Kesan Buruk Influenza


“Di negara ini, bila sebut influenza masih terlalu kurang kesedaran terhadapnya atau kita tak nampak ia sebagai sesuatu yang serius mungkin disebabkan kurangnya penyebaran data mengenai kes ini.

BENARKAH FLU SAMA SEPERTI SELESEMA?
Influenza atau flu sering disalah ertikan sebagai selesema biasa, bahkan ramai yang masih keliru antara kedua-duanya.

Hakikatnya flu jauh lebih berbahaya malah dapat menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa serta boleh menyebabkan kematian.

Jangkitan influenza perlu diawasi kerana membawa banyak kesan buruk. 

KENALI JENIS-JENIS INLUENZA
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. 

  1. Jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. 
  2. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab­kan penyakit yang menyerupai jenis A.
  3. Jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.


Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. 

GEJALA INFLUENZA

  1. Pesakit biasanya menghidap 
  2. demam yang tinggi
  3. batuk
  4. sakit kerongkong
  5. berhingus
  6. sakit otot dan badan
  7. sakit kepala dan keletihan.

Gejala ini juga boleh membawa kepada kemurungan.

KOMPLIKASI PESAKIT INFLUENZA

  1. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
  2. sinus dan telinga. 
  3. Jangkitan ini juga boleh memburukkan penyakit kronik sedia ada seperti asma, kegagalan jantung atau kencing manis.

Komplikasi ini boleh membawa maut dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, jangkitan virus pernafasan akut yang boleh membawa maut seperti influenza sering diabaikan oleh rakyat di negara ini.

Jangkitan influenza perlu diawasi kerana membawa banyak kesan buruk namun masih ramai yang bersikap sambil lewa terhadap penyakit itu.

GOLONGAN YANG BOLEH DIJANGKITI INFLUENZA

  1. Warga tua lebih 60 tahun
  2. Kanak-kanak lima tahun ke bawah
  3. Wanita hamil 
  4. Penghidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung
  5. Orang dewasa yang sihat juga tidak terlepas daripada jangkitan influenza.

Rawatan influenza adalah menerusi ubat antivirus. Sekiranya doktor di klinik dapat me­ngesan virus yang menyebabkan influenza, antivirus boleh diberikan terus kepada pesakit.

Berbeza dengan demam biasa, hanya parasetamol diberi untuk mengurangkannya dalam tempoh kurang seminggu.

Menurutnya, untuk individu sihat, influenza boleh sembuh dalam masa beberapa hari sehingga kurang dari dua minggu tetapi sebilangan akan mendapat komplikasi.

INFO PENTING INFLUENZA
“Influenza beri kesan buruk pada mereka dalam kelompok berisiko tinggi namun semua orang ada potensi dijangkiti. Mereka yang berisiko tinggi akan dijangkiti dengan lebih teruk manakala individu sihat mungkin secara umumnya akan dapat kesan yang lebih ringan, tapi bergantung kepada respon imun badan masing-masing.

“Kesan virus itu bergantung kepada status kesihatan seseorang secara umum. Kalau kita sihat, gejalanya tidak akan teruk, selain bergantung sama ada kita ada antibodi atau tidak terhadap influenza.

CARA MENGHASILKAN ANTIBODI
(1) Vaksin Influenza
Vaksin influenza di negara ini biasanya diberi kepada golongan dewasa yang berisiko tinggi, berbanding di Amerika Syarikat yang mengesyorkan vaksinasi influenza rutin kepada semua individu berusia enam bulan ke atas, kecuali yang ada masalah tidak membenarkan mereka mengambil vaksin.

Sebenarnya influenza memberi implikasi tinggi dan serius, maka pengambilan vaksin adalah penting sebagai langkah pencegahan.

Katanya, kekurangan pengambilan vaksin influenza kerana masyarakat di negara ini kurang kesedaran terhadap risiko dijangkiti influenza sedangkan penyakit ini memberi kesan serius terhadap mereka yang dijangkiti hingga boleh membawa maut.

“Boleh dikatakan ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung mengenai influenza dan perbezaannya dengan selesema biasa sehingga mengabaikan langkah pencegahan termasuk pengambilan vaksin influenza.

“Bagaimanapun vaksin influenza memberi perlindungan selama satu tahun saja. Oleh kerana virus influenza mudah tersebar, maka pengamal perubatan di klinik kesihatan perlu memberi maklumat tepat kepada masyarakat,” katanya.

(2) Kebersihan Diri
Selain itu katanya, kebersihan yang baik boleh membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus influenza. Ia termasuk mengelak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.

Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan mengelakkan memegang bahagian hidung atau mata tanpa membasuh tangan.

(3) Mengambil supplemen
Set kuatkan antibodi Shaklee bagi dewasa dan kanak-kanak ialah 

  1. Nuriferon 
  2. Chewable C Plus 
  3. Sustained Realeased Vitamin C 



Set ini sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Jom mula dari sekarang. Jangan hersikap tunggundan lihat.

PERLU AMBIL TAHU


  • Influenza boleh sebabkan kematian
  • Jangkitan virus influenza mungkin kelihatan seperti selesema biasa namun ia sebenarnya lebih parah.
  • Virus berkenaan akan memberi kesan kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan kematian, terutama di kalangan kanak-kanak yang mempunyai sistem ketahanan badan (imun) yang belum matanga.
  • Tahap rawatan pertama bagi mengatasi demam masih lagi paracetamol, dan jika gagal dan dengan kehadiran risiko demam sawan (febrile convulsion), ubat NSAID digunakan sebagai tahap kedua rawatan.
  • Virus ini boleh tersebar melalui jangkitan batuk dan bersin. Virus influenza boleh hidup di luar badan selama berjam-jam atau berhari-hari.


CEGAH SEBELUM TERJADI DENGAN SHAKLEE 
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINi

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat


Post a Comment

0 Comments