6 Nutrien Asas



6 Nutrien Asas 
untuk kehidupan yang lebih baik dan sihat!

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), nutrien asas mestilah datang daripada pemakanan dan ia amat penting kepada badan kerana dapat membantu mencegah penyakit, menyokong pertumbuhan dan kesihatan yang baik.

1) KARBOHIDRAT
Ini adalah sumber tenaga paling penting untuk badan anda dan membekalkan tenaga ke seluruh 
badan terutamanya sistem saraf utama dan otak. Ia juga penting dalam melindungi anda daripada 
penyakit.

TIP KESIHATAN
Sesetengah karbohidrat lebih sihat daripada yang lain. Pilih bijirin penuh, kekacang, dan sayur-sayuran serta buah-buahan yang kaya serat berbanding bijiran diproses dan produk yang ditambah dengan gula.



2) PROTIEN
Protein bertanggungjawab dalam membina dan memulihkan tisu badan anda. Protein terdiri daripada 20 asid amino dan sembilan daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan anda. Sembilan asid amino ini dipanggil Asid Amino Asas dan anda mesti mendapatkannya daripada pemakanan harian atau melalui suplemen

TIP KESIHATAN
Pilih protein tumbuh-tumbuhan berkualiti tinggi, daripada sumber bukan-GMO, dengan set lengkap yang mengandungi semua 9 asid amino 
asas.



3) LEMAK
Lemak penting untuk badan kerana ia menyokong penyerapan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, D, E dan K. Lemak juga terbabit dalam penghasilan hormon, mengawal suhu badan, dan menyediakan perlindungan kepada organ dalaman. Untuk badan yang sihat, pilih lemak sihat seperti asid lemak Omega-3 Omega-3 bermanfaat dalam mengurangkan inflamasi (keradangan) dan merangsang kesihatan otak, mata, jantung dan keseluruhan badan.

TIP KESIHATAN
Pilihlah minyak ikan tulen bergred farmaseutikal yang menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk kualiti yang lebih baik.

4) VITAMIN
Vitamin adalah nutrien mikro yang terbabit dalam hampir kesemua proses fisiologi badan anda. Terdapat 13 vitamin asas yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6, dan D. Ia juga penting untuk kesihatan penglihatan, kulit dan tulang.

5) MINERAL
Mineral adalah sejenis nutrien mikro yang sangat kritikal untuk badan yang sihat. Ia memainkan pelbagai peranan dalam badan anda seperti pembinaan tulang dan gigi yang kuat, terbabit dalam proses metabolisma, dan memastikan 
status hidrasi badan yang betul. Antara mineral biasa yang penting untuk badan kita adalah kalsium, zat besi dan zink

TIP KESIHATAN
Menyokong kesihatan optimum dengan formulasi 
28 vitamin dan mineral asas termasuk vitamin C, E, beta karoten, asid folik dan vitamin B.

6) AIR
Air merupakan bahan kehidupan dan hampir 60% hingga 70% berat badan anda adalah air. Unsur penting ini bertindak sebagai penyerap hentakan, menyingkirkan toksin yang keluar daripada badan dan membawa nutrien ke sel. Pengambilan air yang mencukupi membantu memperbaiki tahap tenaga, daya tumpuan dan menyokong prestasi fizikal yang lebih baik.

TIP KESIHATAN 
Minum air bersih dan sihat melalui sistem penapisan air yang menggunakan blok karbon padu untuk menyingkirkan dan mengurangkan bahan cemar yang berbahaya.


SALAH SATU NUTRIEN YANG BOLEH DIDAPATI DARI SHAKLEE IALAH ESP SHAKLEE.



Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy














Post a Comment

0 Comments