Pencapaian Dalam Perniagaan Shaklee Tahun 2021


Dalam perniagaan sudah pasti ada turun dan naik. Alhamdulillah syukur, saya sendiri akui yang banyak peningkatan yang telah saya capai dalam perniagaan Shaklee dari mula hinggalah pada tahun 2021.

PUSINGAN KEHIDUPAN 
  • Saya Rashidah binti Rahmat. Berumur 45 tahun pada tahun 2022. Menetap di Johor Bahru hampir 24 tahun. Hanya berkelulusan SPM. 

  • Pernah dulu masuk ke sebuah kolej swasta dalam bidang akaun di Segamat tapi cuma bertahan 3 hari. Ini kerana kos yang terlalu tinggi untuk saya terus berada di situ. 

  • Saya mengambil keputusan untuk keluar dari situ kerana saya tidak mahu menyusahkan emak dan abah saya yang pada ketika itu hanya menoreh getah. Saya akur dengan ketentuan Allah swt. 



APA YANG PERLU UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN SHAKLEE? 
  • Bagi saya untuk bermula dengan perniagaan tentang produk kesihatan bukanlah sesuatu yang mudah. Perniagaan ini melibatkan kesihatan tubuh badan manusia yang sememangnya tidak boleh dipandang remeh dan main hentam kromo jer ... eeee

  • Perniagaan ini perlu ambil tahu ilmu kesihatan dari setiap sudut. Saya mula mengambil pendekatan ilmu kesihatan Shaklee dengan membaca iklan dari semua agen-agen shaklee di Facebook. Dari situ la saya belajar ilmu Shaklee.

PENCAPAIAN DALAM PERNIAGAAN SHAKLEE PADA TAHUN 2021.
Kalau nak ceritakan rasanya 2000 patah perkataan pun belum tentu habis. Hahaha. Saya ringkaskan saja la yea. Pada tahun 2019 pernah buat homework VISION BOARD dari team viktoria hasil bimbingan Master Firdaus Zukkifli dan Master Iffah Anuar.



  • Yang Pertama telah saya sempurnakan. Alhamdulillah sehingga kini saya menyediakan produk Shaklee untuk mereka. Antaranya Omega Guard, Ostenutrix, Coq Trol, Vitamin C, Zinc Plus, Esp dan lain-lain lagi.

  • Yang kedua telah banyak perubahan dari sikap dan emosi keluarga tentang agama. 

  • Yang ketiga ia tidak terlaksana pada tahun 2021. In Shaa Allah saya bakal menjadi tamu Allah juga satu hari nanti cepat atau lambat. Ini kerana jadual penerbangan pada 18/1/2022 telah ditunda pada masa yang akan diberitahu kelak. In Shaa Allah ini lah saat yang saya tunggu-tunggu kerana segala persiapan umrah ini adalah hasil dari tabungan bisnes shaklee. Saya serahkan semua ini dengan izinya.

PENCAPAIAN DALAM PERNIAGAAN SHAKLEE TAHUN 2020-2021
Pencapaian yang sangat membanggakan untuk saya sendiri ialah:-
  1. Saya berjaya menyediakan stock Shaklee 100% dengan duit saya sendiri bermula secara drastik tahun 2020.
  2. Saya dapat capai efektif sepanjang tahun dalam rank Supervisor.
  3. Dapat beli motosikal baru hasil dari bonus shaklee. Kemudahan saya sendiri untuk hantar dan jemput anak-anak sekolah, pos barang dan penghantaran barang sekitar taman perumhan saya.
  4. Dapat buat nama branding yang hasil bimbingan Team Viktoria di semua laman media sosial 
  5. Saya dapat naik rank Senior Supervisor bersama leader hebat Indah Legacy Shamsiah Binti Jusuh.

Stock Shaklee




Modenas Kriss 110

Tropi Rank Senior Supervisor Dari Viktoria

Trofi Konsisten Supervisor, Supervisor, Senior Supervisor

Tekan pada gambar untuk detail


Supervisor Indah Legacy Shamsiah Jusoh 


PENCAPAIAN JUALAN INDAH LEGACY TAHUN 2020 dan 2021 



HARAPAN DALAM PERNIAGAAN SHAKLEE TAHUN 2022
Setiap harapan pasti disusuli usaha. Oleh itu tahun 2022 In Sha Allah saya akan capai CAR BONUS. Bukan nak beli kereta tapi saya sendiri nak melihat sejauh mana kebolehan dan usaha saya. Bak kata orang-orang 'aang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'.

Alhamdulillah syukur ya Allah, walaupun tak besar mana pencapaiannya, tapi saya boleh berbangga dengan diri sendiri. Inilah hasil yang saya sungguh-sungguh buat.


Post a Comment

0 Comments