ANGGUR MUSCADINE YANG AMAT BERKUASA



Di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat.

  • Kulit dan Benih yang Tebal = Kuasa Antioksidan
  • Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan
  • Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda


SHAKLEE VIVIX
Kejayaan Revolusi dari Shaklee

Minuman Botani yang Lazat
Selama lebih 100 tahun, Shaklee sentiasa mendahului masa, berinovasi melalui sains dan menggunakan alam semulajadi dengan penemuan unggul yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. 
Inovasi berterusannya telah membawa kepada Vivix, satu kejayaan revolusi dalam kesihatan.



Campuran Sempurna Polifenol
Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. 
Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini!


Keistimewaan Shaklee

  • Dengan kemajuan saintifik, campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah.
  • Meningkatkan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.
  • Semulajadi - tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.
  • Proses pengekstrakan yang telah dipaten bantu mengekalkan bioaktif polifenol.
  • Dicipta daripada penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Kajian Landmark, salah satu kajian klinikal terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan suplemen dan Kajian Telomere.
  • Diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan dan kualiti semasa dicipta.
  • Minuman botani yang lazat.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.


POLIFENOL
Hadiah Alam untuk Kesihatan
Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya. Ia juga memberi warna yang terang dan pelbagai kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.

Anggur Muscadine

Muscadine Grape

Buah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan Luar Biasa

  • Terima kasih kepada cuaca "ekstrim", tempat dimana buah anggur muscadine tumbuh, jadi tidak hairanlah bahawa Anggur Muscadine digelar sebagai "Anggur Muscadine yang Berkuasa". 
  • Ia bersaiz besar, kulit dan bijinya lebih tebal dan ia mempunyai kromosom tambahan berbanding anggur biasa dari kedai runcit di tempat anda. Semua sifat unik ini membolehkan Anggur Muscadine mempunyai ciri antioksidan yang amat banyak (6 hingga 8 kali lebih daripada beri biru!) serta jumlah asid elagik yang paling tinggi, sejenis polifenol. 
  • Polifenol ini merangsang jalur selular, yang terlibat dalam pertahanan antioksidan, panjang umur dan kelangsungan hidup, serta penghasilan tenaga.



Ekstrak Knotweed Jepun

Ekstrak Knotweed Jepun

Tinggi antioksidan

  • Menggalakkan kadar keradangan yang sihat.
  • Membaiki peredaran darah.
  • Menghalang pengumpulan platelet darah.



Ekstrak Lobak Ungu
Ekstrak Lobak Ungu

Mengandungi antosianin

  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah.
  • Mengurangkan keradangan.



Ekstrak Eldeberi Eropah
Ekstrak Eldeberi Eropah

Mengandungi antosianin
  • Meningkatkan perlindungan imun.
  • Mengandungi ciri anti-bakteria dan anti-virus.
  • Menggalakkan perkembangan sel normal dan sihat.


APAKAH ANTIOKSIDAN?
Antioksidan adalah bahan yang boleh melindungi sel anda dari kesan radikal bebas. Ia didapati secara semulajadi dalam makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, produk bijirin, kacang, biji, herba dan rempah-ratus.

APAKAH RADIKAL BEBAS?
Radikal bebas adalah molekul yang dihasilkan apabila badan anda memecah makanan atau terdedah kepada pencemaran alam sekitar seperti asap rokok, tekanan dan radiasi. Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam penyakit jantung, kanser dan penyakit lain.


POKOK ANGGUR KEPADA VIVIX
Anggur Muscadine yang mempunyai keupayaan membiak dalam keadaan cuaca yang melampau di Georgia dan menawarkan ciri-ciri antioksida yang sangat banyak dan kepekatan polifenol yang tinggi. Dari pertanian hingga pengekstrakan dan pembotolan, kami melakukan pemilihan dan pemprosesan yang teliti untuk memastikan anda hanya mendapat produk yang berkualiti tinggi.


Tumbuh di Georgia
Shaklee telah menugaskan Paulk Vineyards di Georgia, kebun muscadine terbesar di dunia, untuk menanam anggur Muscadine yang berkuasa. Pertama kali ditanam pada tahun 1970, keluarga Paulk telah menanam pokok anggur pertama ke lebih 600 ekar tanah menghasilkan muscadine yang sihat dan segar pada hari ini. Hujan atau panas, penjagaan terhebat dan sentuhan lembut telah diberikan kepada muscadine, menjadikannya anggur yang dicari dalam industri ini.
Tradisi Memenuhi Inovasi
Anggur Muscadine kami diperah "whole-press" dengan menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan untuk mengekalkan rasa dan nutrien yang bermanfaat dengan polifenol yang maksimum. Dengan tradisi pertanian yang digabungkan dengan teknologi moden Shaklee, anda akan dapat menikmati yang terbaik dari alam semula jadi dan sains dalam bentuk minuman botani yang selamat, terbukti dan berkesan.
Komited untuk Kualiti
Untuk mendapatkan polifenol dan kebaikan nutrien yang maksimum, kami mempunyai Pusat Inovasi Forrest C. Shaklee yang menempatkan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee yang bekerja siang dan malam untuk mengawasi dan seterusnya menyempurnakan proses tersebut supaya anda mendapat kebaikan nutrisi terbaik dari produk kami.
Dari Ladang Anggur dengan Penjagaan Terbaik dan Sentuhan Paling Lembut
Dipetik dengan tangan, Anggur Muscadine yang berharga ini telah melalui penjagaan rapi dengan penuh perhatian oleh petani di Paulk Vineyards. Setiap anggur dijaga rapi, dipilih dan diasingkan untuk memberikan anda kepekatan paling tinggi dengan nutrien yang penuh kebaikan.

MANFAAT KESIHATAN
4 Manfaat Kesihatan yang Hebat dari Polifenol
Sedekad yang lalu, terdapat banyak faedah terhadap potensi manfaat kesihatan daripada tumbuhan yang mengandungi polifenol sebagai antioksidan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 4,000 kajian mengenai kebaikan polifenol yang menunjukkan kebaikannya terhadap tubuh badan anda.





1. Membersih dan Detoks
Kajian menunjukkan bahawa polifenol boleh menggalakkan fungsi hati yang normal.

  • Melindungi hati dengan membantu badan mengawal tekanan dalam badan, mengurangkan kemerahan dan bengkak, serta mengurangkan sel yang mati pada organ hati. 1
  • Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah keletihan dan hati berlemak atau mencari penyelesaian detoksifikasi hati secara semula jadi!
  • Polifenol terutamanya resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. 
  • Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.



2. Meningkatkan Tenaga
Mitokondria adalah pengeluar tenaga utama anda, ia memenuhi lebih daripada 90% keperluan tenaga badan. Polifenol juga membantu meningkatkan prestasi anda ketika bersenam.

  • Kajian telah menunjukkan bahawa polifenol membantu mempercepat pengeluaran mitokondria di dalam badan kita.
  • Peningkatan tahap mitokondria membantu meningkatkan tenaga badan dan mengurangkan keletihan.
  • Di dalam satu kajian, salah satu polifenol yang paling berkuasa - resveratrol, bukan sahaja meningkatkan kelajuan tikus berlari pada pengisar injakan sebanyak 21 peratus, tetapi juga membantu tubuh mereka memecah lemak dan memperkuat otot rangka, meningkatkan prestasi senaman.
  • Resveratrol didapati meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila digabungkan dengan amalan bersenam. 



3. Kulit Berseri
Kajian klinikal terkini mencadangkan bahawa polifenol mempunyai potensi untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas yang membawa kepada penuaan kulit untuk memperoleh kulit yang lembut dan berseri.

  • Meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang tegang.
  • Melicinkan garis halus dan kedutan untuk kulit yang kelihatan lebih muda.



4. Meningkatkan Perlindungan
Pelbagai kajian penyelidikan telah menunjukkan fungsi polifenol dalam menghalang pertumbuhan sel abnormal.6,7,8,9 Penyelidik percaya bahawa fungsi antioksidan polifenol membantu:

  • Melindungi DNA daripada kerosakan, yang boleh mencetuskan pertumbuhan sel abnormal.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang sihat.
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.


RUJUKAN 
  1. Peiyuan H, et al. Resveratrol ameliorates experimental alcoholic liver disease by modulating oxidative stress. Evid Based Complement Alternat Med. 2017;2017:4287890.
  2. Renes J, et al. Calorie restriction-induced changes in the secretome of human adipocytes, comparison with resveratrol-induced secretome effects. Biochim Biophys Acta. 2014 Sep;1844(9):1511–1522.
  3. Dolinsky VW, et al. Improvements in skeletal muscle strength and cardiac function induced by resveratrol during exercise training contribute to enhanced exercise performance in rats. J Physiol. 2012 Jun 1;590(11):2783–2799.
  4. Bennett BT, et al. Effects of resveratrol on the recovery of muscle mass following disuse in the plantaris muscle of aged rats. PLoS One. 2013; 8(12): e83518
  5. Joi A. Nichols, S. K. (2010). Skin photoprotection by natural polyphenols: anti-inflammatory, antioxidant and DNA repair mechanisms. Archives of Dermatological Research, 71-83.
  6. Oxidative Medicine And Cellular Longevity, 2015, 1-14
  7. National Cancer Institute,. (2015). Tea and Cancer Prevention
  8. Rev Physiol Biochem Pharmacol. 2007;159:79-113
  9. Marouf BH et al. Resveratrol Supplementation Reduces Pain and Inflammation in Knee Osteoarthritis Patients Treated with Meloxicam: A Randomized Placebo-Controlled Study. J Med Food. 2018 Aug 30. doi: 10.1089/jmf.2017.4176. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/301606




SOALAN LAZIM


S: Apakah Vivix?
J: Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.


S: Apa yang membuat Vivix berbeza daripada minuman botani yang lain?
J: Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine - salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.

S: Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza dari anggur lain?

J: Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak, dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain anggur muscadine mempunyai kepekatan asid ellagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.

S: Apa itu polifenol?
J: Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semula jadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

S: Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada Vivix?
J: Vivix direka untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.

S: Berapa banyak Vivix yang perlu saya ambil dalam sehari?
J: Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

S: Bilakah saya harus mengambil Vivix?
J: Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

S: Bolehkah saya mengambil lebih daripada satu sudu teh sehari?
J: Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

S: Bolehkah saya mengambil dengan makanan tambahan Shaklee saya yang lain?
J: Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix akan diambil dengan Shaklee Vita-Lea Iron Plus, ESP Soy Protein Soy Powder, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex dan OmegaGuard untuk melengkapkan keperluan pemakanan harian anda. Penggunaan semua nutrien penting ini, bersama-sama dengan polifenol dalam Vivix, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.*

S: Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?
J: Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan profesional mereka.

S: Adakah Vivix mengandungi alkohol?
J: Vivix tidak mengandungi alkohol.

S: Adakah Vivix disahkan sebagai Halal?
J: Ya. Vivix diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM).

S: Adakah Vivix didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?
J: Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD).

S: Kenapa saya perlu simpan sejuk selepas dibuka?
J: Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.

HARGA VIVIX = RM475 
NAK HARGA MURAH JOM PM SAYA 


Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat



Post a Comment

0 Comments