7 Tanda-Tanda Fabroid Yang Perlu Diketahui

Tanda-Tanda Fabroid Yang Perlu Diketahui
Semua wanita yang perlu mengenali simptom-simptom penyakit fabroid. Ini kerana ia datang tanpa kita sedar. Mungkin anda ada mempunyai tanda-tanda ini. Jom baca seterusnya.

TANDA-TANDA FABROID
(1) Haid yang banyak dan berpanjangan.
Pendarahan yang tidak mengikut tempoh haid dan tidak seperti haid normal. Jika mengalami situasi seperti ini sila berjumpa dengan pakar sakit puan segera.

Pendarahan yang banyak ketika haid

(2) Sakit dibahagian pelvis dan pinggang
Kesakitan ini biasanya dihadapi apabila saiz fibroid sudah membesar dan menekan organ lain. Kadang kala rasa seperti menyucuk-nyucuk umpama sewaktu senggugut. Bahagian pinggang juga akan terlibat sama.

Sakit pinggang 

(3) Sakit ketika hubungan seks
Penghidap juga mungkin akan merasakan sakit ketika melakukan hubungan suami isteri kerana bahagian peranakan akan terganggu dan fibroid juga akan terlibat.

Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
(4) Buncit dan rasa perut senak.
Ada wanita yang mengalami senak perut dan ketidakselesaan. Perut seakan membesar umpama mengandung.
Perut buncit dan senak
(5) Masalah kesuburan.
Kebanyakan fibroid dikesan ketika wanita membuat pemeriksaan atau rawatan kesuburan. Memang menjadi kebiasaan penyakit fibroid ini mengganggu kesuburan wanita dan kebiasaannya mengalami haid yang tidak teratur.
Tidak subur
(6) Kerap membuang air kecil
Ini akan terjadi jika saiz fibroid sudah membesar dan menekan pundi kencing terbabit.
Kerap buang air kecil
(7) Anemia.
Anemia atau masalah kekurangan sel darah merah juga antara simptom yang dihadapi oleh penghidap penyakit fibroid. ini terjadi akibat dari pendarahan yang berlaku.
Animea

Sekiranya anda ada simptom-simptom penyakit ini, berkemungkin anda mempunyai fibroid. Mungkin sahaja. 
Tapi bagaimana nak pastikan sama ada simptom itu benar atau tidak, anda boleh terus pergi dapatkan pemeriksaan dengan pakar perubatan.

Cara diagnosis ada pelbagai, sama ada melalui sinar X-ray, Ultrasonagraphy, MRI, Hysteroscopy, ataupun ujian darah. Bergantung pada keadaan dan pendapat doktor yang merawat anda.


Klik di sini untuk mengenali lebih info tentang penyakit ini Kenali Penyakit FabroidUntuk pertanyaan lanjut boleh klik di sini Kak Shida Info

0 ulasan: