5 Cara Mencari Ketenangan Hati Mengikut Islam



Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya saya telah diberi kesempatan untuk mengubah diri sendiri tanpa paksaan. 

Di dalam setiap bisnes,.sejujurnya saya tidak terlepas dari perasaan tertekan dan ada kalanya tercari-cari di mana silap saya sehingga saya tak dapat apa yang saya target dalam bisnes. Di sini lah kita semua perlu bertenang dan sentiasa motivasi diri sendiri untuk sentiasa memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri sendiri.

Di bawah ni saya kongsikan kata-kata motivasi diri dari segi kerohanian iaitu cara mencari ketenangan hati mengikut islam. Saya pasti dengan cara ini kita semua dapat mencapai apa yang kita inginkan. 

5 Cara Mencari Ketenangan Hati Mengikut Islam 

1) Sentiasa Rasa Bersyukur Kepada Allah SWT 

Ucapakanlah ALHAMDULILLAH kerana ini adalah ungkapan ringkas sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT tidak kiralah rezeki itu dalam bentuk apa sekali pun.

Bersyukur walaupun kita dapat jualan yang paling minimum pada hari tersebut. Syukur adalah menikmati dan meyakini bahawa setiap hal yang kita miliki adalah atas kurniaan Allah SWT. 

Bersyukur dengan hati dengan cara kita berzikir. Mengskui bahawa segala nikmat yang diterima adalah datangnya daripada Allah SWT.

Bersyukur dengan lisan dengan menyebut “ALHAMDULILLAHI RABBIL’ALAMIN”. Yang mana kalimat ini adalah bentuk nyata syukur kita secara lisan. Dengan ucapan ini, maka Allah sudah mendengar bahawa kita bertahmid kepadanya.

Bersyukur dengan amalan adalah memberikan sebahagian rezeki dari bisnes kepada yang berhak. Bersedekahlah dengan sepenuh hati dan ikhlas hanya mengharap redha Allah. 

Surah Ibrahim Ayat  7... Artinya: (Ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku benar-benar sangat keras."





2) Membaca Al-Quran. 

Al-Quran adalah penawar ketenangan hati..Hasil kajian Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Florida, Amerika Syarikat berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. 

Di kala kita tertekan tak ada pelanggan yang hadir beli barang jualan kita baca lah Al-Quran  
Membaca Al-Quran salah satunya dapat membuat diri dan hati kita akan rasa lebih tenang Yakin Al-Quran boleh membawa kita bangkit dengan lebih tenang supaya jalan kejayaan terbentang luas untuk anda. 

Sebagaimana Allah sampaikan  bahawa Al-Quran adalah benar-benar petunjuk yang nyata. Adanya petunjuk bagi manusia, tentu dapat membuat kehidupan manusia lebih tenang, kerana dalam jalan yang benar, dan tidak menyesatkan.

Surah Al-Israa’ Ayat 82.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

 



3) Letakkan Allah SWT Di Dalam Hati.

Ingati Allah, selalulah menyebut namanya. Letakkan Allah SWT di dalam hati iaitu sentiasa mengingati Allah pasti membuat hati dan jiwa akan lebih tenang. Ketenangan hati akan timbul jika manusia dapat mengingat kebesaran Allah, mengingat tanda-tanda kekuasaan Allah dan juga betapa banyak nikmat Allah yang berikan. 

Dalam apa juga bisnes yang kita buat, yang ini adalah paling penting kerana setiap langkah yang kita buat supaya bisnes kita maju dan sukses, jika tiada Allah SWT di dalam hati maka akan pincanglah sesuatu yang kita rancangkan.

Allah sebagai sandaran dalam setiap yang kita akan dan hendak lakukan dalam hidup.Untuk itu, jika kita benar-benar serahkan setiap semua kejadian itu adalah milik Allah SWT, maka ia adalah kunci hidup supaya kita tenang menghaddpi situasi apa pun. Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawasanya.. 

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. (Surah Ar-Ra’d Ayat 28)
 




4) Berfikiran Postif Di atas Setiap Dugaan

Berfikiran positif bermaksud sentiasa  mengambil kebaikan dan hikmah yang ada dalam sesuatu kejadian. Setiap manusia pasti Allah SWT beri dugaan hidup, pasti akan ada ujian dan masalah yang berat. Pasti ada satu masa yang buat bisnes kita bankrap. Jika kita tidak tenang untuk menghadapinya, sudah pasti ia akan mendatangkan tekanan dan menyalahkan orang lain. 

Anggap saja masalah yang kita hadapi sebagai satu cabaran.  Kita perlu menerima apa yang berlaku seadanya, kerana kita menganggap dugaan yang datang itu adalah malapetaka sudah pasti hidup lebih sengsara. Pujuk hati dan yakinkan diri anda dengan kata-kata motivasi. Kena kuat semangat. Apa pun dugaan dan rintangan kita kena tempuh.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;  Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah Ayat 216)





5)  Menunaikan Solat Cara Rasullah SAW Mencari Ketenangan.

Nabi SAW menjadikan solat sebagai jalan keluar demi menyingkirkan permasalahan. Saat musibah datang menjengah, solat menjadi pelindung dan sandaran dalam menagih ketenteraman dan ketenangan.

Ini lah yang perlu kita buat bahawa solat ada tiang bagi segala-galanya. Sakit, sihat, tekanan, kecewa dan yang berkaitan dengan tidak berjaya dalam hidup.

Inilah sebab mengapa umat Islam diperintahkan untuk menunaikan solat, kerana solat telah menjadikan tubuh semakin kuat dan hati dikurniakan ketenangan.

Solat merupakan ubat yang sangat mujarab bagi manusia yang sedang sedih dan menghadapi tekanan akibat masalah hidup dan musibah yang menimpanya baik pekerjaan mahupun perniagaan.

Solat mampu menjadi senjata dalam melawan badai yang melanda jiwa dan minda. Tiadalah kesulitan itu menjadi mudah melainkan hanyalah kepada Allah kita meminta untuk diringankan.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda, جعلت قُرَّة عَيْني فِي الصَّلَاة “Dijadikan sesuatu yang paling menyenangkan hatiku ada pada saat mengerjakan solat.” [Shahih Sunan An-Nasaa’i no. 3940]




Hati yang tenang itu pula adalah terhasil daripada ketakutan dan kegerunan menghadapi kehidupan dunia dan hari kematian tetapi telah diisi dengan keazaman dan kesungguhan memperolehi janji syurga di akhirat nanti.

Di sini lah tindakan yang memerlukan kita memasukkan ketenangan di tahap paling tinggi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Kata-kata motivasi ini la yang perlu kita tanamkan dalam jiwa.

Semoga 5 cara mencari ketenangan hati dari aspek rohani yang saya kongsikan ini, boleh memberi motivasi kepada anda yang memerlukannya. Seterusnya menjadi pemangkin untuk kita berjaya dalam pelbagai aspek

Post a Comment

0 Comments