
KAK SHIDA DAN EMPAYAR INDAH LEGACY


0 ulasan: