Tips Sihat Dan Cantik

Amalan cara hidup sihat merupakan kunci untuk kita kekal sihat dan menjadi cantik dalaman serta luaran.
Definasi cantik bukanlah semata-mata cantik dari segi paras rupa tetapi lebih diutamakan kepada kesihatan diri.




Hindari daripada mengambil jalan pintas untuk kelihatan cantik tetapi kesihatan diabaikan.

CANTIK TAK SEMESTINYA SIHAT, SIHAT SUDAH SEMESTINYA CANTIK. HARGAI NIKMAT KESIHATAN YANG TELAH DIBERI.

Jom saya huraikan beberapa TIPS SIHAT DAN CANTIK.

  1. Tips kulit sihat dan cantik
  2. Tips rambut sihat dan cantik
  3. Tips kuku sihat dan cantik 
  4. Tips kekal sihat dan cantik 

TIPS KULIT SIHAT DAN CANTIK


Bagi anda yang sangat suka memakai make up apabila keluar rumah, pastikan anda sentiasa membersihkan solekan anda sebelum mandi dan tidur. 
Guna pembersih muka yang betul untuk membersihkan keseluruhan muka kerana kulit perlu bernafas semalaman dan solekan menghalangnya daripada bernafas.
Sekiranya anda tidak membersikan solekan, ia akan menyumbat liang-liang pada muka yang boleh menyebabkan kecacatan dan bintik hitam pada kulit muka.
TIPS RAMBUT SIHAT DAN CANTIK 

Rambut adalah mahkota kaum wanita. Apa jadi sekiranya rambut kita gugur walaupun kita bertudung? Sudah tentu kita akan rasa stress bukan? 

Apa yang perlu kita buat ialah lakukan cucian rambut secara berkala seperti selang sehari antara yang disarankan atau sebaiknya jika terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci tu urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika sehingga diyakini bersih dari segala kotoran.

Pilihlah syampu dan perapi yang betul dan tepat untuk jenis rambut. 


TIPS KUKU SIHAT DAN CANTIIK 



Selain cantik, kuku yang bersih dan sihat secara tak langsung menggambarkan tahap kebersihan seseorang juga. Sepintas lalu, kuku boleh melambangkan secara umum keperibadian seseorang.

Akan tetapi tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan kuku di spa atau salun. 
Berikut adalah tips untuk penjagaan kuku :- 

  • Elakkan dari menggigit kuku atau cungkil kutikel pada kuku. Ia akan merosakkan dasar kuku anda. Kecederaan juga boleh berlaku. 
  • Kuku mestilah kering dan bersih. Ianya untuk elakkan bakteria dan kuman dari membiak. Bawah kuku perlu dibersihkan dengan kerap.
  • Jangan tarik kuku yang terkeluar atau tergantung. Ia akan menyebabkan anda tertarik tisu hidup. 
  • Gunakan pelembap untuk lembapkan kuku dengan kerap, bukan basahkan dengan air.


TIPS KEKAL SIHAT DAN CANTIK 


1) Minum air secukupnya 

Mengikut saranan air yang perlu diminum mengikut berat badan sesorang iaitu 25 kg bersamaa 1 liter air.

Air yang cukup di dalam badan mampu mencuci usus dan melancarkan sistem penghadaman. Air juga membantu mengawal sisa kekotoran dalam tubuh badan.



2) Elakkan air manis dan bergas 

Kedua-dua air ini mampu membuatkan anda mengalami masalah buncit perut dan kegemukkan jika terlalu kerap mengambilnya.



3) Tidur secukupnya

Waktu tidur kita juga perlu diambil kira. Tidak boleh kurang ataupun terlebih tidur. Ini kerana tenaga dan imunisasi badan akan lemah. Maka anda perlu mengikut waktu tidur yang ditetapkan iaitu 6 jam minimum dan 8 jam maksimum.



Untuk kekal cantik dan sihat secara semula jadi anda boleh mengamalkan SET KECANTIKKAN SHAKLEE yang sememangnya sudah tidak asing lagi.

BACA DI SINI 

Untuk detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 
Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat




Post a Comment

0 Comments