5 Cara Mudah Pengurusan Berat Badan Yang Perlu Diketahui


Di Malaysia terlalu banyak program Pengurusan Berat Badan. Tujuan utamanya adalah untuk memberi kesedaran kepada semua tentang risiko jika badan terlalu obesiti serta kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit. 


5 Cara Mudah Pengurusan Berat Badan Yang Perlu Diketahui

(1) Mengetahui status berat badan 

Pengiraan status berat badan melalui cara Indeks Jisim Tubuh (BMI). Ia menentukan sama ada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. 

Contoh kiraan
BMI = Berat ( kilogram )
________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )


(2) Pengambilan makanaan yang bersesuaian dengan keperluan tenaga harian dan tahap aktiviti fizikal.

  1. Kurangkan pengambilan makanan secara beransur-ansur sehingga mencapai kuantiti yang bersesuaian dengan keperluan tenaga anda.
  2. Kurangkan pengambilan makanan sebanyak 500 kilo kalori sehari supaya dapat mengurangkan berat badan anda sebanyak ½ hingga 1 kilogram seminggu.


(3) Tingkatkan tahap aktiviti fizikal atau senaman

  1. Lakukan senaman sederhana aktif seperti berjalan cepat atau berbasikal, 45 hingga 60 minit pada setiap hari. Gunakan tangga di tempat kerja.
  2. Lakukan sendiri aktiviti harian di rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai, mencuci pinggan mangkuk, mencuci kereta dan berkebun bunga.
  3. Lakukan aktiviti fizikal semasa menonton TV.
  4. Banyakkan berjalan kaki.
  5. Libatkan diri anda dalam aktiviti fizikal secara berkumpulan seperti senam robik dan sukan berpasukan.


(4) Ubah corak pengambilan dan penyediaan makanan anda.

  1. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan yang bergoreng, bersantan dan yang mengandungi lemak haiwan. Dialog : Macam mana saya nak kurangkan berat badan saya ? – Gunakan kaedah memasak yang tidak menggunakan minyak seperti mengukus, merebus dan memanggang. Jika perlu menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
  2. Elakkan hanya mengambil makanan bergoreng atau bersantan dalam satu-satu hidangan, contohnya ketika makan tengahari atau makan malam.
  3. Kurangkan makanan yang tinggi kandungan gula seperti kuih muih yang manis dan aiskrim. Gantikan minuman manis dengan air kosong.
  4. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Ianya berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang dalam masa yang lebih lama.


(5) Tambah kekurangan nutrisi dalam badan dengan makanan tambahan untuk membantu proses pengurusan berat badan menjadi lebih teratur. Shaklee vitamin seperti berikut:

PENGEMULSI LEMAK SEMULA JADI
Lesitin (Lecithin Shaklee
  1. Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
  2. Mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati.
  3. Menyingkirkan toksin daripada hati.
UNTUK MASALAH SEMBELIT 
Daun Senna (Herb-lax Shaklee
  1. Herba mesra usus yang membantu mengatasi masalah sembelit. 
  2. Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus bagi membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
BADAN CERGAS DAN SIHAT
  1. Daun Alfalfa sangat berkhasiat dan boleh 
  2. membantu mengurangkan asid yang dihasilkan oleh toksin dan membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan.
  3. Menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.
  4. Detoksifikasi darah.
SUMBER LEMAK SIHAT YANG MESTI DIMILIKI!
Asid Lemak Omega-3 (Omega Guard Shaklee
  1. Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  2. Meningkatkan rasa kenyang.
  3. Meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawal selia simpanan lemak.



GEMUK atau KURUS masing-masing mempunyai masalah yang berbeza. Ada yang gemuk tiada masalah penyakit dan ada jugak yang kurus mempunyai pelbagai penyakit berjangkit atau pun tidak berjangkit seperiti kencing manis, jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Kesimpulannya semua orang memerlukan berat badam yg ideal kerana ia bersangkut paut dengan kesihatan dalaman. Asasnya adalah dari pengambilan makanan yang teratur.

UNTUK SEBARANG PERTAYAAN, BOLEH KLIK PADA GAMBAR.






Post a Comment

5 Comments

flizzy86 said…
terbaik! tq atas perkongsian menarik ni.Makan dengan betul,insya allah sihat
terima kasih ingatkan.. yang nombor 2, 3, 4 tu yang tengah gigih nak buat ni.. chaiyokkk
Ziana Eunos said…
Penting tahu dulu berapa berat badan kita Thank you berkongsi tips ni
Maria Firdz said…
Nice sharing... Memang tengah usaha cari kaedah sesuai untuk turunkan berat badan dengan selamat dan sihat...
Ombak Bergigi said…
Bila badan dah gemok mmg susah nk turun berat. Om pun tgh usaha nk kuruskan bdn.