Hi-Tea Viktoria | Melaka


Sebulan sebelum majlis ini diadakan, aku dah sebok fikir persiapan dari segi kewangan. Kewangan tu penting la. Hahaha

Master Md dengan Master Iffah peneraju projek ni. Tema untuk majlis ni biru gold. Masak la nak cari baju. Aku ni cerewet bab baju. 


Maka bermulalah pencarian demi pencarian. Daripada blazer, baju, handbang dan lain-lain. Bukan akunya jer tapi suami jugak. Aku wajib bawak dia sebab aku nak dia tahu apa yang aku buat dan apa yang aku dapat dari bisnes yang aku buat. 

Nak dipendekkan cerita, semua barang-barang yang diperlukan aku dapat. Alhamdulillah semua urusan Allah SAW permudahkan. Sangat-sangat mudah.

Tibalah hari kejadian.. hahaha

7:00 pagi - 19/8/2020 : kami bergerak dari rumah. Berhenti di RNR PAGOH untuk bersarapan. Dah set time nak jumpa dengan 2 orang geng viktoria untuk bertemu di situ GEE dan LYZZ. Orang kuat viktoria mereka berdua ni. 

10:00 pagi - 19/8/2020 : sampailah tempat di tuju konon nak check in awal tapi masih ada costumer dalam aparment yg kami sewa tu. Murah jer RM205 untuk 2 hari 1 malam.


11:00 pagi - 19/9/2020 : sementara nak tunggu check in dan daftar ke majlis hi-tea, kami pergi la pusing-pusing bandar hilir lepak tepi laut. Walaupun dah nak tengahari tapi angin pantai tu best sangat. 


1:00 petang - 19/9/2020 : Aku pun pergi la ballroom di GOLDEN TREE HOTEL untuk pendaftaran. Dah daftar dapat minum air vivix campur performance drink. Tekak memang haus. Lega betul rasa.


1:30 petang / 19/9/2020 : suami aku uruskan check in hotel yang kami booking sebulan sebelum majlis hi-tea viktoria. Sangat puaa hati hotel yang kami pilih. 2 bilik air, 2 bilik tidur dan lengkap dengan peralatan dapur serta view yang menarik dari luar balkoni. Kami berada di tingkat 25. Jom tengok gambar di bawah ni. Paling best ada wifi boleh tengok cerita best-best.


















View waktu malam yang sempat aku ambil. Memang jakun la sebab tak pernah duk tinggi-tinggi..hahaha 



2:00 petang / 19/9/2020 : aku pun masuklah ke dalam ballroom sebab majlis akan bermula. Rasa gah dan bangga berada dalam tu bersama leader-leader hebat viktoria. Aku bagi jugak la gambo-gambo keadaan di dalam majlis ni sebagai ingatan abadi pada tahun ni.



3:30 petang / 19/9/2020 : kami telah dijamu dengan pelbagai makanan. Memang sedap la semua. Aku cuba semua makan yang disediakan. Bila lagikan nak menikmati hidangan hotel. 🙈🙈😄😄







Sambil makan kami diperdengarkan dengan sharing dari leader-leader hebat dari mula mengenali shaklee hingga sekarang. Sedih aku dengar diaorang cerita pengalaman masing-masing. Hampir kesemua yang berjaya menjadi leader kerana usaha ingin membantu orang lain. 





5:00 petang - 19/9/20 : Tepat dan sharp majlis hi-tea selesai dengan jayanya. Di bawah ni adalah barisan master-master di bawah empayar s2ufamilies.


Kami bersurai pada jam itu. Banyak gambar-gambar kenangan yang nak aku abadikan di sini. Terutamanya di bawah empayar master Suraya dari team WAH Legacy aku sendiri. Master yang tak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat di setiap sudut penjuru. 





Aku akhiri cerita hi-tea viktoria ini dengan gambar-gambar kenangan dengan geng-geng viktoria yang lain.



Rohaiza Binti Bachok adalah upline yang sangat berjaya pada aku. Ada kerja hakiki dan dalam pada yang sama bisnes Shaklee. Dalam shaklee ramai yang berjaya kerana niatnya hanya lebih kepada membantu orang sihat bukan semata-mata kerana wang. Jika nak ikutkan semua mereka yang bisnes shaklee sudah ada gaji tetap yang beribu-ribu.

Mereka memilih bisnes Shaklee kerana banyak manfaat untuk semua berbanding untuk diri sendiri. 

ROHAIZA BINTI BACHOK : dynamic leader


NAK CARI SHAKLEE, CARI LA SAYA DARI TEAM INDAH LEGACY - AGEN SHAKLEE JOHOR.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy






















0 ulasan: