𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐒𝐍𝐄𝐒 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐈 | Shida Rahmat

 










Bisnes online tak ada kedai bermaksud bisnes hanya atas talian. Ramai masyarakat yang dah ambil peluang untuk membuat bisnes online yang hanya menggunakan telefon, komputer atau lap top sahaja. Dengan perkembangan teknologi internet , ramai yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius ataupun sambilan. 

Bisnes online sangat berbeza dari pelbagai sudut. Ini termasuklah 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓, 𝐌𝐀𝐒𝐀 dan 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀. Tidak perlu sampai kena ada pengalaman teknikal. Anda tidak perlu tahu cara membina laman web, tak perlu menjadi seorang programmer, tidak sama sekali. Saya huraikan serba sedikit setiap perbezaaan ini.

Sudah semestinya bisnes online tidak memerlukan 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 untuk berniaga. Ini kerana bisnes ini boleh dijalankan di mana-mana saja. Tak perlu ruang yang besar, tak perlu rak-rak untuk pamerkan produk. Cukup hanya ada telefon bimbit dan line internet beserta data yang mencukupi untuk mengiklankan produk sendiri.

Untuk bisnes online tidak terikat dengan 𝐌𝐀𝐒𝐀. Terpulang pada diri sendiri hendak post iklan bila-bila masa saja. Tidak terikat dengan masa berjumpa orang untuk mesyuarat atau belajar. Ilmu bisnes online hanya di hujung jari. Boleh buat kelas juga melalui atas talian.

Oleh itu bisnes online tidak memerlukan 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 untuk susun barang atas rak, buat audit, atau duduk di kaunter pembayaran di dalam kedai. Pekerja bisnes online adalah diri sendiri. Ke mana hala tuju bisnes adalah di tangan sendiri. Tak perlu susah payah bayar gaji pekerja.

Oleh yang demikian begitu mudah untuk meningkatkan ekonomi diri sendiri atau keluarga juga. Hanya sedikit usaha untuk memperbanyakkan ilmu setiap produk, itu pun boleh didapati di mana-mana laman media sosial. Anda juga boleh menetapkan jadual anda sendiri dan bekerja mengikut keselesaan dan kemampuan anda bergantung pada seberapa cepat atau besar yang anda ingin perniagaan anda berkembang. Jom mulakan bisnes online dari sekarang bersama saya yang sudah pun ada pengalaman selama 6 tahun.

Shida Rahmat | Suri Rumah@Bisnes Online


Hanya RM 35 untuk menikmati banyak kelebihan sebagai ahli Shaklee. Daftar sekarang --

TEAM INDAH LEGACY

Setiap supplemen Shaklee melalui kajian dan ujian klinikal dan keberkesanannya dibuktikan dalam Kajian Landmark Study 

KAJIAN SHAKLEE

KLIK DI SINI UNTUK PERTANYAAN, INFO SHAKLEE DAN ORDER

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat
Page ≠ Agen Shaklee Johor

TERIMA KASIH 🌷













Post a Comment

0 Comments