Petua Hilangkan Sakit Gigi


Pernah tak u all sakit gigi sampai migrain atau nak guling-guling?. Mesti ramai yang pernah kena kan? Sakitnya sampaikan tak boleh dengar orang lain buat bising.

Meh nak share cara mudah dan In Sha Allah sakit gigi hilang. (Kalau bukan sebab infection).
Lepas tu boleh lah pergi jumpa dentist tengok apa yang patut tau...

Tahukah anda, sebenarnya ada je kaedah rawatan untuk mengurangkan serta menyembuhkan sakit gigi dengan cara tradisional. Kalau tak sempat jumpa doktor gigi, korang guna bahan-bahan ini dan ikut prosedur yang kami nyatakan dekat bawah ni okay.

🍁 Bawang Putih
-korang ambil satu atau dua  ulas bawang putih , kunyah dan sakit akan hilang.
-selain bawang putih, korang boleh guna serbuk bawang putih dan masukkan campuran itu dalam gigi yang bermasalah.
-lakukan prosedur ini selama 3-4 hari.



🍁 Cengkih 
-Kisar dalam 3 biji cengkih, guna minyak zaitun atau minyak sayur dan campur dengan cengkih yang sudah dikisar. Masukkan dan letak pada gigi yang sakit
-Selain itu, korang boleh membuat campuran setengah gelas air putih dan 3-4 titik minyak cengkih dalam rangka mencipta ubat kumur semulajadi.


🍁 Bawang
-Ambil satu bawang merah dan kunyah selama beberapa minit. Cara ini akan meredakan kesakitan korang dengan cepat.
-kalau korang tak boleh nak kunyah bawang, hiris bawang dan letak di bahagian gigi yang sakit. Biarkan selama beberapa minit.



🍁 Ambil ketulan ais letakkan di belakang tengkuk seperti di dalam gambarajah. Mula2 memang anda akan rasa sejuk yang teramat sangat tapi selepas itu badan anda akan mula dapat sesuaikan dengan kesejukkan tersebut.
Buat sehingga kesakitan anda reda atau hilang.



🍁 Kaedah sementara untuk menghilangkan deria rasa sakit gigi. Caranya ialah gosok perlahan-lahan dengan ketulan ais ke bahagian belakang telapak tangan terutamanya di bahagian selaput kulit antara ibu jari dan jari telunjuk. Apabila anda melakukan ini, berlaku halangan menghantar isyarat sakit ke otak dari tangan ke bahagian muka.



🍁 Berkumur kumur dengan garam. Garam dapat membantu menghilangkan bakteria Di Dalam mulut dan kesakitan





Di bawah ini adalah set vitamin shaklee yang telah membantu ribuan penggunanya yang mengalami masalah yang sama (sakit gigi).

Apa yang terkandung dalam Set Sakit Gigi ini?

Vitamin C Plus
Vitamin C adalah vitamin yang penting untuk memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan memelihara gusi daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kuantiti : 180 biji tablet

Ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium yang tinggi, amat penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. Pengambilan ostematrix juga dapat meredakan bengkak pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman.

Kuantiti : 120 biji tablet

Garlic Complex
Pengambilan kapsul bawang putih sebagai antibiotik semulajadi untuk masalah sakit gigi sememangnya telah dipraktiskan di luar negara bagi masalah gigi yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria pada pulpa dan enamel.

Kandungan alisin di dalam bawang putih memainkan peranan penting sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi untuk membunuh bakteria yang menyerang enamel dan pulpa gigi.

Kuantiti : 60 biji tablet



JENIS-JENIS SAKIT GIGI

Ada gigi yang sakit kerana berlubang
Ada gigi yang sakit kerana terjadinya hakisan
Ada gigi yang sakit disebabkan pertumbuhan yang tidak normal (biasanya terjadi pada gigi geraham bongsu)

Cara yang boleh anda amalkan bagi memastikan kebersihan gigi anda berada pada tahap yang baik bagi mengurangkan rasa sakit pada gigi anda adalah :- 

1. Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari setiap hari dengan teknik yang betul.
2. Berkumur-kumur setiap kali selepas makan bagi mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan di kawasan gigi tersebut.
3. Boleh juga jika mahu berkumur-kumur dengan air garam suam.

JOM CEGAH SEBELUM PARAHNYA SAKIT GIGI

http://www.wasap.my/60197297176/sakitgigi





0 ulasan: