Cara Mudah Atasi Ulser Mulut Bagi Kanak-Kanak |
Ulser Mulut atau ada yang gelar Mata Ikan. Ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah ini dan ramai juga ibu bapa yang tidak tahu cara untuk mengatasinya. Apabila mulut sakit, kanak-kanak akan tidak mahu makan atau minum kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Apatah lagi memberus gigi atau membersihkan mulut mereka.
Ulser mulut ini boleh terjadi di pelbagai kawasan dalam mulut seperti
- Kawasan dalam pipi dan bibir
- Sekitar gusi
- Lidah atau lantai mulut
- Lelangit keras dan lelangit lembut
TANDA-TANDA ULSER MULUT BAGI KANAK-KANAK
- Anak anda mungkin akan demam dan mungkin juga tiada demam
- Terdapat ulser/pecah-pecah/lepuhan berbentuk bulat berwarna putih yang dikelilingi warna kemerahan (seperti gambar) di dalam mulut anak. Anak anda mungkin mempunyai hanya satu atau beberapa ulser/pecah-pecah/lepuhan tersebut.Ulser/pecah-pecah/lepuhan ini biasanya kecil dan berbentuk bulat. Jarang sekali ia bersaiz besar dengan bentuk yang tidak sekata.
- Kadangkala gusi akan membengkak dan berwarna kemerahan serta mudah berdarah.
- Kadangkala kelenjar di sekitar rahang bawah juga boleh membengkak dan sakit.
PUNCA ULSER MULUT
- Stress
- Kekurangan zat makanan
- Kurang tidur dan rehat
- Mulut yang kotor dan tidak bersih
- Perubahan hormon
- Jangkitan virus
- Berlaku kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.
CARA ATASI ULSER MULUT
- Memberikan anak anda makanan berbentuk cecair atau lembut dan sejuk seperti aiskrim, susu kocak, jeli, air batu campur atau cendol, bubur sejuk dan sebagainya
- Gunakan berus gigi dengan berus yang lembut (soft bristle) dan berhati-hati supaya tidak memberus dengan terlalu kuat. Anda juga boleh menggunakan tuala lembut atau bebola kapas yang dicelup dengan ubat kumur untuk membersihkan mulut anak anda disamping dapat mengelakkan jangkitan kuman
- Pastikan anak anda minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan kekeringan air dalam badan
- Pastikan anak anda mendapat tidur dan rehat secukupnya
- Untuk tahu cara lain yang lebih mudah dan senang. Boleh klik di sini Vitamin Ulser Mulut
Berus gigi lembut |
Bubur nasi |
Untuk belian dan pertanyaan boleh terus klik pada butang whatsapp di bawah. Terima kasih
0 Comments