5 Cara Senaman Hilangkan Sakit Tumit

5 cara senaman hilangkan sakit tumit
Sering kita dengar penyakit yang sering dihidapi seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Namun ada satu penyakit yang seringkali dihantui oleh semua tak mengira usia iaitu Sakit Tumit.

Sakit Tumit merupakan satu keadaan kesakitan kronik dan berlaku di kawasan bawah tumit dan tapak kaki. Ia merupakan sejenis keadaan radang yang sering dikaitkan dengan masalah degenerative membabitkan tisu yang menyambungkan tulang dan struktur jari kaki ke tumit. Ia kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai struktur tapak kaki yang rata, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mereka yang banyak berdiri dan memberikan beban pada tapak kaki.

Sebenarnya sakit tumit ni boleh dirawat namun rawatan itu hanyalah untuk mengurangkan sakitnya bukan menyembuhkan. Caranya dengan melakukan beberapa senaman.

Cara Senaman Hilangkan Sakit Tumit
Senaman 1
Berdiri dengan satu kaki lurus (kaki belakang) dan satu lagi kaki bengkok (kaki hadapan) dan pastikan tapak kaki anda tidak terangkat.
Kemudian gerakkan badan anda ke hadapan sehingga anda merasa tapak kaki dan otot betis anda tegang.
Tahan posisi ini selama 10 saat, kemudian rehat dan luruskan kaki anda semula.
Ulangi senaman ini sebanyak 20 kali untuk setiap tumit kaki.
Ulang senaman ini berulang kali sehingga sakit tersebut berkurang.

Berdiri menghadap ke dinding
Senaman 2
Berdiri di hujung bahagian anak tangga dengan menggunakan bahagian depan tapak kaki
Pastikan tumit berada di atas angin dan tak mencecah lantai
Berdiri beberapa minit untuk memastikan bahagian tapak kaki meregang

Berdiri di hujung bahagian tangga
Senaman 3
Duduk tegak dan silangkan kaki. Guna tuala atau tali pinggang dan lilit di bawah tapak kaki. Dengan perlahan, tarik jari kaki dan tapak kaki ke arah anda sehingga anda dapat merasa regangan pada belakang betis dan tapak kaki. 
Tahan regangan tidak kurang dari 30 saat. 
Ulangi kaedah ini sebanyak lima hingga 10 kali dengan tahap regangan yang sedikit, sederhana dan tanpa sakit.

Menggunakan tuala dan dililit di tapak kaki
Senaman 4
Ambil satu botol. Letakkan kaki kaki di atas botol dan tekan. Sambil tekan sambil tolak botol itu ke depan dan belakang menggunakan kaki. Ia akan meregangkan tisu di bahagian tapak kaki.

Letakkan kaki di atas botol air
Senaman 5 
Senaman menguatkan otot betis
Duduk dengan kaki menghulur lurus, gunakan theraband (pita getah yang digunakan sebagai alat bantu ketika fisioterapi) dan lilit pada hujung tapak kaki. Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki ke bawah dengan rintangan pada theraband. ‘Ketatkan’ otot betis dan tahan selama 10 saat. Ulangi latihan ini sebanyak 10 hingga 20 kali.

Gunakan pita getah lilit di hujung kaki
AWAS ! Hati-hati ketika melakukan senaman ini, berhenti jika anda merasa sakit yang melampau pada tumit kaki anda. Adalah bagus jika anda memulakan senaman ini dengan perlahan-lahan sehingga anda mendapat kekuatan dan ketahanan untuk melakukan senaman ini.

Kesemua regangan dan senaman yang dikongsi mampu membantu menghilangkan kesakitan. Senaman ni perlu dilakukan mengikut kemmpuan

Selain cara senaman di atas anda juga boleh gerakkan kaki dan tumit anda dahulu sebelum memulakan langkah. Semoga bermanfaat. 

Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian ini
cara kurangkan sakit tumit bagi warga emas
punca sakit tumit selepas bangun tidur

Jika anda hendak tahu cara lain hilangkan sakit tumit dengan betul dah konsultasi percuma. Boleh klik link di bawah ni seterusnya..
Untuk Pertanyaan 
ORDER SHAKLEE
Kenali Kak Shida di sini 
KAK SHIDA DAN EMPAYAR INDAH LEGACY











0 ulasan: