Sejarah Covid-19 : Hampir Semua Produk Shaklee Habis


Sejarah Covid-19 yang tak mungkin dapat dilupakan ialah bila semua produk Shaklee SOLD OUT (so) dan OUT OF STOCK (oos).

Sehinggalah sekarang mereka pengguna-pengguna tegar masih berebut-rebut ingin mendapatkan produk Shaklee.

Hampir kesemua produk Shaklee yang dibawa masuk habis dalam masa 10 minit apabila pembelian online mula dibuka.
Betapa seluruh rakyat Malaysia sangat mementingkan kesihatan. Tahniah anda semua.

 


SELAIN ITU ADA JUGA CERITA-CERITA YANG TAK MUNGKIN KITA LUPAKAN HINGGU HUJUNG NYAWA.

PERCAYA LAH... KITA AKAN RINDU SEMUA NI.. RASA SEDIH PON ADA SEBAB KITA SAMA-SAMA LALUI SEMUA NI.
Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yang orang Malaysia buat. Suatu hari mesti kita semua rindu masa kena kurung kat rumah.
  • Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.
  • Pakat-pakat cuba buat air dalgona pelbagai perisa. 
  • Ulang nyanyi lagu dalam video "ke sana-ke sini" PM kita.
  • Dah berebut-rebut pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (untuk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.
  • Bila semua nak jd chef, ada yang masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni .
  • Emosi terlebih tengok drama The World of Married Couple pulak. Habis semua benci Da Kyung
  • Sama-sama pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yang depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama.. Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba-tiba di Taiwan hahahah
  • Jadi pencinta alam dah pulak semua sebab suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua, sebab nak tapis udara kononn.
  • Dah semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yang kat belakang tudung org pompuan tu, macam-macam kaler, style dan butang.
  • Tiktok challenge yang "Dont Rush" tu, yang berus jatuh-jatuh ke bawah video, orang lain menyambut pula.
KELAKAR SUNGGUH LA MOMEN NI SEBAB saya pun terbabit sama.🤣🤣🤣🤣






Moralnya :
Korang perasan tak orang Malaysia ni in general homely type bila tengok list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir-fikir kan semula. Patut lah ada kawan aku masa belajar kt NZ cakap, dia suka Malaysia sebab laid-back.

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenaangan.
Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind..

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan




Perintah Kawalan Pergerakan seluruh
  1. Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
  2. PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
  3. Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 
  4. Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
  5. Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 
  6. Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
  7. Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
  8. Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 
  9. Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tangan di dada. 
  10. Pita pelekat dilekatkan di atas lantai-lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 
  11. Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 
  12. Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
  13. Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
  14. Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 
  15. Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 
  16. Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 
  17. Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
  18. Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
  19. Taman permainan kanak-kanak ditutup.
  20. Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
  21. Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
  22. Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
  23. Rak-rak di kedai menjadi kosong.
  24. Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
  25. Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
  26. Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
  27. Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
  28. Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 petang. 
  29. Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 
  30. Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
  31. Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
  32. Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
  33. "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭
Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan kekal di blog saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain
Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ? 

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.

Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy

Post a Comment

0 Comments