Petua Sihat Ramadan



Ikan Masin


Ikan Pekasam


Telur Masin 

Alahai ... Memang yang masin-masin tu lah yang menyelerakan, tapi tahu tak kalau ambil pemakanan yang tinggi garam semasa bersahur, kita akan cepat rasa dahaga semasa berpuasa. Nanti belum pukul 9 pagi dah rasa 'kering'. Ha tu la muslihat masin. Jangan kering sekering ikan kering ye.

Makanan yang tinggi kadar garam dia membuatkan air cepat keluar dari sel dan menyebabkan tubuh kita cepat kekurangan air.

Sumber  :- Caoch Azieda dan Coach Agam.


Sedar tak sedar, jumlah garam yang kita makan mungkin sudah melebihi daripada jumlah yang ideal yang dicadangkan pakar. Menurut data yang dikongsikan oleh Kris Gunnars yang dipetik daripada portal Healthline, jumlah ideal pengambilan garam dalam satu hari adalah kurang daripada 1500 mg atau tidak melebihi 2300 mg.

Secara perbandingan, 1500 mg adalah bersamaan dengan 0.75 sudu teh manakala 2300 mg bersamaan dengan satu sudu teh. Tambahan lagi, kandungan sebenar garam adalah terdiri daripada sodium dan chloride.

Tanda-tanda anda sudah mengambil terlalu banyak garam.

1. Bengkak

Jika anda merasakan terdapat benjolan pada bahagian sendi ataupun kesan bengkak pada bahagian badan dan mata ketika bangun tidur, ia bermakna kandungan garam dalam badan anda adalah tinggi. Bengkak tersebut mungkin terjadi akibat badan anda menyimpan terlalu banyak air yang dipanggil edema akibat pengambilan garam secara berlebihan.


2. Kerap Dahaga

Sodium yang wujud di dalam garam berfungsi untuk menyeimbangkan cecair di dalam badan. Apabila anda mengambil terlalu banyak garam, maka badan anda memerlukan lebih air untuk membantu sistem badan bekerja dengan lebih efisyen.

Jika anda makan terlalu banyak garam dan kurang mengambil air, ia boleh menyebabkan badan anda dehidrasi.



3. Perubahan Warna Air Kencing

Mengambil banyak garam memaksa buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya kembali dari badan. Ia boleh menjadi punca kepada wujudnya masalah pada buah pinggang anda. Tanda-tandanya adalah anda kerap kencing dengan warna air kencing adalah bewarna jernih.

Manakala jika badan anda mempunyai kandungan sodium yang tinggi, anda juga akan kerap membuang air yang akhirnya membawa kepada dehidrasi. Jumlah air kencing yang keluar juga semakin berkurangan dengan warna air bertukar kuning atau cokelat.



4. Sakit Tulang

Garam yang berlebihan boleh memberikan masalah kepada tulang. Jika anda mengambil garam terlalu kerap, buah pinggang anda akan mempunyai masalah untuk menyingkirkannya. Hasilnya, tulang anda menjadi lemah, masalah pada gigi dan masalah osteoporosis.



5. Ketegangan Otot

Memastikan keseimbangan sodium-potasium dalam badan amat penting memandangkan ia berfungsi dalam operasi otot-otot anda. Jika kandungan sodium di dalam badan anda tinggi dan menjadi tidak seimbang, anda mungkin mudah mengalami masalah ketegangan otot dan rasa sakit.




6. Kerap Sakit Kepala

Pengambilan sodium secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah anda menjadi tinggi, menyebabkan saluran darah anda mengembang. Pengembangan saluran darah inilah menjadi penyebab kepada penyakit darah tinggi sekaligus anda akan kerap merasa sakit kepala.



7. Masalah Kognitif

Masalah darah tinggi akibat pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada arteries yang berhubung dengan otak. Ia boleh menggangu tumpuan anda pada tugasan harian dan keupayaan anda untuk berfikir.




AWAS MASIN !!!

Untuk membantu mengatasi masalah anda, PERFORMANCE DRINK berperisa ORANGE dan LEMON LIME adalah jawapannya.

 



Menyegarkan dan Menghilangkan Dahaga

Keistimewaan Shaklee

Tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan yang diimpikan. Serlahkan prestasi terbaik anda yang kekalkan momentum. Dengan proprietari OPTI-Lyte™ campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.


Jom order cepat-cepat 
http://www.wasap.my/60197297176



0 ulasan: