Bahaya Darah Pekat Dalam Salur Darah

Bahaya Darah Pekat Dalam Salur Darah
Jangan ambil tidak peduli jika anda telah diberitahu daripada pakar perubatan jika anda mempunyai darah pekat. Darah pekat ini jika tidak diatasi berkemungkinan membawa kepada darah beku.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN DARAH PEKAT 
Sel darah merah yang terlalu banyak akan menyebabkan darah menjadi pekat hingga memperlahankan alirannya.
Kebanyakan pesakit yang mempunyai darah pekat tidak mempunyai simptom sehinggalah berlakunya pembekuan darah dalam saluran darah.

TANDA-TANDA PEMBEKUAN DARAH DI SALUR JANTUNG
  • Sakit pada dada yang dirasakan seperti menekan atau rasa ketat yang mungkin merebak ke leher, rahang atau belakang badan.
  • Rasa mual, pedih ulu hati atau rasa tidak nyaman pada perut.
  • Kesukaran bernafas (tanda lebih serius)
  • Anggota tangan dan kaki mungkin kebiruan dan disertai rasa sejuk.
Sakit pada dada 
TANDA-TANDA PEMBEKUAN DARAH DI SALURAN OTAK
  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada bahagian muka.
  • Kebas tangan atau kaki, dan ini berlaku pada separuh bahagian tubuh.
  • Tiba-tiba mengalami kesulitan bertutur seperti biasa, tidak mampu untuk memahami percakapan orang lain dan tampak keliru.
  • Tidak mampu melihat dengan jelas, berjalan atau mengimbangi pergerakan akibat hilangnya daya koordinasi tubuh
Darah beku di saluran otak 

Penyumbatan pada salur darah vena terutama di kaki (sering dikait dengan penyakit trombosis vena dalam, DVT)

  • Boleh terjadi kepada pesakit yang mempunyai masalah pergerakan, terutama pesakit strok, pesakit yang baru menjalani pembedahan besar atau mempunyai daya imun rendah seperti pesakit kanser.
  • Antara tanda DVT ialah rasa sakit dan bengkak pada kaki, kulit menjadi kemerahan dan betis terasa panas.

CARA ATASI DARAH PEKAT

Ubat-ubatan yang biasa digunakan disebut sebagai antipembekuan atau ubat pencair darah. Ia bukan berfungsi mencairkan darah tetapi mengekalkan darah tetap dalam bentuk bendalir dan tidak mudah menggumpal atau membeku secara tidak normal.

Ubat-ubatan yang mudah didapati di hospital termasuk dabigatran, rivaroxaban, heparin, fondaparinux dan warfarin. Ketika pengambilan warfarin, anda perlu membuat pemeriksaan darah secara berkala untuk memastikan jumlah dos yang tepat di dalam sistem darah anda, kerana jika terlalu banyak ia boleh menyebabkan perdarahan dan jika terlalu sedikit pula tidak akan memberikan kesan kepada pesakit.

JENIS-JENIS UBAT CAIR DARAH

Jenis pertama

Jenis kedua
KESIMPULANNYA
Darah beku yang terjadi secara tidak normal ini akan menyumbatkan salur darah sehingga mengganggu aliran darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh terutama ke organ utama seperti otak, jantung,  paru-paru, hati dan ginjal. Gejala untuk setiap masalah darah beku berlaku pada saluran darah di bahagian organ tertentu berlainan mengikut bahagian terjejas.

Anda boleh dapatkan info lebih detail untuk cara mengatasi darah pekat secara semula jadi di sini Bagaimana Omega Guard Bantu Cairkan Darah?

Untuk lebih detail boleh klik pada gambar




0 ulasan: