Suara Jadi Sengau, Bernafas Pun Susah. Ini Tanda Resdung



Resdung atau Sinus ialah ruang yang dipenuhi udara dalam tengkorak. Mereka terletak di belakang dahi, tulang hidung, pipi, dan mata.  Resdung yang sihat tidak mengandungi bakteria atau kuman lain.  Selalunya, lendir dapat mengalir keluar dan udara dapat mengalir melalui sinus.


Suara Jadi Sengau, Bernafas Pun Susah

Resdung ini satu penyakit yang tak nampak serius pada peringkat awal tetapi boleh membawa maut jika dibiarkan ia menjadi lebih serius. Resdung ni kalau dibiar tanpa pengawalan lama kelamaan akan tumbuh satu ketumbuhan dalam hidung yang di panggil "polip". Jika ini berlaku , mungkin perlu melakukan pembedahan sinusitis. Ia merupakan jalan keluar terakhir untuk pulih resdung. kalau korang tak baik pulih dari awal.

Melihat kawan-kawan yang ada resdung mesti ada yang suara jadi sengau, bernafas pun susah. Seakan tersekat di kerongkong. Situasi ini menyebabkan mereka tercungap-cungap akibat sesak nafas dan lama-kelamaan individu yang mengalami keadaan ini menjadi tidak aktif. 


Tanda-Tanda Resdung Kronik
  1. Hidung tersumbat atau hidung yang sentiasa penuh.
  2. Gatal-gatal hidung dan mata.
  3. Bersin berulang kali.
  4. Lendir yang berlebihan dari hidung, kadang-kadang mengalir ke bahagian belakang tekak.
  5. Gangguan tidur akibat kesukaran bernafas semasa tidur.
  6. Nafas berbau yang dikaitkan dengan aliran lendir yang tidak normal.
  7. Kerap Bersin terutama waktu pagi
  8. Hidung Berhingus  Bersumbat
  9. Batuk Berkahak Pekat
  10. Alahan Makanan Laut 
  11. Gatal Kulit Kepala dan Masalah Kelemumur
  12. Jerawat Kronik


BAHAYA RESDUNG ‼️
Boleh menyerang bahagian kepala. Kepala rasa berat, pening, migraine dan kadang tu sampai selesema teruk.Semua akibat resdung terkumpul dalam hidung dan kepala!. Tu yang memungkinkan sesorang akan berasa sengau suaranya kerana hingus yang berkumpul di dalam hidung dan menyukarkan lagi untuk bernafas. 




Resdung, atau rinitis alergi, mempunyai beberapa potensi bahaya, terutamanya jika tidak dirawat atau diurus dengan betul:
  1. Kualiti Hidup Terjejas: Simptom sisa seperti hidung tersumbat, bersin dan gatal-gatal boleh mengganggu tidur, produktiviti dan kualiti hidup secara keseluruhan.
  2. Jangkitan Telinga dan Resdung: Kemungkinan mendapat jangkitan telinga atau sinus yang lebih kerap mungkin meningkat pada individu yang menghidap resdung kronik.
  3. Masalah Telinga Tengah: Hilang pendengaran sementara atau masalah telinga tengah boleh disebabkan oleh pembengkakan saluran pendengaran akibat keradangan kronik.
  4. Polip Hidung: Keradangan kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan pertumbuhan tisu polip di dalam hidung, yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan jangkitan berulang.
  5. Asma: Rinitis alahan boleh menyumbang kepada perkembangan atau pemburukan asma pada sesetengah individu.
  6. Komplikasi Paru-paru: Jika rinitis alahan tidak diurus dengan betul, aliran udara yang terhad melalui hidung boleh menyebabkan masalah paru-paru seperti radang paru-paru.
  7. Kesihatan Mental: Gejala yang berpanjangan dan mengganggu boleh menjejaskan kesejahteraan mental, seperti meningkatkan risiko tekanan, kebimbangan dan kemurungan.
  8. Ketagihan Dadah: Menggunakan pelega simptom secara berterusan tanpa pengurusan yang betul boleh menyebabkan pergantungan dan kesan sampingan jangka panjang.



Ada Cara Alam Semulajadi Yang Perlu Anda Ketahui. Ini caranya..






3 item di atas boleh bantu anda mengawal dan seterusnya jika diamalkan berkemungkinan resdung dapat dipulihkan sepenuhnya. Kena istiqomah pengambilannya.
Set Resdung Shaklee ini disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis.

Pada pendapat saya Set Premium mesti menjadi pilihan pertama kerana untuk baik pulih peringkat awal perlu ade gabungan yang kuat untuk dapatkan kesan yang maximum.
Perlu anda tahu juga di sini Punca-punca Resdung


TESTIMONI RESDUNG 
















Post a Comment

4 Comments

Cik Petals said…
saya ada family member yang ada penyakit resedung ni, memang kesian kalau waktu-waktu yang kita dengar dia bersin tu. sampai non stop. Nanti saya cuba sarankan ubat2 yang akak share dalam post.
flizzy86 said…
kalau selsema biasa pu dah rasa tak selesa apatahlagi kalau ada resdung. Orang yang merasainya ja faham .. bagus ada produk yang boleh membantu untuk meredakan dan meningkatkan imuniti tubuh camni kan kak
Netty Ah Hiyer said…
Memang terseksa kalau ada resdung ni.. bersin jangan ceritalah. Lepastu alahan pula dengan habuk. Nak cari penawarnya pun tak mudah juga. Ada suplemen insyaAllah membantu.
仙妮 said…
Ohh ...learnt so much about Resdung sickness from your story here. So so informative useful this story. I can imagine how suffering with Resdung ni. Cheers SiennyLovesDrawing