7 Cara Mudah Hilangkan Sakit Tumit

 

7 Cara Mudah Hilangkan Sakit Tumit
Selalu kita dengar tentang sakit tumit. Sakit tumit menyerang tak kira usia. Oleh itu, perlu kita ambil tahu dengan lebih mendalam tentangnya supaya dapat mencegah sakit tumit dari menghantui hidup seharian. 

7 Cara Mudah Hilangkan Sakit Tumit  
(1) Rehatkan kaki 
Penting bagi anda untuk tidak meletakkan beban pada kaki buat sementara waktu sehingga keradangan beransur pulih. Ini bermakna anda perlu kurangkan berjalan atau berdiri terlalu lama, ataupun anda boleh menggunakan alatan sepeti tongkat bagi mengurangkan beban berat badan anda pada kaki.
Rehatkan kaki 
(2) Melakukan senaman dan regangan 
Regangkan betis, tendon Achilles dan tapak kaki anda. Lakukan senaman ringan untuk menguatkan bahagian bawah kaki dan otot kaki. Ini juga dapat membantu menstabilkan buku lali, melegakan kesakitan dan menghalang sakig tumit dari berulang kembali.
Melakukan senaman dan regangan
(3) Gunakan pelapik kasut
Ia bertujuan untuk memberi sokongan dan kusyen tambahan pada tapak kaki. Anda boleh mendapatkannya di farmasi ataupun di kedai kasut. Pastikan anda memilih jenis pelapik kasut yang padat dan dapat menyokong tapak kaki.
Gunakan pelapik kasut
(4) Gunakan pelapik tumit.
Setiap kali anda melangkah, tumit anda menghentak ke arah permukaan tanah dan ini memberi kesan kepada struktur di sekitar tumit seperti tendon. Dengan penggunaan pelapik tumit, ia melegakan tekanan tersebut dan memberi anda kusyen tambahan.
Gunakan pelapik tumit 
(5) Mengurangkan berat badan 
Jika anda dalam kategori berat badan berlebihan atau obese, anda meletakkan bebanan yang sangat banyak ke atas kaki anda. Lebihan tekanan ini boleh menyumbang kepada terjadinya masalah sakit tumit. Di samping itu, berat badan berlebihan juga menyebabkan masalah sakit lutut.
Oleh itu, cuba kawal berat badan dengan cara pemakanan mahupun meningkatkan aktiviti fizikal.
Mengurangkan berst badan
(6) Pilih kasut yang sesuai
Elakkan pemakaian kasut sukan dan kasut bertumit tinggi. Pastikan anda memakai kasut atau selipar sepanjang masa walaupun di dalam rumah, elakkan dari tapak kaki berpijak pada permukaan keras terutamanya pada waktu pagi. Pilih kasut yang diperbuat dari bahan yang selesa dan mudah serap peluh dan pastikan anda memakai saiz yang betul.
Memilih kasut yang sesuai
(7) Pemakaian night splints
Ini merupakan sejenis alat bantuan yang berbentuk seperti stokin yang dipakai ketika tidur. Ia berfungsi untuk mengekalkan kaki pada posisi 90 darjah semasa tidur, membenarkan tendon dan struktur yang tegang dan radang di sekitar tumit untuk relaks. Ia juga membantu meregangkan tendon Achilles dan mengurangkan kesakitan.
Pemakaian night splints
Penting untuk kita tahu cara pencegahan supaya sakit tumit boleh kita elakkan dari terjadi. Ini kerana sakit tumit amatlah sakit kerana saya sendiri sudah pernah alami selama hampir 3 tahun. Oleh itu anda boleh amalkan cara pencegahan di atas. 

Jika anda hendak tahu cara cegah sakit tumit dengan betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni seterusnya..
Untuk Pertanyaan 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 


0 ulasan: