5 Manfaat Zink Dalam Kehidupan Seharian

Manfaat Zink Dalam Kehidupan Seharian 
Tahukah anda bahawa selain suplemen, zink juga terdapat dalam produk biasa yang kita gunakan setiap hari? Ini menunjukkan kepentingan mineral surih ini terhadap kesihatan manusia.

5 MANFAAT ZINK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
(1) Zink Dalam Krim Jerawat 
Zink mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang membantu mengurangkan jumlah bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan tindak balas keradangan dengan menghentikan bakteria daripada menyerangdan menyumbatkan liang pori.
- Menjadikan kulit yang berseri 
Zink Dalam Krim Jerawat
(2) Zink Dalam Krim Penyembuhan Luka 
Zink juga membantu mempercepat penyembuhan luka. Apabila disapukan pada luka, ia membantu pembahagian sel untuk menghasilkantisu baru dan mengurangkan risiko jangkitan.
- Mempercepatkan penyembuhan luka.
Zink Dalam Krim.Penyembuhan Luka
(3) Zink Dalam Perlindungan Cahaya Matahari 
Hadir dalam pelindung cahaya matahari anda sebagai zink oksida, ia berfungsi sebagai perisai dengan menghalang sinaran UVA dan UVB merbahaya daripada menembusi kulit. 
Ia juga mewujudkan lapisan pelindung dengan memantulkan cahaya UV daripada kulit.
- Melindungi kulit dari sinaran uv yang baerbahaya.
Zink Dalam Perlindungan Cahaya Matahari
(4) Zink Dalam Syampu 
Zink diketahui dapat menyokong folikel rambut yang lebih kuat. Zink Pyrithione biasanya digunakan sebagai ramuan dalam syampu anti-kelemumur dan untuk mengawal rambut berminyak. Ia membantu memastikan kelenjar minyak di sekitar folikel rambut bekerja secara optimum, menghalang ia daripada menghasilkan terlalu banyak sebum
- Menyokong rambut yang kuat dan berkilau!
Zink Dalam Syampu 
(5) Zink dalam Gula-Gula Tekak /Batuk
Zink menyokong fungsi imun yang sihat dan membantu mengelakkan virus daripada bertambah. Ia juga boleh menghentikan virus daripada memasuki membran mukus tekak dan hidung , dengan itu memberi kesan yang menenangkan padatekak dan boleh memendekkan tempoh selsema.
- Memberi kesan yang menenangkan.
Zink dalam Gula-Gula Tekak /Batuk
Zink memainkan banyak peranan penting dalam badan anda.Ianya amat penting untuk lelaki dan wanita oleh itu, ambil suplemen zink sekarang untuk merasai manfaat kesihatannya!

Jemput baca juga info Zinc Plus di sini Info Lebih Detail Zink dan 3 kelebihan zinc plus shaklee

Untuk order, segala pertanyaan, cara pengambilan dan konsultasi percuma jemput tekan link di sini Nak Beli Shaklee

0 ulasan: