9 Sebab Kes Kematian Covid-19



9 Sebab Kes Kematian Covid-19 
Info ini di ambil dari sini 👉 INFO KKM

INFO PERTAMA 
TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes. 

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. 

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini. 

Dua (2) kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac. 

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. 

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini. 

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.


‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
- KPK KKM -


INFO KEDUA
#COVID-19 TERKINI 21 Mac 2020 6:30PM

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini. Pertambahan kes tersebut adalah seperti berikut:

- Kes kematian kelima adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

- Kes kematian keenam pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima. Kes ini melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
- KPK KKM -

INFO KETIGA
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. 
Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
- KPK KKM -

TERIMA KASIH YA ALLAH WAHAI TUHAN PENCIPTA ALAM, DENGAN KASIHMU YANG PALING AGUNG KAU TELAH MEMULIHKAN KEADAAN KESIHATAN KAMI SELURUH UMAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DARI VIRUS COVID-19 DENGAN BAIK DAN CEPAT.
( آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ )

P/S
Amalkan saranan dari pihak KKM sebaik mungkin
Patuhi perintah kerajaan Malaysia

JOM PM SAYA UNTUK CERITA TENTANG SHAKLEE 
Tingkatkan sistem imun dengan Shaklee
Virus mudah menyerang pada mereka yang lemah sistem imun

Untuk info lanjut 👇👇
Detail seterusnya BOLEH KLIK DI SINI 

Whatsap ≠ Kak shida
Instagram ≠ shidarahmat_com
Facebook ≠ Shida Rahmat
Twitter ≠ Shida Rahmat
Youtube ≠ Shida Rahmat

Post a Comment

0 Comments