Hiportensi - Tekanan Darah Rendah


👉 Tekanan Darah Rendah juga dikenali sebagai HIPORTENSI 

👉 Tekanan Darah Tinggi pula dikenali sebagai HIPERTENSI 

Penyakit tekanan darah rendah ini jarang berlaku berbanding tekanan darah tinggi. Namun perkara ini tidak boleh di pandang remeh. 

Hiportensi adalah keadaan apabila tekanan darah di arteri lebih rendah daripada biasa dan biasanya dirujuk sebagai tekanan darah rendah.

Tekanan darah rendah berlaku apabila mana-mana badan tidak mendapat aliran darah yang tidak mencukupi dalam masa yang singkat. Sekiranya ketidakcukupan aliran darah berlaku pada bahagian otak, pesakit boleh menjadi pitam/pengsan.

Bacaan bagi penghidap tekanan darah rendah ialah kurang daripada 90mmhg pada bahagian atas (sistolik) dan tekanan bawah (diastolik) kurang daripada 60mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.

Apabila darah mengalir melalui arteri, darah meletakkan tekanan pada dinding arteri, tekanan itu dinilai sebagai ukuran kekuatan aliran darah atau yang dipanggil tekanan darah.

Jumlah darah yang disekat atau terhad yang mengalir ke otak dan organ penting lain seperti buah pinggang boleh berlaku jika tekanan darahnya terlalu rendah.

Tanda-tanda Hiportensi 


  •  cepat lelah
  •  pening kepala ketika posisi badan berubah
  •  sukar untuk berkonsentrasi
  •  mata berkunang-kunang
  •  mual
  •  kulit terasa dingin
  •  pucat dan lembap
  •  pernafasan cepat dan pendek
  •  berpeluh sejuk
  •  cepat haus


Jika anda mengalami gejala hipotensi, anda harus segera duduk atau berbaring, minum air, dan menghentikan semua aktiviti yang anda lakukan. Gejala biasanya hilang sesaat selepas beberapa ketika.

Jenis-jenis tekanan darah rendah

🍁 Hipotensi Ortostatik
🍁 Hipotensi Dimediasi Neural

Apakah faktor yg menyebabkan tekanan darah rendah?


  •  emosi
  •  tahap tekanan
  •  aktiviti fizikal
  •  keadaan semasa (cth: demam)
  •  saiz badan
  •  posisi badan
  •  makanan yang diambil
  •  suhu persekitaran


Sebab/Punca tekanan darah rendah

✅ kurang kuantiti darah: cecair yang mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh dikawal

✅ dehidrasi: kandungan cecair dalam badan berkurang kerana muntah atau cirit-birit yang teruk

✅ masalah jantung: denyutan jantung yang agak cepat/lambat dan keadaan otot yang lemah

✅ keadaan semasa hamil: ibu yang mengalami tekanan darah rendah mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang

✅ paras gula yang rendah

✅ penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid

✅ kesan sampingan daripada ubat-ubatan

✅ faktor genetik


Apakah cara mengatasi/mengawal tekanan rendah?

✔ bangun dari duduk/baring secara perlahan

✔ tidak berdiri terlalu lama (terutamanya di bawah matahari)

✔ diet yang rendah karbohidrat

✔ banyakkan minum air putih

✔ elakkan minum alkohol

✔ jika perlu, tambahkan pengambilan garam secara tidak berlebihan

✔ senaman secara teratur


Apakah makanan yang boleh diamalkan untuk penghidap tekanan darah rendah?


  •  kekacang
  •  air mineral
  •  bayam
  •  roti, oatmeal, cereal
  •  buah-buahan
  •  sayur-sayuran


Selain itu, Shaklee juga menawarkan set tekanan darah rendah khusus buat anda yang menghidap tekanan darah rendah. Jom kita lihat bagaimana set ini berfungsi untuk anda.


B-Complex

🍀 berperanan meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin

🍀 lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B-12 & folat


Vita-Lea Iron Formula

🍀 zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat

🍀 struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu/sel

Sustained Released Vitamin C

🍀 bantu penyerapan vitamin B-12 dan zat besi

🍀 bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan





Jom order 
http://www.wasap.my/60197297176/settekanandarahrendahBlog



Post a Comment

0 Comments