8 Jenis Rezeki Dari Allah yang Perlu Diketahui


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini mengharapkan rezeki yang banyak. Termasuklah kemewahan dalam kehidupan dari segi wang ringgit. Bagi yang beragama islam sudah tentunya rezeki ini datangnya dari Allah SWT. 

Rezeki akan datang dari pelbagai sudut tanpa sedar atau kita sedari. Setiap orang memiliki bahagian rezeki masing-masing, ada yang dilebihkan oleh Allah, ada pula yang sederhana, dan ada pula yang serba kekurangan. Semua itu pasti ada hikmah yang ingin disampaikan oleh Allah kepada manusia. Ada 8 jenis rezeki yang perlu kita tahu. Jom baca seterusnya.


8 JENIS REZEKI DARI ALLAH
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

3. Rezeki Kerana Bersyukur.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. Rezeki Tak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

7. Rezeki Kerana Anak.
‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. Rezeki Kerana Sedekah
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

MUTIARA KATA 
Apa maksud rezeki yang berkat?
"Sedikitnya cukup, banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Rezeki yang tidak berkat umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus."

Untuk mencari lebih rezeki, boleh tekan butang whatsapp di bawah. Saya tunjuk secara telus lagi.

Post a Comment

8 Comments

Ziana Eunos said…
Banyak jenis rezeki. Tq share kak
flizzy86 said…
betul tu kak.Pokok pangkalnya usaha pasti jaya! Moga allah rezki kan segala yang terbaik untuk kita
nettyahhiyer said…
Alhamdulillah.. rezeki ini macam-macam bentuk sebenarnya kan. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dalam menempuhi kehidupan seharian.
Mrs Pip said…
Rezeki itu luas sgt skopnya.
Macam2 rezeki ada.
Nak rezeki luas, kena usaha jd orang yg bersyukur, alhamdulillah pasti cukup semuanya.
Atul Hamid said…
Subhanallah, macam-macam jenis rezeki ya. dan yang paling penting kita kena pastikan rezeki kita semua dibekartinya. InsyaAllah
Apapun pun jenis rezeki yang diterima kita hendaklah sentiasa bersyukur… Alhamdulillah tq sharring
Ombak Bergigi said…
Alhamdulillah, tq share info jenis jenis rezeki. Apa apa pun bersykurlah dgn rezeki yg Allah bgi kepada kita
Maria Firdz said…
Nice sharing... Perkongsian yang bermanfaat.. Jangan risau dengan rezeki kita sebab Allah dah jamin kan..