Harga Esp Shaklee


Memandangkan Esp bakal masuk lagi dipasaran. Sudah tentu ramai yang nak tau HARGA ESP SHAKLEE.
1) Harga 1 botol : RM162
  • cas pos RM10
  • TOTAL RM172
2) Harga 2 botol : RM324
  • diskaun 5%
  • automatik percuma keahlian jimat rm35
  • automatik percuma pos jimat RM10
  • TOTAL RM305
3) Harga 3 botol : RM486
  • diskaun 20%
  • automatik percuma keahlian jimat rm35
  • automatik percuma pos jimat RM10
  • TOTAL RM387
Apa yang anda tahu tentang ESP? 
ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protien merupakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya.


Mengapa ESP menjadi hot seller? 

Ini kerana ESP mempunyai terlalu banyak kelebihan. Antara kelebihan yang paling popular dikalangan kita semua ialah ..
  1. Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan bersei.
  2. Dapat membantu hilangkan parut jerawat.
  3. Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.
  4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  5. Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,
  6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  7. Mengawal paras kolestrol.
  8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  9. Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.



Adakah ESP ini benar-benar diperlukan di dalam tubuh badan manusia? 
Jawapannya ialah ya kerana ..
  1. Sumber "Protin Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  2. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tanga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
  3. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.
  4. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  5. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  6. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  7. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

Benarkah ESP sesuai untuk semua lapisan umur?
Secara telus ESP tidak digalakkan untuk individu yang mempunyai masalah seperti berikut :-

1) BUAH PINGGANG kerana pesakit buah pinggang selalunya mengalami masalah untuk menapis protein dan cecair dalam tubuh. Pengambilan ESP yang berprotein tinggi boleh menjejaskan fungsi buah pinggang pesakit buah pinggang yang telah rosak. Mereka hanya boleh menerima protein dalam jumlah yang sedikit sahaja.

2) PESAKIT CYST kerana ESP boleh meningkatkan kadar hormon estrogen, ianya adalah tidak sesuai bagi mereka kerana peningkatan hormon estrogen boleh menyebabkan cyst semakin membesar..Peningkatan hormon estrogen itu sendiri tidak digalakkan bagi mereka yang mempunyai cyst.

3) PESAKIT HIPOTIROID kerana mereka yang kekurangan hormon tiroid, ESP akan merendahkan lagi pengeluaran hormon tiroid yang menyebabkan ianya kurang sesuai bagi pesakit hipotiroid yang dah sedia kekurangan hormon  tiroid.

4) ANAK-ANAK DI BAWAH 1 TAHUN juga tidak dibenarkan mengambil sebarang suplemen Shaklee kerana pada usia ini, susu yang terbaik buat mereka adalah susu ibu sepenuhnya.



Siapakah individu yang sesuai mengambil ESP? 
Mereka-mereka yang digalakan mengambil ESP termasuklah lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. In Sha Allah!

Di bawah ini pula sedikit huraian kesan-kesan yang dapat diperolehi bagi setiap individu.

1) IBU-IBU YANG SIBUK :- 
ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2) WANITA YANG INGIN MENGURUSKAN BADAN :- 
Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3) IBU-IBU YANG MENYUSU ANAK :- 
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.

4) PESAKIT KENCING MANIS :- 
Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

5) WANITA YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN KULIT MUKA  :-
Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia ya


CARA PENYEDIAAN DAN PELBAGAI RESEPI ESP SHAKLEE 
Mudah je nak sediakan ESP
  1. Anda perlukan ESP dan tumbler (cawan pun boleh)
  2. Tuang 3/4 air sejuk/suam-suam kuku ke dalam tumbler.
  3. Masukkan 1 setengah sudu ESP.
  4. Tutup tumbler dan goncang sambil menari.
  5. Hidang.
Boleh diminum bersama milo, nescafe, horlicks, performance, meal shakes, atau apa-apa minum kegemaran anda. Yummyyy!

SEBAB-SEBAB SAYA JATUH CINTA DENGAN ESP SHAKLEE.
Saya melahirkan anak yang ke5 pada bulan puasa, 
Opcos la kena ganti sebulan puasa kan? 
So saya amik esp dengan harapan nanti saya puasa tak ada rasa lapar kerana anak saya menyusu badan.
Kerana saya tengok testimoni esp terlalu banyak yang best2.

Memang betul la pada ketika saya puasa bermula dengan esp, susu badan banyak anak pun tak merengek.
Mungkin dia kenyang dengan air susu saya yang banyak.

Dan yang paling best tenaga saya  macam orang tak puasa sampai la ke waktu berbuka .. Hingga sekarang esp saya tetap amik,
Bukan kerana untuk cantik je yea.
Tapi yang paling penting kesihatan dalaman.

Dan alhamdulillah saya dapat menghabiskan puasa ganti non stop selama sebulan dengan asbab #espshaklee
Alhamdulillah dengan izinnyer .. 




SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ? 


Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.

Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy







Post a Comment

0 Comments