Pastikan Suplemen Anda Selamat dan Segar









Pastikan Suplemen Anda Selamat dan Segar
Baru kepada suplemen? Adalah baik untuk anda menasihati downline dan pelanggan tentang bagaimana menyimpan suplemen bagi mengelakkan mereka dari kurang berkualiti atau rosak.

BACA LABEL
Sentiasa baca label suplemen dan simpan mengikut arahan yang diberikan. Walaupun kebanyakan vitamin dan suplemen perlu disimpan pada suhu bilik, terdapat beberapa yang perlu disimpan di dalam peti sejuk seperti Vivix. Vivix diterbangkan secara sejuk dari Amerika 
Syarikat bagi mengekalkan keberkesanan dan kesegaran. Untuk mengekalkan suhu, gunakan beg sejuk semasa anda dalam perjalanan atau menghantar Vivix kepada pelanggan anda.



LINDUNGI CAHAYA DAN KEGELAPAN 
Untuk kesan optimum, Shaklee mengesyorkan agar suplemennya disimpan di bawah 30°C dan terlindung dari cahaya serta kelembapan. Menyimpan makanan tambahan anda di tempat yang mempunyai haba dan kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan jangka hayat suplemen dan keberkesanannya. Apabila ini
berlaku, anda mula melihat bintik coklat atau 
perubahan warna pada pil.




CARA KEKALKAN KESEGARAN
Pastikan Sejuk
Salah satu tempat yang baik untuk makanan 
tambahan adalah bilik tidur. Ia mengalami
kadar turun naik kelembapan yang lebih rendah dan biasanya sejuk serta kering, sesuai untuk menyimpan suplemen anda. Pastikan ianya jauh dari tingkap dan cahaya matahari.

Elakkan Kelembapan
Untuk penyimpanan jangka panjang, anda boleh menyimpan makanan tambahan anda di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, pastikan botol ditutup rapat kerana membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh menyebabkan kelembapan terbentuk disebabkan pemeluwapan. Elakkan menyimpan di dalam kabinet ubat di bilik air kerana ia terdedah kepada panas dan kelembapan setiap hari.

Elakkan Suhu Tinggi
Untuk mengelakkan suplemen anda dari 
kurang berkesan serta mempunyai jangka hayat yang pendek, elakkannya daripada suhu yang tinggi. Elakkan dapur kerana suhunya berubah-ubah semasa anda menggunakan ketuhar dan dapur masak.
Jangan simpan di dalam kereta kerana suhu boleh naik hingga 70°C, merosakkannya pada kadar lebih cepat.

IKUTI PANDUAN INI 
KEKALKAN KESEGARAN PRODUK
Untuk mengelakkan Performance daripada berketul, jangan buka penutup kertas sepenuhnya. Buat segitiga kecil pada penutup 
kertas dan tuangkan serbuk melaluinya. Pastikan ia ditutup rapat semula sebelum disimpan di dalam peti sejuk.



SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA DAN BEKAS GELAP
Untuk mengelakkan kelembapan, simpan suplemen anda di dalam bekas kedap 
udara. Kebanyakan suplemen memerlukan pembungkusan yang spesifik untuk kesan 
optimum. Suplemen juga hilang keberkesanannya apabila terdedah kepada cahaya dan perlu disimpan di dalam
bekas gelap.

GUNAKAN BEKAS YANG MEMPUNYAI PETAK INDIVIDU TERPISAH 
Oleh kerana makanan tambahan berinteraksi secara berbeza, ia mungkin mempunyai reaksi kimia yang mendatangkan kesan buruk apabila disimpan bersama. Oleh itu, jangan sekali-kali
menggabungkan beberapa suplemen di dalam satu bekas atau botol. Untuk penyimpanan dos mingguan atau jangka pendek, gunakan bekas dengan petak individu terpisah.


Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa bagi setiap produk Shaklee.

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Sebarang pembelian produk Shaklee bakal mendapatkan khidmat nasihat.
Sekiranya berminat menjadi Pengedar Sah Shaklee, boleh terus menghubungi saya atau pergi terus ke mana-mana cawangan Shaklee, mendaftar di bawah ID Shaklee 1175197 dan anda bakal mendapat bimbingan daripada saya.

Atau boleh klik di sini untuk terus mendaftar secara online
Daftar Ahli Online Di bawah Empayar Indah Legacy
Daftar Keahlian



Post a Comment

0 Comments