Kanser Serviks - Kanser Ke-3 Tertinggi Dalam kalangan Wanita

Kanser Serviks atau kanser pangkal rahim adalah kanser ke-3 paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berumur 15 hingga 44 tahun.

Jika anda mempunyai risiko tinggi bagi kanser ini, anda mungkin perlu mulakan ujian awal atau lebih kerap.

APA ITU PANGKAL RAHIM (Serviks)?

Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin.
Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah faktor-faktor risiko kanser pangkal rahim?
Risiko kebarangkalian seorang wanita menghidap barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada:

Risiko yang boleh dikawal seperti merokok.
Risiko yang tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga.a

DAH BUAT UJIAN PAP SMEAR?
Tujuan pap smear  ialah untuk mencari sebarang perubahan pada sel serviks. Jika sel serviks yang tidak normal dibiarkan bertahun-tahun tanpa diubati, ia boleh bertukar menjadi kanser. Bukan wanita BERKAHWIN sahaja, yang BELUM BERKAHWIN juga digalakkan buat kerana kanser serviks tidak mengira umur dan status. Jadi, jaga-jaga kaum wanita.

Sumber: https://my.theasianparent.com/pap-smear-untuk-kanser-serviks

Tanda Tanda kanser Serviks
Kanser serviks pada awalnya tidak menyebabkan apa-apa simptom. Simptom dan tanda selalunya berlaku apabila kanser telah menjadi lebih teruk ataupun merebak.
Tanda tanda tersebut adalah:
Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
Cecair dan bauan yang busuk keluar daripada kemaluan
Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
Terdapat juga tanda-tanda umum yang lain yang menunjukkan seseorang itu mungkin sedang menghadapi kanser iaitu
Kurang berat badan secara mendadak
Kurang selera makan dengan teruk
Asyik merasa badan lemah
Pucat
Punca kanser serviks
Kanser serviks bermula apabila terdapat mutasi pada genetik sel yang sihat yang menyebabkan mereka menjadi sel yang tidak normal dan membahagi dengan cepat.
Sel yang sihat membesar dan membahagi dengan kadar yang tertentu. Sel kanser pula membesar dan membahagi dengan kadar yang tidak terkawal sehingga ia merebak ke kawasan yang berdekatan dan merebak ke bahagian badan yang lain juga.
Rawatan Kanser Serviks
Rawatan kanser bergantung kepada tahapan kanser dan juga keadaan pesakit.
Pembedahan
Pada tahapan kanser awal, rawatan pembedahan mungkin akan dilakukan untuk membuang rahim. Pembedahan ini dikenali sebagai hysterectomy.
Terdapat 2 jenis hysterectomy iaitu:
Simple hysterectomy: Pembedahan akan melibatkan buang kawasan pangkal rahim termasuk rahim sekali. Ia dilakukan untuk tahapan kanser yang terawal
Radical hysterectomy: Melibatkan pembuangan kawasan rahim, pangkal rahim, sebahagian daripada kawasan atas vagina dan juga kalenjar limfa.
Radioterapi
Dalam rawatan ini, ia mungkin diberi sebelum pembedahan untuk mengecilkan saiz kanser ataupun selepas pembedahan untuk membunuh sel kanser yang mungkin masih tertinggal.
Kemoterapi
Dalam rawatan ini, ia melibatkan pemberian ubat yang disuntik dalam saluran darah untuk membunuh sel kanser di dalam badan.
Rawatan paliatif(sokongan)
Rawatan paliatif adalah salah satu rawatan yang memberi fokus untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser yang tidak boleh lagi sembuh.
Apabila pesakit kanser menjalani rawatan ini berserta rawatan yang lain, ia boleh menyebabkan pesakit kanser hidup lebih lama dan rasa lebih sihat.
Rawatan ini selalunya melibatkan pelbagai jenis kepakaran termasuk pakar bius untuk pemberian ubat tahan sakit, pakar onkologi dan juga pakar bedah.

Post a Comment

0 Comments